Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Perniagaan sewa kereta kebal

View previous topic View next topic Go down

Perniagaan sewa kereta kebal

Post by Park Deen on Sat Jun 30, 2012 11:20 am

Perniagaan sewa kereta kebal (Kosmo)





SEORANG pengunjung mengendalikan sebuah kereta kebal di Kasota pada 9 Jun lalu.




KASOTA, Minnesota - Sebuah syarikat, Drive-a-Tank menawarkan kepada
para pengunjung peluang mengendalikan kereta kebal tentera dan kenderaan
perisai lain di sebuah kuari batu kapur di sini.

Para pengunjung itu turut dibenarkan untuk merempuh kereta lama seperti dalam filem Hollywood dengan menggunakan kereta kebal.

"Pengalaman memandu kereta kebal sungguh hebat," kata seorang pemuda
berusia 19 tahun dari Connecticut selepas dia menggelek sebuah kereta
dengan kereta kebal yang dipandunya pada minggu lalu.

Pemilik syarikat tersebut, Tony Borglum yang merupakan seorang
kontraktor peralatan berat membuka perniagaan itu tiga tahun lalu
selepas melihat perniagaan yang sama ketika melawat England.

Dia membeli sebanyak 11 kereta kebal era Perang Dingin untuk disewa
oleh orang ramai di kawasan seluas 8 hektar di sini, 80 kilometer ke
barat daya Minneapolis, Amerika Syarikat.

Pakej asas Drive-a-Tank berharga AS$399 (RM1,270) termasuk memandu sebuah kereta kebal dan menembak mesingan.

Para pengunjung yang mahu meremukkan sebuah kereta perlu membayar caj tambahan sebanyak AS$549 (RM1,748).

Bayaran sekitar AS$3,500 (RM11,145) dikenakan jika mereka memandu kereta kebal untuk merempuh sebuah rumah treler. - Agensi
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum