Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ikrar cinta Azhar, Ella

View previous topic View next topic Go down

Ikrar cinta Azhar, Ella

Post by Park Deen on Mon Jul 09, 2012 4:31 am

Ikrar cinta Azhar, Ella (Kosmo)









KEADAAN rumah yang bergelap akibat gangguan bekalan elektrik selama
dua jam bermula pukul 8 malam ternyata tidak mengganggu emosi kedua-dua
mempelai, ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin,
46, untuk disatukan dengan belahan jiwanya, Azhar Husaini Ghazali, 31,
di kediaman abangnya, Mohd. Noor Izam yang terletak di Jalan Gelama,
Telok Gadong, Pelabuhan Klang, Selangor, malam Sabtu lalu.

Majlis yang dijadualkan bermula sekitar pukul 9 malam akhirnya
terpaksa ditunda sehingga satu jam gara-gara situasi yang tidak diduga
itu.

Namun, saat ditanya perasaan mempelai yang sama cantik sama padan
itu, Azhar yang lebih senang menjawab segala pertanyaan pihak media
berkata, dia menganggap ia sebagai satu situasi yang biasa akan berlaku
bagi penggunaan elektrik yang melebihi biasa.

Malah, juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu juga ada
menyuarakan hasrat untuk menjalankan upacara pernikahan itu menggunakan
nyalaan lilin tetapi benarlah kata pepatah, kalau sudah jodoh tidak ke
mana kerana tepat pukul 10 malam, situasi tersebut berjaya diatasi.

"Saya bersyukur kerana majlis pertunangan dan pernikahan kami yang
berlangsung serentak hari ini (kelmarin) berjalan lancar terutama
apabila semua perkara positif ada pada hari ini," katanya pada sidang
akhbar yang diadakan usai majlis pernikahan tersebut.

Pasangan tersebut ditunangkan kira-kira pukul 10 malam sebelum
dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Telok Gadong, Baharuddin
Abu Bakar pada pukul 10.35 malam. Noor Izam, 55, bertindak selaku wali
bagi pernikahan tersebut.

Pada majlis yang diadakan cukup sederhana itu, Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh
dulang oleh pihak perempuan. Antara barangan hantaran termasuk set
cincin jenama mewah Bvlgari, wangian, buah- buahan, telekung dan sejadah
serta kek.



ELLA dan Azhar saling berikrar untuk menjaga satu sama lain dengan baik.




Dengan berlatarbelakangkan lagu-lagu popular Ella termasuk Layar
Impian, penyanyi terkenal itu nampak anggun hasil solekan jurusolek
profesional, Saidatulnisa yang juga merupakan kakaknya selain mengenakan
pakaian pengantin berwarna putih direka khas pereka fesyen popular,
Syaiful Baharim.

Dia yang terkenal dengan perwatakan manja itu juga sekali sekala
melentok liukkan badannya selain dilihat manja mengusik suami yang setia
menemani di sisi.

Pasangan pengantin baharu yang mempunyai jarak perbezaan umur 15
tahun itu juga dilihat tenang ketika diajukan dengan persoalan termasuk
mengenai perancangan bilangan anak.

Bagi Azhar, mereka sedia untuk menimang cahaya mata seberapa ramai yang dikurniakan Allah dan akan berusaha untuk itu.

"Kami sudah beberapa kali cuba untuk ke arah ini (kahwin) dan
Alhamdulillah, pertemuan kali ini sungguh matang dan dia akhirnya terima
bila saya melamar di hadapan ibunya, Yang Asmah Long pada Februari
lalu.

"Ella seorang yang sederhana, sikap luaran dan dalaman dia memikat
hati saya selain cara dia mengambil berat pada saya membuatkan kami
serasi dan untuk itu saya yakin dia jodoh terbaik untuk saya," ujarnya.

Saat ditanya tentang jurang usia 15 tahun antara mereka dengan Ella
lebih berusia daripada Azhar, penyanyi itu memberitahu jarak usia itu
normal baginya terutama selepas banyak persoalan yang ditanya mengenai
bila dia akan menamatkan zaman solo, akhirnya dia bersyukur apabila
Allah menemukan dia dengan Azhar.

"Hari ini (kelmarin), Ella sudah tunjuk siapa suami Ella," sambil
dengan manja menambah: "Ini suami saya dan saya isterinya," katanya
lagi.

Ella yang ditanya mengenai lamaran daripada insan bergelar lelaki
yang pernah dikenali sepanjang kariernya, bagaimanapun enggan mengulas
lanjut namun mengakui dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab
sebagai isteri saat dilamar Azhar.



ELLA dan Azhar berharap dapat menunaikan haji bersama.



Malah, dia juga mengakui perbezaan yang perlu dihadapi selepas
pernikahan itu adalah untuk memberitahu ke mana sahaja dia pergi kepada
suami tercinta dan kenyataan itu disokong oleh Azhar apabila dia
mengakui tidak akan menghalang perjalanan karier seni isterinya asalkan
dia tahu batas-batasnya sebagai seorang isteri.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, kami sebenarnya serasi dan selari
apabila saya juga meminati muzik," katanya sambil mengakui mengenali
Ella baru menjadi peminatnya.

Pasangan suami isteri ini bagaimanapun masih mahu menyimpan sedikit
hal peribadi dan tidak mahu berkongsi dengan semua peminat terutama
tentang hal berbulan madu.

Malah, mereka juga mahu berahsia tentang perancangan kehidupan
selepas berkahwin apabila tidak mahu menghebahkan lokasi penginapan
selepas ini tetapi tidak menolak ia tentunya di kawasan Lembah Klang.

Saat diajukan mengenai majlis pernikahan yang dipercepatkan, Azhar
yang dipanggil 'sayang' oleh isterinya mengakui ia dibawa ke hadapan
kerana pernikahan itu sendiri tambahnya membolehkan mereka senang
merancang kehidupan dan bebas untuk berjumpa.

Mengikut perancangan awal, majlis pada malam itu adalah untuk
pertunangan kedua mereka namun jodoh yang kuat akhirnya menyatukan hati
pasangan sejoli tersebut.

"Kami berdua sibuk dan saya fikir, tidak salah untuk mempercepatkan
majlis pernikahan ini. Niat suci yang ditambah pula dengan keredaan ahli
keluarga kedua-dua pihak, eloklah dipercepatkan," ujarnya.

Malah, Azhar yang hanya mengambil cuti beberapa hari sahaja untuk
majlis pernikahan itu turut melafazkan ikrar untuk menjadi seorang suami
yang baik, bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dan bebanan
yang ditanggung isterinya.

Ella yang nampak terharu dengan pengakuan ikhlas itu turut melahirkan
ikrar yang sama untuk menjadi isteri yang baik dan taat serta cuba
untuk membahagiakan dan menyayangi suaminya itu.

Dia yang sudah lama hidup membujang juga mengakui akan belajar untuk menghadapi kehidupan berumahtangga.

"Semua ini ketentuan Allah, dari Allah dan saya akan belajar dan menghadapinya bersama-sama suami," katanya manja.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum