Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

The Red Warriors berpesta

View previous topic View next topic Go down

The Red Warriors berpesta

Post by Park Deen on Sun Jul 15, 2012 10:18 am

The Red Warriors berpesta (Kosmo)





PEMAIN-PEMAIN Kelantan meraikan
kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super bagi musim 2012 di Stadium
Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.




JUARA Liga Super, Kelantan menampilkan aksi mantap pada babak kedua
untuk menumpaskan Sarawak 3-1 pada perlawanan terakhir liga di Stadium
Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menutup
saingan Liga Super musim ini dengan bergaya apabila mempertahankan
kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.

Skuad The Red Warriors berjaya mengumpul 60 mata, sekali gus
meranapkan impian wakil Singapura, Lions XII untuk mencipta kejutan pada
penampilan pertama dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Kemenangan tersebut cukup manis buat semua barisan pemain Kelantan
apabila mereka menjulang trofi liga di hadapan 18,000 penyokong setia
yang hadir memberikan sokongan pada perlawanan tersebut.



Pada perlawanan itu, skuad The Red Warriors yang sudah dinobatkan
selaku juara liga tidak memberikan laluan mudah buat pasukan bimbingan
Robert Albert apabila mempamerkan aksi bertenaga meskipun dihampakan
dengan ketumpulan jentera serangan yang diketuai oleh Norshahrul Idlan
Talaha.

Situasi sama turut berlaku kepada pasukan pelawat yang menyaksikan
jentera serangan yang dikemudi tonggak import, Joel Epalle gagal
memecahkan kebuntuan, sekali gus menyaksikan kedudukan separuh masa
pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bersambung pada babak kedua, Sarawak yang dilihat cuba mendominasi
perlawanan dikejutkan dengan jaringan pertama tuan rumah menerusi
kapten, Mohd. Badhri hasil sepakan percuma pada minit ke-61.

Selang empat minit kemudian, Stadium Sultan Muhammad IV sekali lagi
bergemuruh dengan sorakan penyokong apabila pemain sayap, Nor Farhan
Mohammad meledakkan gol kedua tuan rumah.

Nor Farhan terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledakkan
gol ketiga Kelantan selepas menerima hantaran ketua pasukan, Mohd.
Badhri pada minit ke-67, sekali gus melengkapkan jaringan kedua
peribadi.

Gol tersebut tidak menjejaskan rentak permainan pelawat yang akhirnya
berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit ke-69 menerusi Mohd. Hairul
Moktar.

Keputusan 3-1 kekal berpihak kepada tuan rumah dan Stadium Sultan
Muhammad IV bergemuruh dengan sorakan para penyokong setia Kelantan bagi
meraikan kejuaraan mempertahankan trofi Liga Super buat kali kedua
berturut-turut.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum