Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Makin pantas berevolusi

View previous topic View next topic Go down

Makin pantas berevolusi

Post by Park Deen on Mon Jul 16, 2012 11:17 am

Makin pantas berevolusi (KOSMO)









PENGENALAN Hujan bermula sekitar tahun 2006 berbekalkan genre muzik
alternatif. Mengorak langkah bermula dengan single Pagi Yang Gelap
seterusnya Bila Aku Sudah Tiada, perjalanan kumpulan yang dianggotai
Noh, Dimas, AG Coco dan Azham pada awalnya bertambah rancak.

Hujan kerap mendapat inspirasi daripada kumpulan The Strokes,
Butterfingers dan Pot Amir Radiostaq (ROSIN) dalam menyampaikan lagu
bermesejkan cinta, ketuhanan, kekeluargaan dan isu semasa.

Akhirnya, lewat tahun 2008, album sulung mereka yang diberi judul
Hujan berjaya dilahirkan di bawah label Noh Phrofile Enterprise.

Kemudian, pada tahun 2009, album tujuh lagu, Mencari Konklusi
berbekalkan genre rock alternatif pula muncul di bawah label yang
serupa.

Album ketiga Hujan diberi nama Lonely Soldier Boy terbit tahun ketiga
berturut-turut selepas album sulung mereka dan mempertaruhkan 14 buah
lagu dalam genre yang sama.

Memperlahankan rentak, menarik nafas panjang, album keempat akhirnya berjaya diterbitkan pada tahun ini dengan judul Sang Enemy.

Mengulas perkembangan kumpulan Hujan, selaku pengurus kumpulan itu,
Dimas Santoso, dia mengakui Hujan pernah ditolak suatu ketika dulu
akibat wacana muzik yang dibawa yang berbeza daripada kebiasaan.

"Kami sentiasa berhadapan risiko dibenci dan muzik kami disisihkan ke tepi sama ada dari peminat atau pihak-pihak tertentu.

"Namun, kekuatan itu diperoleh dengan cara menggali muzik dan mencuba
pendekatan berbeza. Syukur sekarang Hujan sudah berada di dalam aliran
muzik semasa dan lebih diterima selain disokong kuat oleh kelab peminat
kami, Raingers," katanya yang ditemani Noh, AG Coco, Izzat dan Azham.

Vokalis Hujan, Noh Salleh kemudian melanjutkan cerita tentang evolusi
muzik mereka yang kini sudah melewati usia lima tahun. Kemunculan album
Sang Enemy katanya, mentafsirkan makna sebenar kuasa dan penangan
kumpulan indie itu.

Bukan bermakna mencipta sebuah perubahan, tapi mereka menjelaskan
corak muzik yang sedikit berlainan daripada pengenalan Hujan yang
sebagai sebuah kumpulan rock balada seperti mana album sebelumnya,
Lonely Soldier Boy.



Selari dengan perkembang muzik mereka, Hujan turut tampil dengan imej mengikut aliran muzik yang dibawa.




Kali ini, Sang Enemy memaparkan sisi gelap Hujan yang memfokuskan muzik berentak heavy metal dan lebih underground.

"Unsur album ini berat dari segi muzik, aura dan penyampaian, tapi
mesej yang ditampilkan ringkas saja iaitu patriotik dan menyebarkan
konsep menjaga keamanan negara," cerita Noh.

Menegaskan mereka bukan kumpulan syok sendiri ekoran membuka langkah
mencuba muzik yang berlainan daripada aliran biasa Hujan, kata Noh,
mereka masih menjaga nilai seni yang dipertaruhkan selama ini.

"Kami main muzik sendiri, tapi tidak kucar-kacirkan elemen seni yang
dimahukan. Melalui album ini, kami mahu memaparkan persinggahan jenis
muzik yang mempengaruhi Hujan pada suatu ketika dulu," jelasnya yang
berhasrat untuk mempertahankan 'muzik keras' yang turut memberi makna
positif.

Tambahnya, langkah itu juga merupakan usaha untuk mengangkat taraf
muzik heavy metal dan band-band indie yang sering diberi konotasi
negatif.

Jika ditanya mengenai risiko mempertaruhkan genre yang sedemikian,
ujar Noh, eksplorasi dan pengalaman muzik harus dibikin untuk mengetahui
tahap mereka.

"Kami suka meneroka dan mencabar diri dengan sesuatu yang berbeza, risiko terpaksa diambil kerana kami adalah pemuzik.

"Hujan bukan artis yang perlu ada garis panduan sebab kami berkarya
kerana minat dan suka menghiburkan orang ramai. Kami perlu puaskan diri
dulu sebelum hidangkan sesuatu kepada peminat," tambahnya yang ditemui
ketika sidang akhbar parti pra dengar album Sang Enemy di Publika
Dutamas Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yuna & Jerry Kamit

Album keempat ini dikatakan sangat unik, selain aliran muzik yang
berlainan Hujan juga membuka ruang untuk kolaborasi dengan beberapa
artis tempatan dan luar ne gara.

Terbukti menerusi beberapa buah lagu daripada tujuh lagu dalam album
itu Hujan berhasil berpadu suara dengan Yuna contohnya menerusi lagu
Janji Kita.



HUJAN dari arah putaran jam: Dimas, Am, AG Coco, Izatt dan Noh.



Malah, lagu yang dianggap istimewa bagi kumpulan itu memperkenalkan
keseluruhan album Sang Enemy dan identiti Noh menerusi petikan alat
muzik sape daripada Jerry Kamit.

Masih mengekalkan akar umbi tanah kelahirannya di Sarawak, lagu Janji
Kita menyampaikan mesej perpaduan selain suara Yuna yang ditafsirkan
menyuntik keindahan dalam kekerasan.

"Album Sang Enemy dirancang sejak bulan Ogos tahun lalu dan
melibatkan banyak proses selain perlu menunggu untuk mendapatkan kata
putus daripada salah seorang anggota kumpulan Incubus untuk
berkolaborasi dalam lagu Ke Selatan.

"Oleh kerana terlalu lama mereka sukar memberikan kerjasama, kami
memutuskan untuk memilih DJ Souljah dan DJ 1 2 sebagai pemuzik undangan
serta Wise dan Tarantula sebagai penyanyi undangan dari Jepun," katanya
yang mengakui proses penghasilan album Sang Enemy paling lama berbanding
tiga album sebelumnya.

Burung kenyalang



IMEJ terkini Hujan tampil lebih kemas dan matang sesuai usia pembabitan mereka.




Hal yang perlu diakui, susunan lagu dari satu trek ke trek berikutnya
mencirikan kesinambungan album Sang Enemy. Bermula dengan Janji Kita,
DBS, Rumah Kita, Ke Selatan, Mana Mungkin, Kembara, Kuala Lumpur Oh
Kuala Lumpur dan sebuah lagu tersembunyi, album ini berbaloi untuk
dimiliki sebenarnya.

Menceritakan mengenai konsep album ini, judul Sang Enemy dipilih
mewakili golongan yang tertindas dan bangkit menentang untuk hak hakiki.

Ujar Noh: "Hujan pernah dikritik sebelum ini dan album ini ditujukan
kepada pihak yang anti kepada kumpulan Hujan. Kami memang musuh anda!"

Kulit album yang hanya bermain dengan warna hitam dan kelabu itu
memaparkan logo burung kenyalang yang kata Noh melambangkan kekuatan dan
simbol masyarakat Ma laysia.

Selain itu terdapat dua bilah keris terhunus di bawah nama Hujan
mewakili nilai estetika bumiputera dan menampilkan sisi seni berbeza
dalam kehidupan.

Lambang anak kunci pula ditafsirkan sebagai elemen perpaduan yang memegang erat masyarakat Malaysia.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum