Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kemasyhuran keluarga Saud

View previous topic View next topic Go down

Kemasyhuran keluarga Saud

Post by Park Deen on Fri Jun 29, 2012 6:12 am

Kemasyhuran keluarga Saud (Kosmo)









KEMATIAN dua Putera Mahkota Arab Saudi dalam tempoh enam bulan tidak
menggugat sistem beraja di negara yang menempatkan dua tanah haram itu -
Mekah dan Madinah. Putera Nayef Abdul Aziz, 78, yang menggantikan
abangnya, Putera Sultan, Oktober tahun lalu, meninggal dunia baru-baru
ini.

Berikutan itu, Putera Salman, 77, dilantik menjadi Putera Mahkota
yang baharu sekali gus dilihat bakal mewarisi takhta daripada abangnya,
Raja Abdullah, 89.

Selepas zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, dua tanah haram itu
ditadbir oleh monarki daripada kerajaan Umayyah, Abasiyyah dan
Uthmaniah.

Raja Abdullah mula memegang tampuk pemerintahan selepas kematian Raja Fahd pada 1 Ogos 2005.

Sistem beraja di Arab Saudi sememangnya unik. Di samping raja
memiliki kuasa mutlak, pewaris takhta bukannya daripada bapa kepada anak
sebaliknya dalam kalangan anak lelaki pengasas negara Arab Saudi moden,
Raja Abdul Aziz Saud. Beliau mempunyai kira-kira 25 anak lelaki.

Raja Abdul Aziz Saud menjadi Raja Arab Saudi pada 23 September 1932
dengan meletakkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi manakala al-Quran
sebagai sumber undang-undang negara.

Walaupun memiliki kuasa mutlak, pemerintah negara itu masih
terselamat daripada gelombang kebangkitan rakyat yang telah menjatuhkan
pemimpin di Tunisia, Mesir dan Libya.



RAJA ABDULLAH (kanan) bertemu Raja
Bahrain, Raja Hamad Isa al-Khalifa di Jeddah. Hanya lima negara Arab
yang masih mengamalkan sistem pemerintahan beraja.




Seorang penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, berkata
Raja Abdul Aziz telah meletakkan asas yang kukuh bagi memastikan sistem
pemerintahan beraja di negara itu mampu bertahan lama.

"Kebanyakan jawatan penting dipegang oleh anak dan saudara-mara Raja
Abdul Aziz. Ini secara tidak langsung mengukuhkan legasi
pemerintahannya. Ia terus kekal dan dominan.

"Selain itu, undang-undang diwujudkan untuk menghalang sebarang
anasir yang sengaja diwujudkan oleh pihak tertentu bagi menggugat sistem
pemerintahan monarki ini," terang Zainal kepada Jurnal.

Kerabat

Ditanya sama ada Arab Saudi bakal menerima tempias daripada Revolusi
Arab yang melanda beberapa negara Asia Barat mutakhir ini, beliau
berpendapat perkara itu tidak akan berlaku di negara itu.

"Semua jawatan penting termasuk ketenteraan diterajui oleh anak atau
saudara-mara. Di negara yang mengalami Revolusi Arab, tidak semua
jawatan penting dipegang oleh mereka yang mempunyai pertalian keluarga.

"Lagipun kebangkitan rakyat negara lain itu disebabkan tekanan
ekonomi selain mendapat sokongan daripada pihak Barat dan Amerika
Syarikat.

"Dasar keterbukaan Raja Abdullah sekarang menyebabkan rakyat terus menyokong beliau," ujarnya.

Zainal memberitahu, kemudahan pendidikan dan perubatan secara percuma
selain kemajuan ekonomi turut menjadi faktor kestabilan politik di Arab
Saudi.

"Kebiasaannya rakyat akan bangkit menentang pemerintah jika mereka
terpaksa melalui hidup yang sukar sementara pemerintah mengamalkan gaya
hidup mewah.

"Walaupun ramai kerabat diraja Arab itu yang kaya-raya, asalkan
rakyat berpuas hati dengan taraf hidup mereka, raja akan selamat," kata
beliau.

Menurut seorang bekas pensyarah, Ahmad Mustafa, 72, yang telah
menetap di Mekah selama 47 tahun, peranan Raja Abdullah sekarang dalam
menjaga dua kota suci Mekah dan Madinah itu cukup signifikan.

Bekas pensyarah geografi Universiti Ummul Qura, Mekah ini
memberitahu, dahulu perjalanan dari Jeddah ke Mekah dan Madinah sahaja
memakan masa berhari-hari selain kuota haji yang terhad.

"Kini, sistem pengangkutan semakin canggih selain kemudahan menunaikan haji yang selesa," katanya.



SIAPA pun yang menjadi raja, kesucian kota Madinah dan Mekah pasti terpelihara.



Cerita Ahmad, semasa beliau menjejakkan kaki di bumi Mekah pada usia
empat tahun, pemandangan di sekitar Mekah dan Madinah hanyalah padang
pasir dan bukit-bukit batu. Namun, sekarang kedua-duanya memiliki
prasarana bertaraf dunia, sesuai dengan fungsinya sebagai kota suci umat
Islam.

"Apa yang penting, suasana aman dan politik yang stabil mampu
menjamin keselamatan jemaah haji dan umrah, begitu juga rakyat negara
itu secara keseluruhan.

"Tiada gunanya teknologi canggih tetapi dibayangi kekacauan dan pertumpahan darah," tutur Ahmad.

Dilahirkan di Riyadh pada tahun 1924, Raja Abdullah dihormati rakyat
kerana mengamalkan corak pemerintahan seperti bapanya yang mengangkat
agama, sejarah dan kebudayaan Arab.

Kuasa mutlak

Semasa memegang jawatan Putera Mahkota, Raja Abdullah menjadi arkitek
utama yang membangunkan negara itu dengan kemudahan infrastruktur yang
canggih dan moden.

Beliau mengubah landskap Arab Saudi yang dipenuhi padang pasir menjadi bandar moden.

Raja Abdullah juga menjadi penggerak utama usaha perdamaian dunia
Arab termasuk lantang membantah pendudukan Israel di bumi Palestin.

Beliau tidak sesekali melupakan kepentingan ilmu apabila merintis
penubuhan dua buah universiti iaitu Universiti Sains dan Teknologi Raja
Abdullah serta Universiti Permaisuri Nourah Abdul Rahman yang khusus
untuk golongan wanita, kedua-duanya terletak di Mekah.



ARAB Saudi antara negara yang mengamalkan sistem beraja mutlak.




Raja yang gemar membaca ini turut menubuhkan dua buah perpustakaan
iaitu Perpustakaan Raja Abdul Aziz di Riyadh dan Casablanca, Maghribi.

Di sebalik ketegasannya, Raja Abdullah ialah seorang pencinta padang
pasir dan sukan berkuda dengan menubuhkan kelab ekuestrian di Riyadh.

Apa pun, sistem raja berkuasa mutlak sudah berlangsung selama lebih
80 tahun di Arab Saudi. Negara lain yang mengamalkan sistem sebegini
ialah Brunei, Oman, Qatar dan Swaziland.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah adalah satu-satunya raja
Melayu yang memerintah sebuah negara yang berdaulat secara sendirian.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum