Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tatum bangga wajah kacak

View previous topic View next topic Go down

Tatum bangga wajah kacak

Post by Park Deen on Mon Jul 16, 2012 11:31 am

Tatum bangga wajah kacak (KOSMO)





CHANNING TATUM




AKTOR Channing Tatum mengakui dia seperti sudah menang 'loteri
genetik' apabila dikurniakan wajah yang kacak. Pelakon yang baru muncul
dengan filem tentang penari bogel lelaki, Magic Mike itu mengakui dia
gembira dirinya dilabelkan sebagai lelaki kacak. Ini kerana, dia percaya
hal tersebut sangat membantu dalam menaikkan karier lakonannya, biarpun
dia mengakui tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada aset wajahnya
itu.

Katanya kepada majalah T2: "Saya akui ibu dan bapa saya dari golongan
yang rupawan dan saya mewarisi genetik mereka. Ia seperti menang loteri
genetik. Memiliki wajah yang kacak memang membantu saya meraih tawaran
lakonan yang banyak."

Tambahnya: "Tapi saya sedar, kita tidak boleh bergantung kepada wajah
yang kacak sahaja kerana apa yang paling penting adalah bakat lakonan."

Tatum, 32, yang merupakan bekas penari bogel dan model menegaskan dia telah berusaha keras untuk memperbaiki skil lakonannya.

"Ketika membesar saya tidak pernah mengimpikan untuk menjadi pelakon.
Namun, wajah kacak saya yang membawa saya masuk ke dalam industri filem
dan saya mengambil masa lapan tahun untuk memantapkan skil lakonan,"
ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum