Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Stephanie generasi pelapis Rungus

View previous topic View next topic Go down

Stephanie generasi pelapis Rungus

Post by Park Deen on Tue Jul 17, 2012 5:07 am

Stephanie generasi pelapis Rungus (Kosmo)









KELETIHAN selepas menempuh perjalanan jauh ke daerah Kudat, Sabah
tiba-tiba hilang. Mata yang layu terus segar tatkala melihat kehidupan
di depan mata.

Sepasang anak kecil berlari-lari, sambil kelibat si ibu yang tenang
menyusun manik-manik. Di satu sudut lain pula, sekumpulan wanita sedang
menggerak-gerakkan jari-jemari mereka untuk pembuatan anyaman.

Rumah kecil ini menjadi saksi kepada kreativiti golongan wanita dari
suku kaum Rungus. Rungus merupakan salah satu daripada suku kaum di
Sabah. Mereka ialah penduduk asli kepulauan Borneo dan mendominasi
hampir separuh daripada bandar Kudat iaitu bandar yang terletak di titik
paling utara Kepulauan Borneo.

Menurut sejarah, aktiviti asal kaum Rungus ialah dalam bidang
perdagangan secara barter, namun perubahan zaman telah mengubah minat
dan cita rasa hampir sebahagian besar penduduk di daerah ini.

Hakikatnya, Kudat sentiasa digelar sebagai syurga kraftangan. Hasil
tangan seperti anyaman rinago atau ribu-ribu dan kraf manik merupakan
antara koleksi wajib beli bagi peminat seni kraf tangan tanah air.

Kampung Garib, Kudat yang terletak kira-kira 200 kilometer dari
bandar raya Kota Kinabalu, Sabah cukup tenang. Kunjungan ke sebuah
teratak yang menjadi lokasi pembuatan anyaman rinago atau ribu-ribu
menemukan kami kepada seorang wanita kreatif, Stephanie Aping.



DARI kiri: Stephanie, dibantu
Marlim Mariam (tengah) dan Nomijorge Ali saling bekerjasama dalam
menghasilkan produk kraf tangan daripada tumbuahan ribu-ribu.




Stephanie, 48, ditemani anak kecilnya yang berumur enam tahun, Alina
Asbira Angkong. Stephanie, merupakan antara pemain utama industri kraf
tangan di daerah Kudat khususnya anyaman rinago. Rinago atau juga
dikenali lingkong dalam bahasa Rungus diperbuat daripada bahan utama
iaitu ribu-ribu yang merupakan sejenis tumbuhan paku-pakis.

Tumbuhan yang berwarna hijau kekuningan itu banyak tumbuh menjalar di kawasan belukar.

"Kemahiran menganyam ribu-ribu umpama isi dan kuku yang melambangkan hasil kesenian masyarakat kaum kami selain manik dan gong.

"Justeru, menjadi tanggungjawab kami untuk mempertahankan hasil seni
ini kerana ia telah diusahakan secara turun-temurun oleh nenek moyang
kami," katanya yang juga penghidap albino.

Proses jalinan

Stephanie memberitahu, proses anyaman tersebut dimulakan dengan
membelah ribu-ribu menggunakan alat yang tajam seperti pisau. Ribu-ribu
akan dipotong dari hujung ke pangkalnya kepada dua bahagian mengikut
ukuran yang diperlukan.

Ia kemudian dijemur lebih kurang sejam di bawah sinar matahari bagi
menghilangkan takungan cecair yang terdapat di dalam batang pokok
tersebut.

"Apa yang penting ialah elakkan daripada terkena air sebelum
digunakan supaya ia tidak rosak dan belahan tersebut menjadi warna
hitam," jelasnya.

Ujar Stephanie, proses pembuatan ribu-ribu tidak begitu sukar tetapi
ia memerlukan ketelitian dan kesungguhan yang tinggi dalam menghasilkan
produk yang menarik dan menepati pasaran.

"Proses jalinan akan dilakukan menggunakan sebatang jarum yang
panjangnya berukuran kira-kira dua inci bersama rotan sebagai bingkai
asasnya.

"Setelah itu, lebihan ribu-ribu yang tidak diperlukan akan dipotong
menggunakan pengetip kuku atau gunting," katanya yang mendapat bimbingan
awal daripada suami, Nayar Morunting.

Antara produk yang telah dihasilkan oleh Stephanie ialah gasing,
tinompok atau bakul serbaguna, bekas gula-gula, buah dan bekas bunga.

Paling menarik, kesemua produk kraftangannya telah menjelajah ke
negara luar seperti Korea dan Hong Kong dalam promosi yang dianjurkan
oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia.

Harga bagi setiap rinago ditentukan berdasarkan saiz dan jenis rekaan, dengan purata harga antara RM25 hingga RM50.

Manik perhiasan wajib

Rekaan kraf tangan berasaskan manik boleh dianggap sebagai hasil tangan wajib bagi kebanyakan penduduk Sabah.



STEPHANIE (kanan) turut dibantu anaknya Alina Asbira menghasilkan anyaman rinago.



Malah, kraf manik juga sudah menjadi simbolik kepada identiti
masyarakat Sabah khususnya bagi masyarakat kaum Rungus dari daerah
Kudat.

Pembuat kraf manik, Naulim Makinda, 48 berkata, kecintaan masyarakat
Sabah kepada kraf manik berpunca daripada juraian manik yang
berwarna-warni dengan susunan dalam corak abstrak yang sungguh
mengasyikkan.

"Jika diamati, kita boleh melihatnya apabila hasil anyaman manik ini
sering digunakan untuk hiasan badan, pergelangan tangan dan jari.

"Malah, seri juntaian manik yang berwarna-warni itu boleh
meningkatkan keyakinan kepada si pemakai," ujar Naulim yang mempelajari
seni manik ini daripada ibunya

Naulim yang mempunyai bengkel kraf tangan di Kampung Tinagol, Kudat
memberitahu, dalam masyarakat Rungus khususnya rekaan dalam rantai manik
dapat dikategorikan kepada lima jenis.

Pemilihan warna

Ia meliputi manik yang dipakai secara bersilang (pinakol), manik di leher (inggot), litai, kamagi dan sulau.

Ujarnya, rantai jenis pinakol sering mendapat tempahan kerana ia dijadikan sebagai hiasan pada majlis keramaian kaum Rungus.

"Pinakol agak sukar dihasilkan kerana memerlukan ketelitian, ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

"Ia selalu digabungkan dengan tujuh jenis motif corak seperti venusak
(kelopak bunga), kinulit, inompulin (tombak), tinutub, tinugarang,
tinigulun dan b inabok," ujarnya yang meminati hiasan manik dinding.

Bagi proses menyiapkan rekaan seperti pinakol, ia memerlukan masa
antara tiga hingga tujuh hari bergantung kepada saiz dan rekaan.

"Pernah suatu ketika, saya terpaksa mendapatkan bantuan seramai 20
orang untuk menyiapkan 5,000 hingga 6,000 pelbagai rekaan manik dalam
masa sebulan" katanya.

Berbeza dengan seorang lagi penghasil seni kaum Rungus, Winny Malingan, 38, memilih kraf tangan berunsurkan kertas.

Mula mendapat bimbingan di bawah Program Koperasi Pembangunan Desa
(Pendesa) pada tahun 2004, batang keladi digunakan sebagai bahan utama
berbanding jerami oleh kebanyakan pengiat seni ini di Semenanjung
Malaysia.



WANITA Rungus dalam persalinan tradisi mereka yang unik.




Batang keladi digunakan kerana teksturnya yang lebih jelas, tidak kasar dan tahan lasak.

"Malah proses untuk pembersihan dan pengisaran lebih mudah kerana
hanya memerlukan masa selama sejam selepas bahan utama diperoleh sebelum
dijemur.

"Sebaliknya jerami memerlukan masa selama beberapa minggu sebelum
dijemur," katanya yang pernah menggunakan batang pisang sebagai bahan
utama.

Minat Winny terhadap kraf itu terbit secara semula jadi. Winny
berkata, setiap dua kilogram batang keladi boleh menghasilkan sekeping
kertas dengan dua kali ganda saiz A3 dan diwarnakan.

Antara barangan yang boleh dihasilkan daripada seni berasaskan kertas
ini termasuklah kotak bekas serbaguna, tabung, kotak tisu dan bingkai
lampu bilik tidur.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum