Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Peluang KL balas dendam

View previous topic View next topic Go down

Peluang KL balas dendam

Post by Park Deen on Tue Jul 10, 2012 3:46 am

Peluang KL balas dendam (Kosmo)









"PASUKAN yang beraksi lebih baik akan menang." Demikian tegas
jurulatih Wilayah Persekutuan, Razip Ismail (gambar) menjelang pertemuan
menentang juara bertahan, Terengganu pada aksi suku akhir acara bola
sepak di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hari ini.

Menyifatkan peluang kedua- dua pasukan adalah 50-50, Razip tidak mahu
pasukannya beraksi di bawah tekanan berdasarkan reputasi Sang Penyu
yang turun selaku juara bertahan.

Menurut Razip, ini peluang terbaik buat anak-anak buahnya membalas
dendam ekoran dikecewakan lawan yang sama pada peringkat separuh akhir
temasya yang sama dua tahun lepas di Melaka.

"Saya menghormati kekuatan Terengganu, kali ini kami bertemu mereka lebih awal iaitu pada peringkat suku akhir.

"Bagi saya, peluang kedua-dua pasukan dilihat seimbang, siapa yang beraksi lebih baik akan menang," katanya.

Razip memberitahu, buat masa ini moral pemainnya berada pada tahap
terbaiklebih-ebih lagi selepas muncul juara Kumpulan D selain memegang
reputasi antara pasukan yang belum tewas sepanjang temasya kali ini.

Selain itu, kecederaan penyerang utama, Puvana Rajah juga tidak
membimbangkan Razip apabila peledak berbisa itu dijangka kembali pulih
hari ini.

"Cuma saya harap agar pemain saya lebih berwaspada dengan kemampuan
pemain Terengganu, terutamanya kapten mereka, Muhammad Fakhrurazi Musa
dan juga penyerang, Fahmi Izzudin Mohd. Zaki," katanya.

Lain-lain aksi suku akhir hari ini membabitkan pertemuan tuan rumah,
Pahang yang bakal berdepan pasukan Negeri Sembilan, Perak menentang
Perlis, manakala Selangor melayan cabaran Sabah yang dijangka
diperkuatkan dengan peledak berbisa Harimau Muda, Mohd. Rozaimi Abdul
Rahman.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum