Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bunyi enjin gugat jantung

View previous topic View next topic Go down

Bunyi enjin gugat jantung

Post by Park Deen on Fri Jun 29, 2012 6:14 am

Bunyi enjin gugat jantung (Kosmo)



MEREKA yang tinggal di kawasan yang mempunyai kepadatan kenderaan
tinggi dan sering mengalami kesesakan lalu lintas bukan sahaja berdepan
masalah tekanan akibat bunyi bising, malah berisiko menghidap sakit
jantung.

Kajian yang dijalankan di Denmark selama 10 tahun mendapati perkara
tersebut meningkatkan risiko sakit jantung sebanyak 12 peratus.

"Kita mungkin menganggap bunyi bising kenderaan sekadar mengganggu
tidur. Tetapi apabila pada setiap masa anda terdedah kepada bunyi yang
sangat bising, anda sebenarnya secara tidak langsung meningkatkan
kandungan hormon stres di dalam badan.

"Ia mempunyai kaitan dengan risiko serangan jantung," kata ketua pengkaji daripada Persatuan Kanser Denmark, Mette Sorenson.

Sorenson dan pengkaji lain bersetuju bahawa terdapat hubung kait yang
signifikan antara serangan jantung dan lokasi kediaman di kawasan
trafik sesak selepas mengambil kira faktor pencemaran udara.

Dalam pada itu, Sorenson menasihatkan orang ramai agar memilih bilik
tidur yang tidak terdedah kepada bunyi bising kenderaan atau elakkan
daripada mendiami kawasan seperti itu.

Kajian ke atas 50,000 responden itu disiarkan dalam jurnal PLoS ONE.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum