Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mahal tanda Shila Amzah matang

View previous topic View next topic Go down

Mahal tanda Shila Amzah matang

Post by Park Deen on Sun Jul 15, 2012 10:33 am

HIBURAN

Mahal tanda Shila Amzah matang (Kosmo)






MENDENGAR khabar tentang Shila Amzah diberi cuti lima hari oleh
doktor yang merawatnya di Pusat Perubatan Pantai pada awal minggu lalu,
satu persoalan tercetus. Sakitkah dia atau tertekan sangatkah anak
sulung penyanyi ND Lala itu terhadap isu naik harga yang baru-baru ini
hangat diperkatakan?

Satu panggilan diajukan kepada ibunya Fauziah Sarman menanyakan
situasi sebenar. Mujurlah jawapan yang diberikan tidak menghalang hajat
merakamkan satu sesi fotografi bersama Shila sebagai pengisi ruang
portfolio minggu ini.

Tiba lengkap dengan pakaian kasual dan solekan yang sedia untuk
melangkah ke depan kamera, kesungguhan pelantun Patah Seribu itu
menunjukkan keseriusannya memberikan komitmen. Bisik ibu: "Shila cuma
migrain. Memang doktor minta dia rehat, tapi dalam jadual, hari ini kami
ada sesi latihan untuk rakaman sebuah program raya dengan Astro, tapi
tiba-tiba ia ditunda ke tarikh lain, ini rezeki awak."

Agak keletihan barangkali kesan sampingan berjenis ubat yang diambil,
Shila bagaimanapun tidak mengecewakan. Puas dibidik lensa kamera, si
kekasih aktor Sharnaaz Ahmad itu sudah tahu apa yang dikehendaki
daripada bicaranya.

"Saya anggap diri saya dalam laluan yang positif ketika ini.
Sepanjang tempoh 12 tahun lepas, sudah banyak cabaran yang saya lalui.
Bagi saya, Tuhan tidak akan berikan semua sekali gus apa yang kita
mahukan tapi dia berikan kita cabaran, cabaran itulah yang sedang saya
depani hari ini," ungkapnya tenang saat definisi kerjaya minta diulas
sebagai mukadimah.

Masuk ke topik Mania yang banyak menjadi platform kepadanya untuk
menyambung harapan untuk ke Indonesia, kata Shila dia tidak mahu
berhenti berharap ke arah itu. Janji Ahmad Dhani mahu dipegang dan jika
dipermudahkan Tuhan, cita-cita untuk melebarkan pengaruh ke negara
serumpun itu akan terlaksana jua.

Banyak yang cuba Shila kongsikan, paling utama rasa terkilannya
terhadap isu yang menjadi buah mulut ramai. Isu menaikkan bayaran
nyanyian sebenarnya bukan isu baharu dalam senario nyanyian tanah air.
Cuba bayangkan, selama lebih 20 tahun industri, sudah berapa kali
agaknya Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain begitu juga Ziana Zain
menaikkan tahap bayaran masing-masing.

Kali pertama menjadi perhatian atas isu yang berkait rapat dengan
suhu karier seninya, Shila tidak melihat isu bayaran sebagai satu
masalah besar.

"Mungkin sebab dahulu orang anggap saya artis suam-suam kuku, nampak
tak tegas. Sebab itulah bila saya naikkan fi persembahan, hal itu jadi
isu besar. Saya bergerak sendiri, bila orang hubungi dan bertanya
tentang bayaran, saya beri harga yang sepatutnya. Sebenarnya, itu harga
sejak awal tahun 2012 lagi, sebelum masuk Mania dan selepas Anugerah
Juara Lagu lagi.

"Bagi saya, ia tak sepatutnya jadi isu sebalik satu perkara yang
normal. Menaikkan harga bermakna saya meletakkan tanggungjawab yang
lebih tinggi, mencabar diri saya untuk memberi hasil yang lebih baik,
memberi motivasi untuk diri sendiri supaya lebih memuaskan hati dan
membuka mata ramai untuk melihat kematangan Shila Amzah," Shila
mengusung pendiriannya.

Bukan naik kosong



SHILA AMZAH tidak mahu dianggap meninggi diri kerana naikkan harga bayaran.



Usia semuda 22 tahun bukan bermakna Shila kosong pengalaman. Berbelas
tahun menyanyi, sudah entah berapa kali dia hanya dibayar dengan harga
saguhati sedangkan ada artis lain yang sebaya dengannya menerima bayaran
yang sepatutnya dibayar terhadap penyanyi profesional.

"Insiden-insiden begitu buat saya lebih berhati-hati. Dalam diam,
saya juga ada membuat perbandingan, orang kata saya sudah pandai naikkan
harga sedangkan ada penyanyi lain yang satu generasi dengan saya
menetapkan bayaran berganda lebih tinggi berbanding saya.

"Sebelum berada di tahap yang sepatutnya, saya sendiri memang tidak
berani letak harga mahal-mahal, saya takut juga tak boleh nak penuhi
kehendak orang. Tapi sekarang saya sudah beroleh keyakinan, saya naikkan
pada kadar yang berpatutan dengan diri saya. Saya masih sedar diri dan
saya percaya isu ini pun pernah terjadi kepada rata-rata artis," katanya
yang popular dengan Beribu Sesalan gandingan bersama Ning Baizura dan
Jaclyn Victor.

Sharnaaz panas baran, merokok

Sambil menyifatkan Patah Seribu sebagai kayu ukur pencapaian peribadi
Nur Shahila Amir Amzah, kemunculan Sharnaaz Ahmad yang kini bertakhta
di hati sedikit sebanyak memanaskan keberadaan Shila, di mata peminat.

Sudah resam cinta sesama artis, perhubungan Shila dan Sharnaaz yang
mulanya menjadi bahan cerita, kini beransur tenang dek pengakuan dan
keintiman yang bersulam restu orang tua.

"Saya baca hampir semua artikel tentang saya dan Sharnaaz. Dahulu
saya pernah kata mahu ketepikan cinta demi karier tapi bila dengan
Sharnaaz, saya tak tahu macam mana hendak tepis lagi. Orang kata,
sekarang masa yang terbaik untuk saya fokus dengan kerja, tapi syukurlah
juga, sebab Sharnaaz muncul ketika kerja saya juga sedang menunjukkan
'sesuatu.' Sekarang, rasanya saya sedang ada kedua-duanya (cinta dan
karier) pada satu sama masa," ucap Shila tanpa sembunyi.

Belum boleh meramal masa depan, namun Shila yakin sudah ada
keberanian untuk percaya pada kata hati. Antara dia dan Sharnaaz, Shila
juga sedar, banyak perkara tentang lelaki dari Pulau Pinang itu yang
tidak disukainya.






"Rasa 70 peratus apa yang ada pada Sharnaaz ialah perkara yang saya
tidak begitu gemar, dia merokok, kasar dan mudah marah. Dia juga kuat
cemburu, tapi Allah sudah buka pintu hati saya untuk jatuh cinta
dengannya. Sekarang terserah kepada jodoh sahaja," katanya bersaksikan
ibu yang tersenyum di sebelah.

Mengakui, biarpun bapanya, ND Lala tidak pernah menghalang hubungan
mereka, namun kata Shila: "Ayah saya juga tidak pernah 'ya' atau
'tidak.' Bila jumpa Sharnaaz, dia okey cuma tidak beri kata putus."

Kata orang, cinta itu datang dan pergi, bagi Shila dia juga tidak
tahu sama ada cintanya bersama Sharnaaz akan berpenghujung ke destinasi
yang diimpikan. Biarlah tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang menjadi
waktu untuk mereka mengukuhkan kedudukan.






avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum