Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Keinginan Fauziah Latiff

View previous topic View next topic Go down

Keinginan Fauziah Latiff

Post by Park Deen on Sat Jun 30, 2012 11:13 am

Keinginan Fauziah Latiff(Kosmo)


Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL


JEE (belakang tengah) bersama geng
motosikal berkuasa tinggi yang dianggotai kaum wanita. Mereka menamakan
grup tersebut sebagai Lady Bikers.




BUKAN mudah untuk menempatkan diri dalam dunia seni. Lihat saja
lambakan artis-artis baharu yang cuba untuk menyelitkan diri sebaris
dengan nama-nama hiburan sedia ada.

Ekoran persaingan yang begitu hebat, terdapat segelintir ‘pucuk muda’
yang layu di pertengahan jalan, tidak kiralah dalam mengejar impian
sebagai seorang penyanyi mahupun pelakon.

Malah, terdapat juga yang sanggup menukar bidang semata-mata mahu
kekal dalam kelompok penuh glamor ini. Begitu payahnya kehidupan sebagai
seorang selebriti.

Namun, bak kata pepatah, jika sudah rezeki tidak ke mana. Masih
terdapat mereka yang bintangnya begitu cerah dalam apa jua bidang yang
mereka ceburi. Salah seorangnya, sudah pasti Fauziah Latiff.

Siapa yang tidak kenal wanita jelita yang penuh lasak ini? Lebih
selesa dipanggil Jee, segala ceruk rantau dunia seni, baik lakonan,
nyanyian mahupun peragaan telah beliau jelajah.

Apa yang membezakan ibu kepada dua orang anak ini dengan orang lain adalah sifat beliau yang sentiasa merendah diri.

Karakter tersebut jelas diterjemah melalui tutur katanya sewaktu
berbicara tentang niatnya mahu membuka ruang kepada komposer-komposer
baharu untuk berkolaborasi dengannya.

Menurutnya, jika lagu yang diberikan bersesuaian dan menepati cita
rasanya, dia tidak kisah bergandingan dengan mana-mana komposer
sekalipun, termasuklah yang baru mencipta nama.

“Sejujurnya saya kurang mengikuti perkembangan muzik tanah air untuk
tempoh tiga hingga empat tahun yang lepas, oleh itu, tidak ramai
komposer baharu yang saya kenali secara rapat.

“Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah untuk mendapatkan khidmat
mereka jika karya yang dihasilkan bersesuaian,” ujarnya ketika ditemui
pada majlis Fauziah Latiff @ SK II Aura Beauty Tea Party di Garibaldi
Italian Restaurant & Bar, Bangsar Village, Kuala Lumpur baru-baru
ini.

Dia yang sudah hampir 10 tahun menjadi duta produk kecantikan
tersebut memberitahu, dia tetap selesa dengan kerjasama yang dijalinkan
dengan komposer-komposer veteran yang sudah dianggap kawan.

Dengan nada berseloroh, dia turut menyatakan kerinduannya mendapat sentuhan magis mereka di dalam lagu-lagunya.

“Selain komposer, saya juga ada mendapat tawaran untuk berkolaborasi
dengan artis-artis baharu. Saya tidak melihat ini sebagai satu masalah
malah saya berbangga apabila diberi penghargaan untuk berduet dengan
mereka,” ujarnya sambil menyatakan beliau kini lebih fleksibel dalam
pemilihan lagu, komposer dan artis untuk albumnya yang akan datang.

Terkenal dengan sifat yang gemarkan aktiviti-aktiviti lasak, Jee turut melahirkan minatnya untuk menerokai bidang produksi.

Baginya, dia ingin mencuba bidang produksi yang terkenal dengan
cabarannya tersendiri supaya dapat menimba lebih banyak pengalaman
serta ilmu-ilmu baru.

“Setiap hari kita belajar ilmu-ilmu yang baharu dan bagi saya, ilmu ini patut dikembang serta dikongsikan kepada orang lain.

“Bidang produksi sekarang ini semakin berkembang ke tahap yang lebih
tinggi. Dengan minat sahaja, kita tidak akan ke mana, oleh itu, kita
harus mendalami ilmu mengenainya,” ujarnya bersemangat.

Sewaktu majlis yang sama, turut kelihatan beberapa orang ahli kelab
Lady Bikers, sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi yang turut
dianggotai Jee.

Ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam sukan permotoran itu,
ujar Jee, kesibukan jadual hariannya tidak menghalang minatnya terhadap
hobi yang sering dipelopori kaum lelaki itu.

Tambahnya, jika berkesempatan, Jee turut akan meluangkan masa dan menunggang bersama rakan-rakannya itu.

“Sebahagian daripada mereka terdiri daripada kaum ibu, namun masih
mampu untuk membahagikan komitmen masing-masing untuk menikmati perkara
yang mereka minat.

“Seperti yang sedia maklum, aktiviti sebegini lebih dominan bagi kaum
lelaki, jadi sudah pasti ada yang memandang rendah kemampuan kami
sebagai kaum wanita. Bagi saya, itu semua adalah cabaran,” ujarnya yang
berpegang teguh dengan prinsip hormati orang lain untuk mendapat
penghormatan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum