Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Buru puluhan ribu buaya Sarawak

View previous topic View next topic Go down

Buru puluhan ribu buaya Sarawak

Post by Park Deen on Mon Jul 09, 2012 4:29 am

Buru puluhan ribu buaya Sarawak (Kosmo)









KEHANGATAN kisah manusia menjadi santapan buaya atau serangan haiwan
reptilia yang terkenal dengan jolokan sang bedal ini sering menjadi
paparan media.

Malah cerita atau mitos mengenai haiwan pemangsa ini seringkali
menjadi bualan penduduk yang tinggal berhampiran sungai, lebih-lebih
lagi di sepanjang sungai di Sarawak.

Terbaharu, negara digemparkan dengan kejadian menimpa isteri Ketua
Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, yang dibaham buaya
berukuran lima meter dan bersaiz sebesar tong dram. Dia diserang ketika
sedang mandi di jeti rumah panjang itu.

Rentetan peristiwa tersebut, suami mangsa Embol Asum, 48, menyimpan
dendam terhadap Bujang Sebelak, pemangsa yang meragut nyawa wanita yang
dikahwininya kira-kira tiga dekad lalu.

Berbekalkan kerinduan terhadap mendiang isteri dan dendam kesumat
terhadap haiwan yang dalam masyarakat Iban yang terkenal dengan
panggilan 'aki' atau sebutan akik, 'orang dalam' atau 'jelu air',
kepakaran dan kemahiran seorang pawang tersohor dari Betong, Indet anak
Sanabong, 49, diperlukan.

Menceritakan pengalamannya, Indet mula belajar ilmu tersebut daripada seorang guru di Sipitang, Sabah selama dua tahun.

"Saya bekerja tanpa gaji tetapi saya banyak mengikutnya berniaga buah pisang dan nanas.

"Siang hari saya akan membantu guru berniaga. Pada malam hari,
barulah saya belajar ilmu tersebut sehingga dia mengambil saya sebagai
anak angkat sehinggalah perguruan saya sempurna," katanya.



INDET menunjukkan tiga mata kail
ketika keluar memburu buaya di Sungai Sebelak, Betong, Sarawak baru-baru
ini sambil diperhatikan isterinya.




Bapa kepada enam anak yang berusia antara 21 hingga 30 tahun itu mula
berkecimpung dalam bidang tersebut sejak remaja pada usia 16 tahun. Dia
mendakwa telah menangkap puluhan ribu buaya di seluruh sungai Sarawak
sama ada untuk menjualnya atau menangkap buaya yang membaham manusia.

Disumpah jadi buaya

"Lima anak saya disekolahkan menggunakan duit upah menjual buaya
kepada taman-taman buaya dan orang perseorangan. Tetapi apabila saya
mengetahui tindakan saya itu menyalahi undang-undang saya berhenti,"
ujar lelaki bertubuh tegap dengan ketinggian 1.6 meter itu.

Indet yang gemar memakai topi merupakan seorang yang tidak lokek berkongsi pengalaman.

Menurut lelaki yang mempunyai lebih tiga dekad pengalaman menangkap
buaya itu memberitahu, mengikut kepercayaan, buaya yang mengganas dengan
membaham manusia asalnya ialah manusia yang kemudiannya disumpah
menjadi buaya.

"Jolokan nama 'bujang' bermaksud orang yang jaguh, hebat, disegani dan gelaran terhormat bagi seorang lelaki.

"Jadi sinonimnya gelaran bujang yang diberi kepada reptilia ini kerana menghormati buaya buas," katanya.

Malah, mengikut kepercayaan sesetengah masyarakat Iban sendiri, aki atau buaya ini merupakan jelmaan dewa sungai iaitu Ribai.

Kata Indet, kepercayaan ini juga mendorong masyarakat setempat
mengelak daripada membunuh haiwan ini kerana bimbang ditimpa malapetaka.



PENGHUNI rumah panjang menjulang Bujang Seblak, buaya yang dipercayai menyebabkan kematian Siah.




Mengikut ilmu yang dipelajari Indet, buaya tidak menyerang sebarangan
orang sebaliknya akan menyerang manusia yang hanya berada dalam keadaan
puni atau sebutannya punik.

"Mengikut masyarakat Iban puni bermaksud seakan-akan kempunan dalam
budaya masyarakat Melayu, tetapi puni ini lebih kepada janji yang tidak
ditepati oleh seseorang.

"Seperti dia dipelawa untuk makan tetapi dia tidak menjamah makanan
tersebut lalu melakukan pekerjaan lain maka orang itu berada dalam
keadaan puni," terangnya.

Sehubungan itu, bagi membatalkan puni apabila seseorang dipelawa
makan, dia harus menjamah sedikit makanan atau menyentuh bahagian bawah
pinggan makanan sambil berkata, 'udah aki'.

"Antara pantang-larang yang diamalkan masyarakat yang mendiami
kawasan berhampiran tepi sungai ialah tidak sesekali bercakap besar
kerana aki ini tidak menyukainya.

"Sekalipun hanya terdetik di dalam hati, perasaan untuk mencabar ini
akan menyebabkan naluri mahkluk tersebut naik berang lalu menyerang
manusia," katanya.



INDET (tengah) bersama rakannya ketika menangkap buaya di Miri, Sarawak.




Dalam pertemuan dengan Indet tersebut di rumahnya di Betong, suami
kepada Rameh anak Manggai, 58, berkongsi serba sedikit tentang ilmunya
untuk memburu buaya yang mengganas di sungai-sungai sekitar Sarawak.

Pada satu operasi memburu Bujang Sebelak di Sungai Sebelak, Roban,
Saratok seekor buaya yang dinamakan Bujang Muara 'longlai' dan akur
kepada Indet.

Membuang puni

"Puni terhadap buaya terjadi apabila ia pernah membaham manusia.
Untuk menamatkannya, buaya tersebut terpaksa memakan umpan yang telah
dijampi oleh saya.

"Hanya buaya yang pernah makan manusia sahaja akan memakan umpan
terbabit yang menggunakan daging anjing putih yang diletakkan pada
gugusan tiga mata kail serta diikat pada tali rotan hidup," ujarnya.

Sehubungan itu, untuk membuang puni dalam kes buaya yang meragut nyawa manusia bererti buaya itu sendiri perlu dihapuskan.

Mengikut kepercayaan Indet, buaya yang tidak memakan umpan tersebut lambat-laun akan menemui ajalnya juga.

Mengenai kebolehannya menangkap buaya ganas dengan tangan kosong,
Indet memberitahu, hanya buaya yang bersalah dan sedia mengakui
kesalahannya sahaja akan memakan umpan tersebut.

"Kamu telah melihat sendiri bagaimana buaya tersebut akur dan tidak
melawan semasa saya menariknya ke atas perahu selepas memakan umpan
tersebut.

"Saya ibarat polis kepada pesalah, jadi dia menyerah diri untuk mulut dan keempat-empat kakinya digari," ujar Indet.

Namun, tidak semua buaya yang ditangkap Indet akur, malah ada juga
yang melawan semasa proses tersebut. Sehubungan itu, haiwan tersebut
terpaksa dibunuh serta-merta bagi mengelakkan kejadian yang tidak
diingini.

"Pembunuhan itu tidak menggunakan senjata api atau senjata tajam
sebaliknya hanya menggunakan tangan. Selepas membaca mantera, saya akan
menampar kepala buaya dan ia mati serta-merta," katanya berkongsi
rahsia.

Walaupun ilmu tersebut dituntut untuk membantu mereka yang memerlukan
bantuan, namun jika tersilap langkah ia juga boleh digunakan untuk cara
yang salah.

Sebagai seorang pawang buaya, Indet sering dicabar oleh mereka yang mahu membuktikan kesaktian yang dimilikinya.

"Jadi diri dan hati harus dididik supaya menjadi penyabar. Saya lebih
rela malu disebabkan kalah daripada berlakunya sebarang kejadian yang
tidak diingini seperti kematian.

"Biarlah orang mengatakan saya ini penakut atau lari dari medan
perang," ujarnya selain memberitahu dia sering diajak bergaduh oleh
mereka yang ingin membuktikan ilmunya.

Bahkan, anak lelaki sulungnya, Juti anak Indet, 30, juga tidak mampu
untuk memikul beban menuntut ilmu tersebut kerana menyedari dia tidak
sesabar diri Indet.

Meskipun Indet tidak meletakkan sebarang harga, namun upah yang
diterima perlulah berbaloi mengikut usaha yang dilakukannya selain
terpaksa bertarung nyawa.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum