Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Dulu pekan kecil, kini tarikan pelancong

View previous topic View next topic Go down

Dulu pekan kecil, kini tarikan pelancong

Post by Park Deen on Fri Jun 29, 2012 6:07 am

Dulu pekan kecil, kini tarikan pelancong (Kosmo)









KEPULAN kabus putih yang melitupi sebahagian besar kehijauan di
kawasan tanah tinggi Cameron Highlands sudah cukup untuk menterjemahkan
suasana pada awal pagi itu.

Dengan persekitaran sebegitu adalah mustahil jika seseorang boleh
keluar rumah hanya memakai sehelai kemeja tipis yang berlengan pendek
tanpa baju sejuk atau stokin. Namun, itu cerita tiga dekad lalu. Kini,
pakaian senipis itu sudah memadai walaupun pada awal pagi.

Suprumanian Karuppichu, 58, mengakui suhu di Tanah Rata, Tinggi
Cameron, Pahang, tidak sama seperti dahulu. Seingatnya sekitar tahun
1960-an, tahap kesejukan di tanah tinggi itu mencecah antara 14 hingga
15 darjah Celsius.

"Dulu, kami wajib memakai baju sejuk beberapa lapis, sarung tangan
dan topi untuk memanaskan badan. Di rumah pula, saya sentiasa memanaskan
badan di depan pendiang api sambil menikmati minuman panas.

"Hari ini senario telah berubah. Cuaca di Cameron Highlands sudah
tidak begitu sejuk. Mungkin disebabkan pembangunan pesat di daerah ini.
Sebelum ini kawasan Tanah Rata dipenuhi dengan rimbunan pokok dan
udaranya bebas habuk," kata Suprumaniam yang dibesarkan di Tanah Rata.

Menurut Suprumaniam, Tanah Rata merupakan pekan pertama yang dibuka
dan beroperasi di Cameron Highlands. Penduduk setempat kerap berkunjung
ke pekan itu kerana ia menjadi pusat pentadbiran, komersial dan
komunikasi sekali gus menjadi tumpuan pelancong.

Bahkan, deretan kedai serbaneka, bank, pejabat pentadbiran, sekolah
dan stesen bas utama yang menghubungkan penduduk di Cameron Highlands
dengan masyarakat luar terletak di Tanah Rata.

"Tanah Rata hanya sebuah pekan kecil yang memberi kemudahan kepada
masyarakat tempatan untuk melakukan urusan kewangan, peribadi dan
membeli barang dapur. Selain bank, di sini juga terdapat Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN), klinik, kedai telefon bimbit dan taman
istirehat," tambah Suprumaniam yang bekerja sebagai pemandu teksi di
Cameron Highlands.

Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang
terkenal di Semenanjung Malaysia. Ia terletak setinggi 1,829 meter dari
paras laut dan mempunyai suhu antara 18 hingga 24 darjah Celsius.

Pusat peranginan tersebut mendapat nama daripada seorang pegawai
Inggeris, William Maxwell William Cameron yang menjalankan kerja-kerja
ukur dan membuat peta di kawasan itu pada tahun 1885.

Beliau mendapati kawasan berkenaan mempunyai sebahagian besar tanah
yang sedikit rata dan bercerun serta sesuai dijadikan penempatan.

Malangnya, idea itu dipandang sepi sehinggalah dua dekad kemudian
seorang pegawai Inggeris, Sir George Maxwell, membangunkan dua buah
kawasan yang dikenali sebagai Brinchang dan Tanah Rata iaitu kawasan
yang menempatkan pentadbiran dan perumahan pegawai Inggeris.

Perubahan Tanah Rata

Pelancong yang ingin mengetahui asal-usul dan sejarah mengenai Tanah
Rata mengunjungi Galeria Time Tunnel yang terletak di Brinchang.

Jarak Tanah Rata ke Brinchang sekitar lima kilometer (km).

Di Galeria Time Tunnel, pengunjung berpeluang membaca kisah-kisah
menarik mengenai pekan Tanah Rata. Antaranya foto hitam putih yang
mempamerkan suasana pekan berkenaan sekitar tahun 1930-an sehinggalah
hari ini.



PERKHIDMATAN bas, teksi dan kereta sewa ada ditawarkan di pekan Tanah Rata.



"Seperti pekan-pekan lain, Tanah Rata juga melalui proses perubahan dari segi pembangunan dan penambahbaikan. Sekitar tahun 1930-an, Tanah Rata ibarat sebuah pekan ala koboi.

Study with Raffles University Iskandar
"Ia hanya terdiri daripada deretan kedai yang diperbuat daripada
kayu. Jalan raya tidak bertar dan penduduk pada waktu itu menjalankan
aktiviti harian dengan menaiki basikal atau motosikal," terang pemilik
Galeria Time Tunnel, See Kok Suen, 49.

Bagaimanapun, sekitar tahun 1940-an, berlaku perubahan pada deretan
kedai di Tanah Rata apabila bangunan tersebut didirikan menggunakan
batu-bata.

Pada masa itu, rata-rata jalan utama di Cameron Highlands
berlantaikan tanah merah. Hari ini ia telah diturap dengan tar.
Sebahagian besar penduduk Cameron Highlands lebih selesa menggunakan
pacuan empat roda manakala sebahagian besar hanya berkemampuan memiliki
basikal yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM80. Kebanyakan
basikal berkenaan merupakan jenama antarabangsa seperti Raleigh dan
Robin Hood.

Bank pertama

Lewat 1940-an, tiada banyak perubahan berlaku di Tanah Rata kecuali
kewujudan bank Hong Kong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) pada
tahun 1945. Ia merupakan bank pertama di Cameron Highlands yang masih
beroperasi sehingga ke hari ini.

"Ramai yang terkejut bagaimana bank HSBC boleh dibuka di sebuah pekan
kecil padahal umum mengetahui biasanya ia beroperasi di bandar besar.
Pembukaan bank ini bertujuan untuk kemudahan residen Eropah yang bekerja
dan bercuti di Cameron Highlands melakukan transaksi kewangan.

"Selain bank HSBC, pada tahun yang sama, Tanah Rata juga mempunyai
sebuah hospital iaitu Hospital Militari British," terang See yang
mengambil keputusan membuka sebuah muzium masa pada tahun 2007 bagi
menyimpan serba sedikit peninggalan sejarah mengenai Cameron Highlands.

Adakah Cameron Highlands hanya sesuai dikunjungi dalam kalangan
mereka yang berkeluarga? Bagi Aziha Abdul Aziz, 30, dia gemar bersantai
di Cameron Highlands bersama teman ataupun keluarga.

Destinasi percutian yang kaya dengan khazanah hutan semula jadi itu
menjadi pilihan Aziha untuk berehat serta melupakan seketika hiruk-pikuk
kota.

Aziha yang menetap di Petaling Jaya, Selangor itu menjelaskan,
keistimewaan Cameron Highlands terletak pada cuacanya yang sejuk dan
keindahan persekitaran yang terjaga meskipun terdapat banyak
pembangunan.

"Cameron Highlands mengalami banyak transformasi dari aspek
pembangunan moden terutamanya pekan Tanah Rata. Dulu lain, sekarang pun
lain. Saya cukup tertarik dengan sejarah dan cerita tentang Tanah Rata
yang dipamerkan di Galeria Time Tunnel.

"Sebelum ini terdapat beberapa buah kedai sahaja di Tanah Rata tetapi
kini ia semakin maju seiring dengan peredaran semasa. Boleh dikatakan
segala-galanya ada di sini," terang Aziha yang teringat zaman
kanak-kanaknya apabila melihat bahan pameran yang terdapat di Galeria
Time Tunnel.

Dalam pada itu, seorang pelancong dari Australia, Greg Don
menyifatkan Cameron Highlands merupakan salah sebuah destinasi
pelancongan yang menarik dan menenangkan fikiran. Pertama kali
menjejakkan kaki pada awal Februari lalu, Don terpaku dengan kecantikan
flora dan fauna yang terdapat di tanah tinggi itu.



CIRI-CIRI binaan di Cameron Highlands cukup sinonim dengan konsep ala Inggeris.




Dia tidak menyangka kawasan tanah tinggi bersuhu dingin itu masih
kekal hijau dan menyajikan persekitaran yang bersih meskipun aktiviti
pembangunan tiada bernoktah.

"Perkara yang paling saya kagum ialah struktur jalan rayanya yang
baik dan dikelilingi pepohon hijau. Sistem pembangunannya juga agak
tersusun.

"Brinchang terkenal dengan lokasi yang menawarkan kepelbagaian
makanan dan kedai serbaneka manakala Tanah Rata pula sebuah pekan yang
menyediakan institusi kewangan, restoran, pusat informasi, klinik
kesihatan dan stesen perhentian bas. Pengunjung juga berpeluang
menikmati secawan kopi di kopitiam atau Starbucks di sini," terang Don
yang melawat Cameron Highlands bersama isteri, Nicole Don, 54.

Menurut salah seorang staf dari agensi pelancongan Hill Top Travel
& Tour Sdn. Bhd., Budi Utomo, 23, pekan Tanah Rata sentiasa menjadi
tumpuan pelancong kerana terdapat banyak kaunter agensi pelancongan di
pekan tersebut.

Bagi mereka yang baru pertama kali berkunjung ke Cameron Highlands
terutama pelancong asing, biasanya cenderung mendapatkan perkhidmatan
agensi pelancongan untuk meneroka keindahan di tanah tinggi itu.

"Biasanya masyarakat tempatan suka bersiar-siar sendiri. Pelancong
tempatan suka menghabiskan masa di ladang teh, ladang strawberi, membeli
sayur-sayuran dan ke kedai kaktus.

"Pelancong asing lebih selesa sekiranya percutian mereka dibantu oleh
pemandu pelancong. Mereka lebih suka memilih pakej kembara lasak
seperti aktiviti merentas hutan, air terjun dan demonstrasi menyumpit,"
terang Bayu bahawa Disember dan Januari merupakan bulan paling sibuk
bagi kebanyakan agensi pelancongan di tanah tinggi itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum