Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Masa depan teh oo long Taiwan

View previous topic View next topic Go down

Masa depan teh oo long Taiwan

Post by Park Deen on Mon Jul 09, 2012 4:35 am

Masa depan teh oo long Taiwan (Kosmo)





PARA juri melakukan ujian memeriksa daun teh dan rasa pada satu pertandingan teh di Nantou, tengah Taiwan baru-baru ini.




SEJAK berdekad, Lin Tsai-pan menjaga ladang tehnya yang terletak di
kawasan pergunungan dan berkabus di tengah-tengah Taiwan dengan baik.
Kepada beliau, pekerjaan tersebut bukan sekadar satu tanggungjawab
tetapi beliau melakukan dengan penuh minat. Bahkan, ia adalah suatu
maruah.

Kerjaya itu dianggap sebagai sesuatu yang penting dalam hidupnya
apabila Tsai-pan memenangi pertandingan daun teh oo long anjuran
Persatuan Petani Luku di Nantou sebanyak tiga kali.

"Saya rasa saya berpeluang muncul sebagai pemenang pada pertandingan
kali ini," katanya. Pertandingan tersebut diadakan pada bulan Mei lalu.

Menariknya, pemenang pertandingan itu boleh menjual produk mereka
pada harga premium yang mencecah ribuan dolar Amerika Syarikat (AS)
sekilogram.

Harga mahal itu didorong oleh permintaan yang tinggi daripada
golongan kaya di China sejak dua tahun lalu. Pemenang pada tahun itu
mampu menjual sebanyak 12 kilogram teh pada harga TWD6 juta dolar
(RM628,344) iaitu dua kali ganda berbanding harga pada tahun sebelumnya.

"Sebahagian daripada orang kaya dari China beranggapan berbaloi jika
berbelanja ratusan ribu dolar Taiwan semata-mata mahu merasai teh oo
long terbaik dunia," kata Tony Lin, pekerja kanan di pertubuhan
perladangan yang baru pulang dari lawatan kerja di Tanah Besar China
baru-baru ini.

Teh diumpamakan sebagai salah satu bidang sains di Asia. Ia
dikategori dan digredkan berdasarkan proses penapaian iaitu teh hitam
ditapaikan secara berasingan dengan teh hijau.

Teh oo long yang dikategorikan dalam gred pertengahan muncul sebagai
satu produk yang mesti dibeli oleh 1.8 juta pelancong China yang datang
ke Taiwan setiap tahun.



SEORANG peladang memetik daun teh segar di ladangnya di Nantou, tengah Taiwan.




Teh oo long diperkenalkan pada tahun 1885 di Fujian, China iaitu di pergunungan Luku yang mempunyai ketinggian 700 meter.

Taiwan agak lewat menceburi penghasilan teh oo long tetapi dalam
tempoh 120 tahun, negara berkenaan berjaya mengatasi pengeluaran teh oo
long di Tanah Besar China.

Harga oo long premium agak mahal tetapi teh dengan kualiti yang sederhana ia berharga antara TWD3,000 (RM314) sekilogram.

"Teh Taiwan cukup istimewa kerana aroma bunga yang terbit daripada
teh tersebut, sebaliknya teh dari China tidak mempunyai aroma seperti
itu.

"Kualiti teh yang dihasilkan bergantung kepada beberapa faktor
antaranya ialah cuaca, tanah, cara pokok teh dijaga dan teknik
pengilangan.

"Pengeluar teh Taiwan juga bekerja keras untuk menghasilkan rasa yang
berbeza-beza. Misalnya, Oriental Beauty ialah teh yang mempunya aroma
yang kompleks, diperkaya dengan rasa madu dan buah pic. Ia dihasilkan di
utara Hsinchu dan Taoyuan," katanya.

Zaman kejatuhan

Ekoran permintaan terhadap produk teh, para petani dipaksa
meningkatkan kualiti dan pengeluaran. Pada tahun 1973, industri tersebut
mencapai kemuncaknya apabila sebanyak 28,000 tan daun teh berjaya
dihasilkan dengan 23,000 tan dieksport.

Bagaimanapun, ketika sektor tersebut mengalami zaman kejatuhan,
kekurangan tenaga pekerja, peningkatan kadar upah dan tukaran mata wang
Taiwan yang rendah memburukkan lagi keadaan.

Keseluruhan kawasan ladang teh juga merosot kepada 15,000 hektar
iaitu lebih separuh zaman era selepas Perang Dunia Kedua. Dalam pada
itu, pengimportan teh murah semakin meningkat di pasaran tempatan.



TEH oo long premium Taiwan cukup istimewa kerana ia mempunyai aroma bunga.




Penyelidik Kanan, Penyelidikan Teh dan Stesen Sambungan milik
kerajaan negeri, Chiu Chui-feng berpendapat kejatuhan teh premium Taiwan
bukan disebabkan ancaman daripada teh murah.

"Pengimportan tersebut adalah bagi memenuhi permintaan teh murah dan
tidak memberi sebarang ancaman kepada teh Taiwan yang mahal.

"Daun teh murah kebanyakannya digunakan untuk menghasilkan minuman
dalam botol yang popular dalam kalangan generasi muda," katanya.

Bagaimanapun, para pakar dan pekerja industri teh lebih berwaspada
dengan kemunculan teh oo long yang ditanam di Asia Tenggara atau China
tetapi dibungkus di Taiwan.

"Imej teh Taiwan premium bakal terjejas ekoran pengimportan teh oo
long yang dijual atas nama teh keluaran Taiwan," kata Hsu seorang
penjual teh.

Sebagai langkah pencegahan, pihak pemerintah Taiwan berusaha
mengatasi masalah tersebut. Pada masa yang sama, penanam teh turut
mendapat bantuan daripada pertubuhan serantau dan pihak pemerintah untuk
menghasilkan aroma teh baharu.

Penjual teh Taiwan juga bekerjasama dengan para petani dengan membuka
ladang teh dan kilang di luar negara seperti Indonesia, Vietnam,
Thailand dan China.

Namun, tiada kompromi dalam kualiti teh yang dihasilkan bagi memastikan pengeluarannya terus meningkat. - AFP
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum