Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Terengganu tidak tercabar

View previous topic View next topic Go down

Terengganu tidak tercabar

Post by Park Deen on Mon Jul 16, 2012 10:48 am

Terengganu tidak tercabar (Kosmo)





TERENGGANU terus membuktikan reputasi sebagai kuasa sukan negara pada Sukma ke-15.




KONTINJEN Terengganu hanya menunggu masa untuk dimahkotakan selaku juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang.

Tampil selaku juara tiga edisi berturut-turut (2008 di Terengganu,
2010 di Melaka dan 2011 di Kuala Lumpur), Terengganu hampir pasti muncul
juara keseluruhan Sukma tahun ini.

Tatkala hanya lapan pingat emas (empat dalam acara gimnastik
berirama, dua petanque dan dua skuasy) menjadi rebutan pada hari
terakhir yang akan melabuhkan tirai di Stadium Darul Makmur, Kuantan
malam ini, Terengganu dilihat cukup selesa mendahului barisan pencabar
mereka.

Hanya kontinjen Selangor dianggap sebagai satu-satunya pencabar utama
yang mampu mengakhiri dominasi Terengganu dalam tiga temasya Sukma
sebelum ini.

Hakikat itu diakui Ketua Kontinjen Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail kepada Kosmo! semalam.

"Jika dibuat penilaian setakat ini, saya lihat kontinjen Selangor masih menjadi pencabar utama kami (Terengganu).

"Mengikut perkiraan atas kertas, Selangor mungkin mampu menambah kutipan pingat emas pada hari terakhir Sukma esok (hari ini).

"Walaupun kontinjen Terengganu berpeluang cerah meraih gelaran juara
keseluruhan Sukma tetapi saya telah mengingatkan setiap atlet untuk
terus memburu pingat emas," jelas Wan Nawawi.

Skuad lumba basikal Terengganu muncul antara penyumbang terbesar buat
kontinjen yang terkenal dengan jolokan 'Terengganu Hanelang' itu pada
Sukma kali ini apabila membawa pulang 12 pingat emas.

Skuad olahraga Terengganu sekali lagi menampilkan prestasi
mengagumkan apabila menyambar lapan pingat emas, sekali gus muncul juara
keseluruhan dalam acara tersebut.

"Mungkin ada yang terlepas pandang bahawa Terengganu juga muncul
juara keseluruhan bagi acara memanah apabila kami meraih sembilan pingat
emas.

"Kejayaan cemerlang dalam ketiga-tiga acara itu (lumba basikal,
olahraga dan menanah) menjadi antara faktor kejayaan kontinjen
Terengganu muncul pendahulu keseluruhan setakat ini," katanya.

Menurut Wan Nawawi, beliau berasa gembira dan berpuas hati apabila
kontinjen Terengganu telah melepasi sasaran pingat emas pada Sukma kali
ini.

"Sebelum hadir ke sini (Kuantan), kami menetapkan sasaran 47 pingat
emas tetapi setakat hari ini (semalam) kami telah melepasi 50 emas.

"Saya bersyukur kerana sasaran awal kami telah tercapai. Dalam
keadaan kami tidak berjaya meraih pingat dalam acara akuatik, acara kenu
pula tidak dipertandingkan, kami masih mampu melepasi sasaran 47 emas,"
jelasnya.

Setakat pukul 10.30 malam tadi, kontinjen Terengganu selesa
mengungguli carta pungutan pingat dengan merekodkan 61 pingat emas, 24
perak dan 30 gangsa.

Selangor yang muncul juara Sukma tujuh kali, mengekori rapat di
belakang Terengganu apabila mengumpul keseluruhan 47 pingat emas, 53
perak dan 57 gangsa.

Kontinjen tuan rumah, Pahang berjaya menempatkan diri dalam kelompok
tiga terbaik apabila mengutip 44 pingat emas, 37 perak dan 37 gangsa.

Sebagai rekod, Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila muncul
juara Sukma buat kali pertama pada edisi 2008 yang menyaksikan mereka
meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.

Dua tahun kemudian, kontinjen Terengganu sekali lagi ditabalkan
selaku juara apabila memungut 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa.

Tahun lalu, Terengganu melakar hatrik dengan mengungguli temasya
Sukma buat kali ketiga berturut-turut selepas membawa pulang 23 pingat
emas, lima perak dan 10 gangsa.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum