Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Elly Mazlein belum tetap tarikh kahwin

View previous topic View next topic Go down

Elly Mazlein belum tetap tarikh kahwin

Post by Park Deen on Wed Jul 11, 2012 10:24 am

Elly Mazlein belum tetap tarikh kahwin (Kosmo)



Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


ELLY MAZLEIN bertudung kerana memenuhi tuntutan watak dalam drama Bazar Al-Mubarak.




TANGGAL 29 Mei 2011 pastinya menjadi momen indah buat penyanyi dan
pelakon, Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi, 31, atau Elly Mazlein apabila
mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya iaitu Azmi Hata, 37,
yang juga merupakan seorang pengarah drama.

Mengimbas semula majlis pertunangan mereka yang berlangsung di Dewan
Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur, ia diadakan dalam
majlis yang serba mewah. Malah, Elly turut dibawa menaiki kereta kuda
menuju ke dewan.

Mengikut perancangan pasangan itu sepatutnya diijabkabulkan pada
Februari lalu, namun pelantun lagu Sutera Kasih itu pernah memberitahu
perkahwinan mereka terpaksa ditunda pada bulan Disember 2012.

Bagaimanapun, Elly yang ditemui pada penggambaran drama Bazar
Al-Mubarak baru-baru ini menyatakan tidak dapat memberikan tarikh rasmi
mengenai majlis pernikahan mereka.

Kosmo!: Sudah lebih setahun bertunang, adakah tarikh pernikahan Azmi dan Elly sudah ditetapkan?

ELLY: Sebenarnya masih belum ada lagi tarikh yang betul-betul rasmi
untuk majlis pernikahan kami. Kalau boleh saya ingin berkahwin segera
kerana kami pun sudah bertunang agak lama.

Apakah yang menyebabkan kalian berdua belum mendapatkan tarikh yang sesuai?

Semuanya disebabkan kesibukan saya dan Azmi dalam kerjaya
masing-masing. Saya sangat bersyukur kerana pada tahun ini tawaran
berlakon yang saya terima tidak putus-putus, manakala Azmi pula sibuk
dengan kerjayanya sebagai pengarah. Malah, semasa bertunang pada tahun
lalu pun saya cuma bercuti selama dua hari sahaja sebelum kembali
menjalani penggambaran. Jadi, jadual kerjaya kami memang sentiasa padat
buat masa sekarang.

Pada jangkaan anda, adakah kalian akan tetap mendirikan rumah tangga pada tahun ini atau mungkin ditangguh ke tahun hadapan?

Kalau nak diikutkan saya memang mahu berkahwin pada tahun ini, namun
semuanya bergantung kepada keadaan kami berdua. Disebabkan itu saya
tidak boleh memberikan jawapan yang kukuh mengenainya. Bagaimanapun,
kalau kami sudah bersedia dan mendapat tarikh yang sesuai, saya sendiri
akan umumkan kepada media dan peminat. Lagipun, saya memang tidak
keberatan untuk berkongsi tentang hari bersejarah kami kepada umum.

Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang?

Ketika ini saya sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran drama
dan telefilem. Yang terbaharu, saya kini menjalani penggambaran drama
sitkom berjudul Bazar Al-Mubarak yang akan ditayangkan pada bulan
Ramadan ini.

Asyik sibuk dengan dunia lakonan, bagaimana pula dengan karier sebagai penyanyi?

Karier nyanyian saya masih lagi diteruskan dan banyak terlibat dengan
beberapa projek seperti merakamkan lagu runut filem iaitu Awan Dania
The Movie dan Aku, Kau Dan Dia.

Pada bulan puasa ini saya akan berehat sebentar daripada dunia
lakonan kerana akan masuk studio untuk menghasilkan single terbaharu.
Cuma, saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenainya, tetapi
lagu sudah ada dan kini tinggal masa untuk merakamkannya sahaja.

Anda dilihat bertudung. Adakah ini penampilan terkini anda?

Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan penampilan saya
sekarang ini kerana menjalani penggambaran drama yang sedang saya
lakonkan sekarang. Dalam drama ini saya membawakan watak sebagai Milah,
seorang janda yang berniaga kuih-muih di bazar semasa bulan Ramadan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum