Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Mereka panggil saya raksasa'

View previous topic View next topic Go down

'Mereka panggil saya raksasa'

Post by Park Deen on Fri Jun 29, 2012 6:13 am

'Mereka panggil saya raksasa' (Kosmo)








LI HONGFANG yang berusia 40 tahun tidak pernah menyangka tumor yang
membesar di mukanya sejak 10 tahun lalu menyebabkan dia dipinggirkan
oleh penduduk kampung.

Penyakit yang dikenali sebagai kordoma itu menyebabkan mukanya
membesar dan membuatkan wanita yang bekerja sebagai petani itu kelihatan
seperti raksasa.

Ibu kepada dua orang anak itu memberitahu, dia tidak mampu menampung
kos membuang tumor itu kerana bayarannya terlalu mahal iaitu kira-kira
600,000 yuan (RM296,732).

Hongfang menceritakan, dia mula menderita penyakit itu pada tahun 2001 dengan hanya kesan tompok kecil di dahinya.

Menetap di sebuah perkampungan di Tianchao, negeri Qianxian, dekat
wilayah Shaanxi, dia disahkan mempunyai tumor selepas menjalani
pemeriksaan empat tahun kemudian.

Doktor mengesahkan dia mempunyai tujuh ketul tumor di bahagian muka.
Akibat tidak mampu mendapatkan rawatan, dia terpaksa membiarkan tumor
itu membesar perlahan-lahan.

"Saya sedar ramai orang melihat saya seperti raksasa tetapi saya
sebenarnya manusia biasa. Saya ibu kepada dua orang anak, bukannya
seekor raksasa," katanya.

Dahulu, Hongfang seorang wanita yang cantik. Lantaran penyakitnya
itu, wang simpanannya habis digunakan mendapatkan rawatan. Akhirnya dia
pernah menjadi pengemis di bandar.

Pembedahan

"Hidup mesti diteruskan untuk ibu mertua, anak-anak dan keluarga.
Namun, penduduk kampung sering menganggap saya wanita malang yang
membawa kecelakaan.

"Malah, mereka sering mengatakan suami saya akan meninggalkan saya
tetapi Guo Yingping (suami baharunya) nampaknya sanggup menyimpan wang
hasil bekerja di ladang untuk pembedahan saya," ujarnya.

Dia bersyukur kerana suaminya terus menyokongnya, begitu juga ibu mertuanya.

"Saya hanya ingin menjadi wanita normal semula selain ibu yang bertanggungjawab membantu keluarga," katanya.

Suami pertamanya terbunuh dalam kemalangan jalan raya tidak lama
selepas Hongfang melakukan pemeriksaan doktor, namun selepas itu dia
berkahwin dengan seorang lelaki yatim piatu, Yingping pada tahun 2009.
Mereka tinggal di kampung berhampiran.

Kedua-dua anak lelaki Hongfang, berusia 14 dan 17 tahun, telah
meninggalkan kampung halaman untuk bekerja, walaupun si ibu membantah
hasrat mereka.

"Kami tidak mempunyai banyak wang tetapi kami mencintai antara satu sama lain. Kami begitu menyayangi dua anak lelaki kami.

"Tetapi anak saya mengambil tindakan nekad meninggalkan saya ketika saya amat memerlukan sokongan mereka," katanya sedih.

Namun, dia menarik nafas lega apabila kerajaan China bersedia menanggung kos rawatannya.

Menurut seorang pakar perubatan, Xue Gang, pihak atasan telah
mengarahkan mereka mengubati Hongfang walaupun berapa banyak
perbelanjaan yang diperlukan.

Seorang pakar bedah, Pan Lin dari Hospital Xijing, China, yang
merupakan hospital wanita malang itu akan menjalani pembedahan
memberitahu, keadaan Hongfang akan kembali normal selepas dibedah.

"Penyakitnya cukup pelik tetapi tidak sehingga mengorbankan nyawanya.
Selepas pembedahan membuang tumor, kami akan melakukan pembedahan
plastik bagi memastikan dia cantik semula," katanya. - Agensi
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum