Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Punca kematian anak Stallone belum diketahui

View previous topic View next topic Go down

Punca kematian anak Stallone belum diketahui

Post by Park Deen on Tue Jul 17, 2012 5:09 am

Punca kematian anak Stallone belum diketahui (Kosmo)





GAMBAR fail menunjukkan Sage (kiri) bersama bapanya, Stallone di Los Angeles pada 5 Disember 1996.




LOS ANGELES - Bedah siasat ke atas anak lelaki aktor Hollywood,
Sylvester Stallone, Sage dilakukan di sini kelmarin selepas dia
meninggal dunia secara mengejut, kata beberapa pegawai.

Anak sulung Stallone itu yang juga seorang pelakon ditemui mati di kediamannya pada Jumaat lalu di Hollywood.

Beberapa laporan mendakwa Sage, 36, mati akibat pengambilan dos dadah berlebihan.

Menurut agensi berita AFP semalam, jurucakap Pejabat Koroner
Daerah Los Angeles, Cheryl MacWillie berkata, keputusan ujian
toksikologi akan mengambil masa sekitar 10 minggu selepas bedah siasat
itu dilakukan.

Sejumlah botol ubat preskripsi telah dibawa anggota-anggota pihak berkuasa daripada kediamannya.

Namun, pihak berkuasa menyatakan ubat tersebut mungkin antara punca kematiannya.

Menurut Penolong Ketua Koroner Daerah Los Angeles, Ed Winter, tiada
tanda-tanda perbuatan khianat, trauma atau sekeping nota bunuh diri
ditemui pada mayatnya.

Sage pernah muncul dalam filem Rocky V sebagai Rocky Balboa Jr. bersama Stallone pada tahun 1990 dan mereka turut bergandingan pada tahun 2006 dalam filem Daylight.

Stallone berada di San Diego untuk mempromosikan filem terbaharunya, Expendables 2 apabila dia diberitahu mengenai kematian anaknya.

Menurut peguam Stallone, George Braunstein, Sage tidak kelihatan murung sebelum kematiannya.

"Dia berfikir tetang perkahwinannya," katanya.

Sage dikatakan akan melangsungkan perkahwinannya dengan kekasih lamanya di Las Vegas. - Agensi
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum