Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Saya masih laku - Zarina Anjoulie

View previous topic View next topic Go down

Saya masih laku - Zarina Anjoulie

Post by Park Deen on Mon Jul 16, 2012 11:15 am

Saya masih laku - Zarina Anjoulie (KOSMO)



Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL






NAMANYA mula dikenali menerusi sebuah drama yang berjudul Anak
Pontianak, namun setelah itu nama pelakon muda, Zarina Anjoulie Lavocah
atau lebih mesra disapa Anjou hilang begitu sahaja.

Tiba-tiba namanya terus naik mendadak kerana kontroversi gambar separa bogelnya yang berlegar di laman internet.

Kontroversi demi kontroversi yang dikaitkan dengan nama Anjou,
namun, ia sedikit pun tidak gentar buat wanita ini, malah dia sangat
lantang menyuarakan pendapat diri.

Baru-baru ini pula, wujud isu dia telah memulakan ‘perang’ bersama
bekas peserta Akademi Fantasia 6 (AF6), Lufya yang mengatakan dia diraba
kerana wajahnya yang menyerupai Anjou.

Walaupun telah meminta maaf, namun isu ini dilihat masih berlarutan.
Inginkan kepastian, Kosmo! menemuramah Anjou yang berada di majlis
memperkenalkan pakaian rekaan Ariff Shukor bersama Rafflesia yang
bertempat di butik Rafflesia, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Kosmo!: Perkembangan baharu dan terkini Anjou?

ZARINA: Baru habis penggambaran bersama Mamat Khalid. Kini sudah
tiga filem saya buat. Dua bersama Mamat Khalid iaitu Amukan Buas
Frankenstein Tempatan dan Amir dan Lokman Ke Laut serta bersama KRU
berjudul Ular.

Kini saya sedang sibuk mempromosi produk baharu saya, iaitu wangian
salap bibir yang boleh dijadikan pengilat bibir dan wangian serta
deodoran yang bernama Ched Solid Perfume.

Mengapa terfikir mahu terlibat dalam bidang bisnes?

Saya memang suka berniaga. Saya juga akan buat bisnes kasut dan
pakaian. Banyak bisnes mahu dijalankan tahun ini, jadi saya agak sibuk.

Buat bisnes kerana minat atau tidak laku berlakon?

Siapa kata saya tidak laku? Saya tidak perlu keluarkan apa-apa, malah
dibayar untuk berlakon. Jika laku atau sebaliknya, saya tetap akan
jalankan bisnes kerana jika ada peluang untuk dapatkan duit lebih, apa
salahnya.

Bagaimana perjalanan tahun 2012 bagi anda?

Tahun ini saya rasa tahun yang sangat sibuk serta padat dan
memuaskan. Saya sibuk terbabit dengan filem dan buat bisnes, jadi tahun
hadapan saya akan bertambah sibuk.

Masih lagi suka dilabelkan sebagai ratu kontroversi atau bagaimana?

Mana ada saya suka, orang yang labelkan. Saya terpaksa terima sahaja.
Saya tak peduli pandangan orang. Ini kerana saya hanya lakukan apa yang
saya rasa ingin buat. Mereka mahu cakap saya kontroversi atau tidak,
saya masih lagi mampu 'buat wang' untuk diri saya. Sekurang-kurangnya,
saya tidak harapkan duit sesiapa untuk membiayai saya. Saya tidak kacau
dan hutang orang, walaupun saya kontroversi. Saya juga tidak perlu cari
teman lelaki kaya dan Datuk untuk bantu saya. Saya boleh cari duit
sendiri.

Bercakap tentang kontroversi bersama Lufya. Adakah ia semakin baik atau sebaliknya?

Kami pernah berkawan sebelum ini dan selepas itu, dia buat perkara
ini jadi besar. Dia juga menambah kenyataan dengan mengatakan diraba
kerana muka menyerupai saya. Mengapa tuan punya badan tidak pernah kena
raba, dia pula yang kena? Tidak wajar dia berjalan seorang diri, dan
secara tiba-tiba perkara itu terjadi. Dan jika benar sekalipun perkara
ini terjadi, mengapa laporkan kepada wartawan, dan tidak kepada polis?
Apa motifnya di situ bukan?

Adakah anda sudah bermaafan atau belum?

Sebenarnya saya sudah diam, tapi dia keluarkan single baharu, yang
kelihatan kononnya ditujukan kepada saya. Dia ada minta maaf namun
selepas itu, dia masih provokasi perkara ini. Jadi apa motifnya?

Kes ini sudah berakhir, namun hubungan masih tidak baik?

Saya tidak mahu ada hubungan dengannya pun. Saya rasa tidak perlu.
Tahun ini saya sibuk mahu cari duit, jika mahu bergaduh atau sebagainya,
minta cari orang lain. Saya sudah malas. Saya mahu belajar buat kek
untuk buat bisnes sempena mahu raya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum