Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Misteri kehilangan Juwita

View previous topic View next topic Go down

Misteri kehilangan Juwita

Post by Park Deen on Mon Jul 16, 2012 11:33 am

Misteri kehilangan Juwita (KOSMO)



Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


ZAHIRIL ADZIM (dua dari kanan) bersama barisan pelakon lain drama bersiri Mana Hilangnya Juwita.




SABAN hari, semakin banyak kes kehilangan wanita atau gadis remaja
yang dilaporkan menerusi berita perdana di kaca televisyen. Ada yang
berjaya ditemui semula, dan ada pula yang terus menghilang tanpa
sebarang berita.

Mendapat inspirasi dari berita-berita yang dilaporkan, Mana
Hilangnya Juwita mungkin dapat memberi gambaran tentang situasi keluarga
apabila ada yang keluar mencari mangsa yang hilang.

“Mana Hilangnya Juwita memang mengambil inspirasi daripada kes-kes
kehilangan wanita atau gadis yang kerap dilaporkan melalui televisyen.
Kami bersimpati dengan kes sebegini dan mula mencetus idea tentang
cerita ini.

“Namun, bukan keseluruhan cerita ini tentang kehilangan gadis. Ada
juga kisah-kisah lain yang diselit dan ditambah bagi menarik perhatian
penonton.

“Mungkin ia akan menyentuh sensitiviti sesetengah masyarakat namun,
ia akan memberi pengajaran kepada mereka di luar sana supaya lebih
berhati-hati,” ujar pengarah, Joeza Rasidi ketika mengadakan sidang
akhbar drama bersiri tersebut di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Apa yang menariknya, drama 15 episod terbitan produksi Padi Pictures
Sdn. Bhd. ini dibarisi oleh gandingan mantap pelakon-pelakon lama dan
baharu yang tidak kurang hebatnya. Antara pelakon gred A yang
ditampilkan ialah Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida, Zahiril Adzim dan
Lisa Surihani.

Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini termasuklah Azhan Rani, Syazwan Zulkifli, Raja Ilya dan Diana Johor.

Menurut pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira atau lebih mesra
disapa sebagai Erra, ini merupakan kali pertama dia memegang watak
seumpama ini sepanjang karier lakonannya.

“Pada mulanya saya hanya mengetahui, watak saya iaitu Dewi Serena
merupakan seorang wanita yang memiliki agensi peragaan sahaja. Namun,
setelah membaca skrip penuh, baru saya tahu bahawa Dewi Serena
menjalankan bisnes sampingan iaitu menjual gadis-gadis muda,” ujar Erra
yang kurang gemar memegang watak sebagai wanita penggoda atau jahat.

Tambahnya, ia juga merupakan cabaran bagi dirinya memegang watak
sebegini. Selain itu juga, dia juga berhadapan dengan cabaran bagaimana
ingin menonjolkan watak tersebut kerana Dewi Serena tidak muncul dalam
banyak babak.

Lain pula pendapat Zahiril yang memegang watak sebagai rakan Anggun,
lakonan Lisa Surihani. Dia memberitahu menerima tawaran membawa watak
Haider kerana tiga sebab. Ia termasuklah jalan cerita itu sendiri, para
pelakon hebat yang membarisi drama ini serta isu kehilangan wanita yang
semakin berleluasa.

Mana Hilangnya Juwita mengisahkan tentang Anggun yang datang ke Kuala
Lumpur untuk mencari adiknya Juwita yang tidak dapat dihubungi.
Sepanjang perjalanan mencari adiknya itu, dia telah melalui kejadian
yang membahayakan dirinya sendiri sehingga tiba di balai polis.

Dalam pencariannya juga, Anggun melalui pelbagai pengalaman dan mula
menjejaki aktiviti adiknya sepanjang berada di Kuala Lumpur. Namun,
walau apa pun yang berlaku, Anggun tidak pernah berputus asa mencari
adiknya yang hilang itu.

Mana Hilangnya Juwita yang mula bersiaran pada 9 Julai lalu
ditayangkan setiap hari Isnin pukul 9 malam menerusi Astro Ria
(saluran 104).
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum