Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Usop Wilcha nafi tinggalkan Hot FM

View previous topic View next topic Go down

Usop Wilcha nafi tinggalkan Hot FM

Post by Park Deen on Tue Jul 10, 2012 4:08 am

Usop Wilcha nafi tinggalkan Hot FM (Kosmo)



Oleh HARYATI KARIM


USOP WILCHA kini mengambil cuti selama sebulan daripada bersiaran sebagai penyampai radio Hot FM kerana sibuk berlakon.




SEJAK kebelakangan ini, semakin kurang suara Syh8 atau nama
sebenarnya Syed Mohamad Asri berkumandang di corong radio stesen radio
popular Hot FM, sedangkan itulah rutin hariannya setiap pagi, berceloteh
menghiburkan pendengar.

Sangkaan awal mungkin kerana rombakan yang sedang dibuat oleh pihak
stesen berkenaan. Bagaimanapun dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan
oleh pihak pengurusan radio yang kini menggunakan tagline Muzik Paling
Hangat, nama Syh8 tercicir daripada senarai penyampai radio untuk siaran
Hot FM AM Krew yang kini hanya tinggal bertiga, Faizal Ismail, Fara
Fauzana dan AG.

Mungkinkah Syh8 yang juga popular dengan nama Usop Wilcha
disingkirkan daripada stesen radio tersebut, namun jika difikir dengan
teliti kontrak Syh8 bersama Hot FM masih berbaki setahun sehingga Jun
2013.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Syh8, 47, yang mula popular sejak
membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah menafikan dia telah
meninggalkan stesen radio berkenaan, tetapi menyerahkan nasibnya pada
pihak pihak pengurusan radio Hot FM.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Syh8 baru-baru ini.

Kosmo!: Mengapa nama Syh8 tercicir dalam senarai baharu penyampai
radio Hot FM AM Krew yang dikeluarkan pihak pengurusan Hot FM? Adakah
sudah meninggalkan Hot FM?

SYH8: Saya masih bersama Hot FM, tidak tinggalkan Hot FM, baki
kontrak ada masa setahun lagi. Tidak timbul sebarang isu antara saya
dengan Hot FM.

Jika begitu mengapa begitu lama anda tidak muncul di radio?

Sekarang saya sedang cuti sebulan. Sebenarnya saya ambil cuti kerana
sedang menunggu untuk masuk ke set penggambaran filem Usop Wilca &
Werewolf dari Bangladesh dan kebetulan ibu saya meninggal dunia
baru-baru ini, sebab itu sudah lama saya tidak muncul di radio.

Adakah terdapat sebarang masalah antara anda dan Hot FM?

Tiada sebarang masalah, jika ada masalah semuanya berpunca daripada
jadual kerja saya yang terlalu padat. Walaupun saya bekerja sebagai
penyampai radio pada waktu pagi, saya masih sibuk berlakon selepas itu.

Adakah anda terbeban dengan kerja di radio sehingga terpaksa menolak banyak tawaran lakonan?

Sejujurnya, saya telah menolak empat tawaran filem kerana terikat
dengan kerja sebagai penyampai radio. Saya rasa tidak selesa kerana
asyik ambil cuti untuk berlakon, tidak adil untuk Hot FM. Saya juga
tidak selesa asyik menolak tawaran lakonan daripada kawan-kawan, nanti
orang tidak mahu ambil saya berlakon lagi dan saya hilang kawan. Bukan
terbeban tetapi saya mahu berlaku adil dalam kekangan masa yang singkat
kepada semua pihak termasuk diri saya sendiri.

Apakah jalan penyelesaiannya?

Saya pernah berbincang perkara ini dengan pihak Hot FM, mereka
memahaminya. Mungkin mereka akan menukar saya ke slot yang lain,
kurangkan waktu kerja saya di konti atau lebih sibuk dibelakang tabir
seperti program rakaman yang tidak mengganggu jadual penggambaran saya.
Memang saya tidak tahu nasib saya lagi kerana masih bercuti sehingga
hujung bulan ini, semuanya terpulang kepada pihak pengurusan Hot FM.

Maknanya anda tidak mampu melakukan dua kerja serentak?

Sebelum ini saya bekerja sebagai pengurus komunikasi korporat sebuah
syarikat dan saya berhenti pada hujung tahun lepas kerana tidak cukup
masa. Ketika mula-mula terima tawaran Hot FM, saya sangkakan mampu
melakukan dua kerja serentak, bangun pagi, bekerja di radio dan sebelah
petang saya berlakon. Mungkin disebabkan oleh faktor usia, habis
sahaja kerja di radio saya penat dan hanya ingin tidur selepas itu.
Banyak filem tertunda disebabkan saya, jadi saya kurangkan kerja di
radio dan saya boleh berlakon.

Menyesal menerima tawaran penyampai radio?

Tidak, kerana dalam hidup ada dua perkara yang ingin saya cuba.
Pertama menjadi penyampai radio dan kedua mempunyai program bual bicara
saya sendiri. Mendapat tawaran daripada Hot FM merupakan perkara yang
tidak dijangka dan saya bersyukur kerana menjadi keluarga sebuah radio
popular tempatan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum