Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Rozaimi Abd. Rahman

View previous topic View next topic Go down

Rozaimi Abd. Rahman

Post by Park Deen on Mon Jul 09, 2012 4:21 am

Rozaimi dalam dilema (Kosmo)



Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


ROZAIMI (kanan) masih belum pasti untuk beraksi dalam Liga Thailand.




BIARPUN merasa teruja dengan tawaran kelab Liga Perdana Thailand, BEC
Tero Sasana, penyerang muda negara yang semakin mengukir nama, Rozaimi
Abd. Rahman dihimpit dilema untuk beraksi dalam liga negara Gajah Putih
itu.

Kebimbangan tersebut hadir selepas dia difahamkan oleh beberapa
pemain berpengalaman negara terhadap ketelusan kempen liga Thailand itu
sendiri.

Rozaimi berkata, ia susulan timbulnya desas-desus mengenai kualiti
permainan di sana yang lebih terarah kepada aktiviti menjual perlawanan.

“Memang saya akui amat bersemangat dengan tawaran tersebut lebih-lebih lagi dapat menimba pengalaman baharu.

“Lagipun Thailand adalah antara pasukan yang terkuat di rantau Asia Tenggara.

“Pada masa sama, saya juga takut sekiranya pemergian saya ke kelab
itu tidak mampu memberikan kepuasan akibat aktiviti menjual permainan,”
katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, dia juga turut dinasihatkan agar mempertimbangkan sewajarnya keputusan seandainya ingin bermain dalam Liga Thailand.

Bagaimanapun, Rozaimi tetap optimis ingin menyahut terlebih dahulu
pelawaan tersebut kerana ia dilihat sebagai medan utama dalam menguji
kemampuan dan kemahiran yang ada padanya.

Mengulas lanjut, Rozaimi menjelaskan dia dimaklumkan mengenai tawaran
tersebut oleh jurulatih Ong Kim Swee sendiri semasa perlawanan dengan
Vietnam pada kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar
sebelum ini.

“Apa pun, sehingga sekarang saya masih belum menerima sebarang hitam
putih berkaitan tawaran tersebut,” katanya yang turut menerima tawaran
daripada negeri Sarawak.

Terdahulu, penyerang muda kelahiran Bongawan, Sabah ini berjaya
mempamerkan aksi mengagumkan dan muncul penjaring terbanyak selepas
meledak 10 gol pada kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Yangon,
Myanmar.

Sementara itu, Rozaimi terus mempamerkan kehebatannya apabila berjaya
menjaringkan gol untuk Sabah setelah mengelecek dua pemain pertahanan
dan penjaga gol Terengganu pada aksi berkesudahan Sabahawks tewas 1-3
kepada pasukan Penyu kelmarin.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum