Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Enggang setia pada kekasih

View previous topic View next topic Go down

Enggang setia pada kekasih

Post by Park Deen on Mon Jul 16, 2012 11:11 am

Enggang setia pada kekasih (KOSMO)









TEPAT pukul 11.30 pagi, Hermanto sudah bersedia dengan sebaldi makanan untuk burung-burung kesayangannya.

Pagi itu dia membawa potongan kecil buah betik, pisang dan beberapa
ekor anak ayam yang sudah mati. Sebaik berada di lokasi yang
ditetapkan, puluhan ekor burung sudah bersedia menunggu kelibat lelaki
itu.

Tanpa berlengah, tangannya pantas mencampakkan menu yang dibawa
kepada burung-burung yang kelaparan itu sambil matanya melilau memandang
ke atas seolah-olah mencari sesuatu.

Tiba-tiba mulutnya mengukir senyuman sebaik melihat seekor burung
enggang yang baru sahaja hinggap di ranting sebatang pohon besar yang
terdapat di dalam kawasan taman tersebut.

“Nah Samad! Ambil ni,” katanya ketika melontarkan seekor anak ayam yang telah mati ke atas.

Balingan tepat Hermanto terus disambut Samad melalui paruhnya yang
panjang. Kemudian, Samad bertindak melambung-lambung anak ayam berbulu
kuning itu beberapa kali sehingga lembik sebelum menelannya.

Tindakan burung daripada spesies enggang badak atau nama saintifiknya
Bucheros rhinoceros itu ternyata menarik perhatian pengunjung.

Tabiat ketika makan

“Melambung-lambungkan makanan merupakan salah satu tabiat burung
enggang pada waktu makan. Walaupun makanan tersebut hanya sepotong buah
betik, namun ia tetap akan melakukan perkara yang serupa,” jelas
Hermanto, seorang kakitangan Taman Burung Kuala Lumpur (TBKL) yang
bergelar pemberi makan (feeder).

Berpengalaman selama 11 tahun bekerja di TBKL, Hermanto menjelaskan
burung enggang memang pandai menangkap makanan yang diberikan kepadanya.

“Jarang sekali ia terlepas ketika menyambut makanan yang dilontar.
Haiwan ini paling suka makan pisang dan betik selain haiwan kecil
seperti anak ayam dan tikus.

“Jika sudah kenyang, ia akan berhenti dan tidak akan menyambut
makanan yang dibaling lagi,” ujar Hermanto sambil memberitahu biasanya
kesemua burung enggang diberi makan sekali sehari.

Secara keseluruhan, terdapat 14 ekor burung enggang atau dikenali
juga sebagai burung kenyalang di TBKL yang dipelihara sejak tahun 1991.
Ia terdiri daripada tujuh spesies.



SEBAGAI doktor veterinar, Kartini arif dengan tabiat dan pemakanan spesies burung enggang yang terdapat di taman tersebut.



Selain enggang badak, terdapat juga burung enggang kelingking atau
nama saintifiknya Anthracoceros albirostris convexus, gatal birah
(Anthracoceros malayanus), gunung (Aceros undulatus), papan (Buceros
bicomis) dan jambul putih (Tropicranus albocristatus). Kesemuanya
merupakan spesies enggang tempatan manakala enggang tanah (Bucorvus
leadbeateri) pula ialah satu-satunya spesies dari luar negara.

Menurut pakar veterinar TBKL, Dr. Kartini Ahmad, 30, enggang tanah
mempunyai satu sifat unik iaitu sering menghabiskan masa di atas tanah
untuk mencari makanan berbanding terbang.

“Ia mempunyai tembolok berwarna merah di bahagian bawah leher.
Biasanya burung ini sering dijumpai berpasangan atau dalam kumpulan
kecil yang terdiri daripada tiga hingga enam ekor.

“Spesies ini banyak didapati di rantau Afrika seperti di Namibia,
Angola, Burundi, Kenya, Mozambique dan Zimbabwe. Habitatnya di kawasan
hutan jarang, savannah dan padang rumput terbuka,” beritahunya.

Tambah Kartini, burung enggang mempunyai tabiat yang ganjil pada
musim membiak sekali gus menjadikan ia spesies istimewa berbanding
burung-burung lain.

Burung betina yang bakal bertelur akan membina sarangnya di dalam
batang pokok besar. Kemudian, pasangan burung enggang itu akan membuat
dinding pada pintu lubang tersebut menggunakan bahan seakan-akan tanah
liat. Ia biasanya terdiri daripada campuran najis, lumpur dan
bahan-bahan gentian serat seperti bulu pelepah.



RENJER Taman Burung Kuala Lumpur,
Abdul Qaiyum Abdul Rahim (kiri) menunjukkan seekor burung enggang kepada
pengunjung dari Singapura.




Dinding itu akan dibentuk dengan menggunakan paruh dan kaskanya
sehingga menutup lubang pintu sarangnya. Hanya sedikit ruang lubang
ditinggalkan untuk enggang jantan memberi makanan kepada enggang betina
yang berada di dalam sarang tersebut selama lebih kurang tiga bulan.

Musim mengawan

“Burung enggang selalunya mengawan pada musim panas iaitu sebelum
bulan September. Ia akan membuat sarangnya dari bulan Januari hingga
Jun. Secara umum, burung enggang akan bertelur sebanyak dua biji dan
biasanya hanya seekor anak yang berjaya meneruskan kehidupan,” ungkap
Kartini lagi.

Di samping itu, pasti ramai yang tidak mengetahui keistimewaan lain
yang terdapat pada burung enggang iaitu haiwan ini hidup berpasangan
secara monogami. Ia bermakna setiap seekor enggang hanya memiliki satu
pasangan sepanjang hayatnya.

“Jadi, boleh dikatakan enggang merupakan sejenis burung yang setia
pada pasangannya. Jika pasangannya mati, maka ia tidak akan mencari
enggang yang lain untuk menjadi teman hidup dan kekal sendirian hingga
ke akhir hayat,” tutur Kartini sambil memeriksa seekor burung enggang
gunung yang jinak.



ENGGANG betina lazimnya duduk di
dalam sarang selama tiga bulan sementara enggang jantan akan keluar
mencari makanan. - Sumber wilkinsonsworld.com




Sementara itu, menurut renjer TBKL, Abdul Qaiyum Abdul Rahim, 23,
kesemua burung enggang di taman itu diletakkan di dalam sangkar dan
segala rutin berdasarkan jadual yang ditetapkan.

“Burung enggang jantan misalnya, akan berbunyi pada setiap pagi
sekitar pukul 6 untuk menunjukkan wilayahnya. Burung ini tidak mempunyai
waktu makan dan tidur yang spesifik.

“Cuma sekali sehari memang ada feeder yang akan mengagihkan makanan
kepada burung-burung yang terdapat di taman ini,” kata Abdul Qaiyum
sambil menambah bahawa jangka hayat burung enggang sama ada jantan atau
betina ialah antara 35 hingga 40 tahun.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum