Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tuah Fuad

View previous topic View next topic Go down

Tuah Fuad

Post by Park Deen on Tue Jul 10, 2012 4:10 am

Tuah Fuad (Kosmo)



Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


AHMAD FUAD muncul juara Kilauan Emas musim kedua berbekalkan lagu Syair Laila Majnun.




FINAL Kilauan Emas musim kedua yang berlangsung hujung minggu
menyaksikan persaingan sengit antara para peserta. Namun, pada
penghujung acara, hanya seorang daripada 10 peserta yang telah
dinobatkan sebagai juara.

Mempunyai vokal yang konsisten dan persembahan tanpa gugup, Ahmad
Fuad Zaharullail atau lebih dikenali sebagai Fuad dalam kalangan peserta
program tersebut, akhirnya menjadi juara Kilauan Emas musim kedua.

Menurut Fuad, lagu yang disampaikan olehnya iaitu Syair Laila Majnun memberi tuah kepadanya.

Selain trofi, Fuad juga telah membawa pulang wang tunai RM50,000.
Markah tinggi yang diberi juri sekali gus mengangkat Fuad sebagai juara
dengan mengetepikan lima lagi peserta akhir program tersebut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk
keluarga kerana menyokong saya hingga diumumkan sebagai juara.

“Sebenarnya undian SMS saya di peringkat awal memang rendah, namun ia menjadi konsisten bermula dua atau tiga minggu terakhir.

"Saya rasa, lagu yang saya bawa itu merupakan lagu yang membawa tuah
buat diri saya. Lagu itu memang mempunyai aura tersendiri dan alunan
muziknya juga sesuai dengan vokal saya yang agak kemelayuan,” tutur anak
kelahiran Selangor yang berusia 43 tahun tersebut.

Ujarnya lagi, pemilihan lagu tersebut merupakan kehendak dirinya
sendiri setelah berbincang bersama rakan-rakan yang lain. Ia merupakan
lagu yang jarang dinyanyikan pada peringkat pertandingan sebegini.

Memegang kata-kata idolanya iaitu Jamal Abdillah, usia bukan
penghalang untuk dia menonjolkan bakat. Itu yang menjadi pembakar
semangat dan pendorong buat dirinya untuk mencuba nasib dalam program
nyanyian ini.

Azri ingin bedah mata

Lain pula cerita pemenang kedua program tersebut iaitu Nor Azri
Zainuddin. Dia berhasrat menggunakan wang kemenangan untuk melakukan
pembedahan kedua-dua belah matanya.



KIRI: Naib juara, Azri berduet dengan penyanyi Jaclyn Victor.




Nor Azri atau Azri telah dinobatkan sebagai naib juara dan anugerah
khas Polident yang mana kesemua jumlah kemenangan yang diperolehnya
ialah sebanyak RM30,000 berserta dua buah trofi.

“Jika diikutkan, saya sebenarnya telah tewas dalam pusingan Zon
Timur. Namun, saya tidak berputus asa dan mencuba nasib tambahan pula,
isteri memberi semangat dan sokongan kepada saya agar mencuba pula di
Zon Tengah.

“Mungkin ramai yang telah sedia maklum, wang kemenangan ini akan saya
gunakan bagi kos pembedahan mata. Kedua-dua anak mata saya rosak dan
memerlukan kos yang tinggi dan kerana itu, saya menyertai program ini.
Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya. Saya akan melakukan
pembedahan mata dalam masa terdekat,” tutur Azri yang juga berterima
kasih kepad Jaclyn Victor kerana banyak membantunya.

Bagi pemenang ketiga pula yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah,
Jumat Ramlee, dia ingin menggunakan wang kemenangan itu untuk mengadakan
sedikit kenduri di kawasan perumahannya bagi mensyukuri rezeki yang
diperolehnya itu. Jumat menerima sebuah trofi berserta wang tunai
RM15,000.

Sementara itu, menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris,
oleh kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan pada musim kedua
ini, tidak mustahil pihak Astro akan mempertimbangkan musim ketiga pula.


Dalam pada itu, peserta-peserta Kilauan Emas bakal muncul dalam program Aidilfitri yang akan disiarkan

di saluran Astro Prima kelak.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum