Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Awi Rafael tekad mahu buang tatu

View previous topic View next topic Go down

Awi Rafael tekad mahu buang tatu

Post by Park Deen on Sat Jun 30, 2012 11:15 am

Awi Rafael tekad mahu buang tatu (Kosmo)



Oleh HARYATI KARIM


AWI RAFAEL mengakui terkejut dan sedih dengan kontroversi yang melanda dirinya.



PENYANYI Awi Rafael, baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila
gambarnya bertatu tersebar luas di internet. Sejak gambar itu tersebar
belum ada satu kenyataan daripada mulut pelantun lagu Pulanglah itu. Awi
hanya membuat kenyataan berhubung isu tatu itu di akaun Facebook
miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu yang hangat
diperkatakan orang ramai adalah dirinya.

Dalam kenyataan di Facebook itu juga, Awi memohon maaf atas kesilapan
dan perbuatan yang dilakukan ketika remaja sebelum dia bergelar seorang
artis.

Kosmo! yang berkesempatan menemui Awi ketika majlis pelancaran album
terbaharu Jinbara di Kelab Sixty3 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala
Lumpur baru-baru ini tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan
kenyataan daripada Awi sendiri berhubung isu tatu tersebut. Ikuti apakah
jawapan yang diberikan penyanyi yang berusia 26 tahun ini.

Kosmo!: Apabila gambar Awi bertatu dimuat naik ke internet, apakah reaksi Awi?

AWI: Pertama kali mendapat tahu tentang perkara itu, saya terkejut
kerana itu gambar lama, kenapa baru sekarang gambar itu muncul. Sedih
juga tetapi apa yang saya lakukan pada masa lepas saya harus hadapinya.

Adakah masih terdapat tatu di badan Awi?

Ya, memang ada lagi tetapi sekarang saya masih dalam rawatan membuang
tatu dengan cara perubatan Islam. Sebenarnya sudah lama saya menjalani
rawatan membuang tatu cuma disebabkan proses itu memakan kos yang
tinggi, rawatan dilakukan secara berperingkat.

Adakah tatu itu dibuang selepas gambar Awi bertatu tersebar di internet?

Apa yang saya boleh katakan, sudah lama proses membuang tatu itu
dijalankan. Selepas gambar saya bertatu tersebar saya mendapat banyak
tawaran daripada ustaz-ustaz untuk membantu saya membuang tatu.
Alhamdulillah, ada ramai pihak yang saya tidak sangka, sudi membantu
saya.

Kesan gambar bertatu itu pada kehidupan Awi sekarang?

Saya tidak nafikan ramai yang memberi persepsi negatif tetapi ada
ramai juga peminat yang memberi kata sokongan terhadap saya. Bagi saya
setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya. Sebagai manusia biasa, saya
tidak lari daripada melakukan kesilapan, kini saya memperbaiki diri
untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Bagaimana pula dengan kerjaya selepas kontroversi tercetus?

Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun ada kontroversi yang
membabitkan saya, kerjaya masih berjalan seperti biasa. Saya masih sibuk
menjayakan persembahan pentas setiap minggu. Terbaru, saya berduet
dengan band Jinbara dalam lagu Oh! Mama Saya Mahu Kahwin yang dimuatkan
dalam album terbaharu mereka, Kolaborasi Mental. Selain itu, saya juga
baru muncul dengan single terbaharu ciptaan sendiri berjudul Asalkan
Aku Ok dan kemungkinan album kedua akan mula dilancarkan selepas Hari
Raya Aidilfitri.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum