Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bieber miliki persona

View previous topic View next topic Go down

Bieber miliki persona

Post by Park Deen on Mon Jul 16, 2012 11:40 am

Bieber miliki persona (METRO)

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my

“SAYA bertuah kerana mempunyai peminat yang begitu menyokong kerjaya
seni dan tidak sekali berundur untuk memberikan jeritan setiap kali saya
muncul. Itulah rahsia saya kekal bersemangat dan terus bertenaga untuk
memberikan yang terbaik.

“Inilah pengalaman paling indah terutamanya kembali ke Malaysia untuk
bertemu peminat di sini yang sememangnya penuh tenaga. Saya sayang
peminat di Malaysia,” kata bintang muda terkenal, Justin Bieber ketika
bertemu Harian Metro secara eksklusif petang Sabtu lalu.

• HEBAT...aksi menarik Bieber yang dijulang penari ketika persembahan.

• FANATIK...antara peminat bertuah yang berpeluang menyaksikan persembahan Bieber
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Baby dan Boyfriend itu hadir ke
Malaysia selama dua hari bagi memeriahkan lagi sambutan MTV World Stage
2012 di Sunway Surf Beach.

Kali kedua berada di Kuala Lumpur,
fenomena Justin Bieber masih sama malah makin luar biasa apabila lebih
lima belas ribu peminat berhimpun menyaksikan persembahannya.

Tidak hanya itu, kehadirannya kali ini lebih mengundang fanatik
dikalangan peminat apabila bintang terkenal berusia 18 tahun itu berada
di ibu kota sehari lebih awal memberi lebih masa buatnya bersiar-siar
dan berhibur di sekitar Kuala Lumpur.

Meskipun masih membawa teman wanitanya juga penyanyi jelita,
Salena Gomez, peminat bagai histeria sebaik mengetahui Bieber sudah tiba
di Malaysia.

Menerusi twitter milik Bieber juga penganjur, MTV
Malaysia, peminat tidak henti bertanya di mana lokasi bintang kegemaran
mereka itu.

Menurut bintang kacak ini lagi, peminat di Malaysia
jauh berbeza berbanding dari yang lain kerana mereka lebih gemar
menjerit tanpa henti.

“Saya memang akan melayan peminat di
twitter jika ada kelapangan sentiasa berkongsi apa-apa saja bersama
mereka kerana itu adalah medium terbaik untuk mendekatkan diri dengan
peminat. Pesanan yang saya terima dari mereka di twitter cukup membina
dan memberi motivasi serta inspirasi.

“Malaysia umpamanya antara
negara yang banyak menyokong kerjaya saya. Lantas saya sudah mengaturkan
beberapa aktiviti yang akan membolehkan mereka untuk mendekati saya.
Antaranya sesi bertemu peminat yang saya lakukan di majlis sidang media
dan menghiburkan mereka dalam sebuah persembahan akustik yang istimewa.

“Kelakarnya
mengenai peminat di sini, mereka akan menjerit walaupun ketika saya
menyanyi. Tapi itulah kemeriahan yang ada dan saya sebagai penyanyi
sentiasa menghargainya,” katanya yang diiktiraf sebagai artis yang
paling bijak menggunakan medium laman sosial di Anugerah Billboard 2012
baru-baru ini.

Bieber sempat melayan peminat setianya di majlis
sidang media pada petang Sabtu lalu dan berpeluang mendendangkan enam
lagu secara akustik.

Malah, lebih menariknya, Bieber membuka ruang kepada peminat untuk bertanyakan soalan.

MTV
World Stage 2012 pula, Bieber diletakkan sebagai pembuka tirai. Mula
menggegarkan pentas seawal jam 6.35 petang dengan lagu yang
memperkenalkan namanya, Baby dan kemudiannya Around The World, Bieber
jelas mengubat kerinduan peminat.

Single baru dari album Believe
berjudul As Long As You Love Me dinyanyikan sebelum konsep
persembahannya ditukar kepada akustik. Hanya diiringi petikan gitar,
Bieber menonjolkan permainan vokal menerusi lagu Die In My Arm, Be
Alright dan One Time.

Bieber yang lincah menari dan begitu
bertenaga sempat menyanyikan lagu Never Say Never sebelum mengakhiri
persembahannya dengan lagu terbarunya, Boyfriend.

Hakikatnya,
bintang muda terkenal ini tidak hanya bersandar pada wajah dan
populariti sebaliknya dia punya kekuatan vokal yang mampu dibanggakan
selain pesona yang cukup besar sebagai seorang anak seni.

Fenomena Bieber

Albumnya terjual lebih 15 juta unit termasuk tujuh juta daripadanya di luar Amerika Syarikat.

Album terbarunya, Believe berjaya tercatat nombor satu di lebih 30 buah negara.

Ruangan sosial twitter miliknya mempunyai lebih 24 juta pengikut sekali
gus meletakkannya artis lelaki paling ramai jumlah pengikut di twitter.

Seramai lebih 42 juta peminat menjadi sahabatnya di ruangan peribadi facebook miliknya.

Tersenarai sebagai artis yang paling ramai videonya dilayari di You
Tube iaitu melebihi 2.7 bilion termasuk single pertamanya, Baby yang
ditonton melebihi 730 juta pelayar.

Video lagu
terbarunya, Boyfriend memecah rekod apabila ditonton lebih lapan juta
pada hari pertamanya dan kini sudah melebihi 50 juta pelayar.

Bieber disenaraikan artis paling berjaya apabila tiket kesemua 118 lokasi konsertnya seluruh dunia habis dijual.

Hampir separuh daripada penonton di MTV World Stage malam Sabtu lalu
datang untuk menyaksikan Bieber hingga hampir kesemua mereka turut
pulang sebaik Bieber tamat mengadakan persembahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/15

avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum