Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Wan Jamak Wan Hassan

Go down

Wan Jamak Wan Hassan

Post by Park Deen on Wed Oct 05, 2011 7:43 am




Bukan hentam FAM

“SELIDIK dahulu kenyataan saya sebelum mengambil sebarang tindakan. Ianya bersifat subjektif,” kata Wan Jamak Wan Hassan mengenai kontroversi yang melanda pengendali Kedah itu.

Rabu lalu, kedudukan Wan Jamak dilihat mula terancam, apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dilaporkan akan meneliti kritikan terbuka dilemparkannya selepas tamat perlawanan Kedah dengan Perak yang berkesudahan seri 1-1.

“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen buat masa ini kerana bimbang ada pihak akan membuat pelbagai andaian, sedangkan tujuan asal hanyalah mahu meningkatkan mutu bola sepak tanah air,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tetap mempertahankan kenyataannya yang dilihat berbeza dengan kes berkaitan B Sathianathan dan Reduan Abdullah sebelum ini.

Wan Jamak bersikap professional dengan menyerahkan perkara itu kepada pihak pentadbiran.

“Saya hanya mahu FAM dan pengerusi pengadil melihat semula ulang tayang perlawanan itu, bagi memastikan tindakan dibuat pengadil itu betul atau pun tidak.

”Jelas sekali ianya melibatkan aspek teknikal dan bukannya polisi seperti kes-kes sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, tidak menjadi kesalahan rasanya jika menyuarakan pandangan dan tidak semestinya setiap pandangan yang suarakan itu benar.

“Oleh itu, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan bijak dan bukannya terlalu cepat melatah dengan mengambil tindakan secara terburu-buru,” katanya yang masih menunggu maklum balas daripada FAM.

Mengikut peraturan baru Kod Tata Tertib FAM 2011, jika disabitkan bersalah, Wan Jamak bakal berdepan hukuman penggantungan minimum enam bulan sehingga dua tahun serta denda wang tunai sekurang-kurangnya RM6,000.

“Jika benar saya disabitkan bersalah, biarlah hukuman itu setimpal dengan kesalahn yang saya lakukan.

“Cuma saya berharap agar selepas ini perkara ini dapat diperbaiki bagi memastikan kesilapan sama tidak berlaku di masa depan terutama apabila melibatkan perlawanan yang besar,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Wan Jamak Wan Hassan

Post by Park Deen on Wed Nov 02, 2011 11:20 am

Wan Jamak mahu minta nasihat KFA

JURULATIH Kedah, Wan Jamak Wan Hassan ingin mendapatkan nasihat
daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum menjawab surat
pertuduhan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
terhadapnya.

FAM mengeluarkan surat itu kepada Wan Jamak, 53, berikutan
tindakannya mengkritik pengadil yang menafikan dua jaringan pasukan
Hijau Kuning pada babak pertama menentang Perak pada saingan Piala
Malaysia.

Kedah sekadar seri 1-1 pada perlawanan terakhir
Kumpulan A Piala Malaysia itu di Stadium Darulaman, Alor Setar, 28
September lalu sekali gus menyebabkan mereka gagal mara ke suku akhir.

Wan Jamak berkata, beliau dijangka akan dipanggil majikannya dalam masa sehari dua lagi.

“Saya
tidak boleh buat sebarang kenyataan berhubung tindakan bakal diterima
sebelum berbincang dengan KFA terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi
Bernama, semalam.

Sementara itu, Setiausaha KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, pihaknya sudah menerima surat pertuduhan daripada FAM.

“Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum
jawatankuasa tatatertib FAM bersidang dan semua exco persatuan juga
dilarang memberi sebarang komen sebelum keputusan dibuat FAM,” katanya.

Beliau
berkata, pihaknya akan menjawab surat yang diterima kepada FAM dan akan
mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Tan Sri Abdul
Razak berkata, pihaknya belum menetapkan tarikh untuk bersidang namun
beliau difahamkan urus setia badan induk itu sudah menghantar surat
pertuduhan kepada Wan Jamak.

Setiausaha Agung FAM, Datuk
Azzuddin Ahmad yang dihubungi Bernama turut mengesahkan sudah menghantar
surat pertuduhan kepada KFA.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Wan Jamak Wan Hassan

Post by Park Deen on Thu Nov 17, 2011 7:37 am

Wan Jamak dihukum

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

WALAUPUN terlepas penggantungan 14 perlawanan dan denda RM9,000,
ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan (gambar) tetap berdepan
hukuman berat apabila Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mengenakan
separuh daripada jumlah penggantungan dan denda terbabit.

Keputusan itu dicapai Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib badan induk
bola sepak negara itu selepas membuat pertimbangan sewajarnya sekali gus
menyaksikan bekas pengendali skuad kebangsaan itu digantung tujuh
perlawanan dan denda RM4,500 gara-gara insiden yang berlaku pada saingan
Piala Malaysia pada penghujung September lalu.

“Jawatankuasa berkuasa mengurangkan sehingga separuh hukuman terhadapnya. Walaupun WanJamak didapati bersalah terhadap dua tuduhan, beberapa perkara diambil
kira sebelum jawatankuasa menjatuhkan hukuman terbabit.

“Antaranya ia adalah kesalahan pertamanya selain sumbangannya sebagai
bekas jurulatih dan bekas pemain kebangsaan,” kata Penolong Setiausaha
Agung FAM, Ahmad Fuad Daud yang turut menjelaskan dua kesalahan
jurulatih berusia 53 tahun itu adalah membuat kenyataan media
mempertikaikan pengadil perlawanan dan bertindak masuk ke padang.

Turut dikenakan tindakan, dua penolongnya, Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri
Ismail yang digantung empat perlawanan dan denda RM3,000 setiap seorang
selepas didapati bersalah terhadap tiga tuduhan, termasuk mengeluarkan
kata-kata kesat kepada pengadil.

Wan Jamak sebelum ini dilapor
berkata Kedah ‘dirompak oleh pengadil’ yang bertindak membatalkan dua
gol skuad Kenari pada aksi terakhir Kumpulan A bagi merebut tiket ke
suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar, selain
menggesa FAM melihat kembali ulang tayang perlawanan terbabit.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Wan Jamak Wan Hassan

Post by Park Deen on Tue Feb 14, 2012 4:24 am

Wan Jamak ibarat 'mati hidup semula'


Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


WAN JAMAK kembali membimbing skuad Kedah selepas selesai tempoh penggantungan.



SETELAH hanya menjadi 'penonton' dalam tempoh penggantungan tujuh perlawanan, Wan Jamak Wan Hassan kembali 'menyentuh' bola.

Kembalinya ketua jurulatih Kedah ke padang itu bagaikan 'mati hidup
semula' dan seakan memberi semangat baru kepada pembimbing skuad Hijau
Kuning itu.

Beliau yang pertama kali menjejakkan kaki di rumput hijau Stadium
Darul Aman, Alor Setar musim ini memantau latihan ringan pemain menerusi
segmen latihan berbeza berbanding pembantu jurulatihnya sebelum ini.

Wan Jamak yang ditanya perasaannya sepanjang tempoh penggantungan hanya tersenyum.

"Saya rasa bagai mati hidup semula dalam sukan bola sepak ini," katanya.

Dalam tempoh penggantungan itu, Kedah dibimbing jurulatih skuad Piala
Presiden, Mohd. Nidzam Adzha Yusof sebelum diambil alih oleh penolong
jurulatih, Radzi Mat Din.

Wan Jamak didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika menyaksikan
anak-anak didiknya beraksi sekadar seri 1-1 menentang Perak pada
perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September
tahun lalu.

Tambahnya, selepas mengharungi tujuh perlawanan, sesuatu perlu
dilakukan bagi mengembalikan semangat dan moral pemain selain mereka
perlu kembali kepada latihan sebenar.

Katanya, kehadiran Safi Abdel Fatah juga dilihat mampu meningkatkan
momentum jentera serangan bagi memburu gol dan meraih kemenangan.

"Pada perlawanan menentang Sabah kita mampu lakukan sesuatu dan
kehadiran Safi banyak memberi kesan positif kepada corak permainan
Kedah, terutamanya di bahagian serangan.

"Safi adalah pemain yang bijak dan berkemahiran tinggi. Pemain
tempatan memerlukan masa bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan
masing-masing," katanya.

Skuad Kenari itu juga berkemungkinan diperkuatkan dengan seorang lagi
penyerang import dari Ghana, Mohammed Hamidan sekiranya pendaftaran
pemain itu dapat dilakukan segera bagi menghadapi Terengganu malam ini.

Menyentuh pertemuan dengan skuad Penyu itu, Wan Jamak memberitahu,
beliau mempunyai ramuan tersendiri dan akan menyusun strategi bagi
meraih tiga mata penuh.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Wan Jamak Wan Hassan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum