Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kemunculan puntianak di Bulgaria

View previous topic View next topic Go down

Kemunculan puntianak di Bulgaria

Post by Park Deen on Tue Jun 26, 2012 11:14 am

Kemunculan puntianak di Bulgaria (Kosmo)



Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM






JIKA anda menganggap puntianak hanya mitos atau kisah seram dalam
filem, fikirkanlah semula. Ahli arkeologi Bulgaria baru-baru ini menemui
dua rangka manusia daripada Zaman Pertengahan dengan sebatang besi
menikam dadanya, dipercayai bagi menghalang si mati daripada hidup
semula sebagai puntianak.

Dua rangka itu, dikatakan berusia 800 tahun, ditemui dalam satu
ekskavasi berhampiran sebuah biara di bandar Laut Hitam Bulgaria,
Sozopol.

Ketua Muzium Sejarah negara itu, Bozhidar Dimitrov berkata, dua
rangka yang ditikam itu menyamai amalan penduduk kampung di Bulgaria
sehingga dekad pertama abad ke-20.

Bomoh-bomoh di Eropah percaya orang yang berkelakuan jahat semasa
hidup akan bertukar menjadi puntianak selepas mati melainkan dadanya
ditusuk batang besi atau kayu sebelum dikebumikan.

Mereka yakin batang besi itu dapat menghalang si mati daripada
merayau-rayau pada waktu tengah malam dan mengganggu penduduk. Menurut
Dimitrov, lebih 100 rangka dengan tikaman besi ditemui di Bulgaria
dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.



PENEMUAN rangka puntianak di Bulgaria menimbulkan misteri sama ada makhluk itu benar-benar wujud.




“Saya tidak tahu kenapa penemuan rangka seperti itu menjadi begitu
popular. Mungkin ia disebabkan misteri perkataan puntianak,” katanya.

Puntianak Eropah kebiasaannya adalah lelaki tetapi bulan lalu,
penyelidik Itali menemui rangka puntianak wanita di Venice - ditanam
dengan seketul bata disumbat ke dalam mulutnya bagi menghalangnya
daripada memburu mangsa di bandar itu. Puntianak wanita itu dipercayai
daripada abad ke-16.

Ahli antropologi Universiti Florence, Matteo Borrini berkata,
penemuan di sebuah pulau kecil, Lazzaretto Nuovo di lagun Venice itu
menyokong kepercayaan lama bahawa puntianak menjadi dalang di sebalik
kejadian huru-hara seperti Black Death pada abad berkenaan.

“Untuk membunuh puntianak itu, anda terpaksa membuang kain yang
menutup mulutnya. Kain itu umpama makanan sama seperti susu bayi.
Sebagai ganti, letakkan benda yang tidak boleh dimakan,” jelas Borrini.

Kisah puntianak ternyata bukan sahaja terkenal dalam kalangan
penduduk kampung di Malaysia bahkan di negara-negara maju di Eropah.

Cerita itu juga popular di Indonesia hinggakan sebuah wilayah di
Kalimantan Barat dinamakan Pontianak. Menurut cerita orang tua-tua,
pengasas Pontianak iaitu seorang ulama bernama Syarif Abdurrahman
Al-Qadri sering diganggu oleh hantu itu ketika menyusuri Sungai Kapuas
yang merupakan pintu masuk ke bandar itu dari Laut China Selatan.

Ulama itu dikatakan menggunakan meriam karbaid untuk menghalau atau membunuh makhluk tersebut.

Halia



PAKU membunuh puntianak. - Gambar hiasan



Sehingga hari ini, meriam yang digunakan itu menjadi satu instrumen untuk menarik pelancong ke situ.

Menurut Datuk Bandar Pontianak, Paryadi, meriam karbaid digunakan
untuk menghalau puntianak semasa pemerintahan sultan di Pontianak.

“Kini ia digunakan untuk memaklumkan penduduk di sini waktu solat
Maghrib, berbuka puasa dan pengumuman Hari Raya Aidilfitri,” beritahu
beliau.

Di Eropah, mitos puntianak memiliki banyak versi. Di Greece ia dikenali dengan nama vrykolakas manakala di Romania, symengol.

Kisah puntianak turut diangkat oleh penulis Britain, John Polidori
yang menghasilkan novel bertajuk The Vampyre pada tahun 1819. Cerita
hantu penghisap darah itu sangat digeruni hingga menimbulkan ketakutan
dalam kalangan orang ramai pada masa itu.

Di Croatia pada tahun 1672, penduduk sebuah kampung diceritakan
gempar apabila seorang penduduk yang mati pada tahun 1656 hidup semula
dan menghisap darah penduduk selain merogol wanita janda.

Serangan puntianak turut menggemparkan Britain pada tahun 1970
apabila beberapa akhbar tempatan melaporkan berita kononnya hantu itu
telah menyerang kawasan Perkuburan Highgate di London.

Ia menyebabkan ramai pemburu puntianak berkumpul di situ. Sesetengah
daripada mereka sempat menulis buku mengenainya hingga memperoleh
keuntungan.

Seorang penulis buku dan juga pemburu hantu, Sean Manchester
mendakwa telah menghapuskan semua puntianak di kawasan itu. Tetapi
tiada bukti jelas mengenai kewujudan hantu itu.

Pada Januari 2005 pula, penduduk Birmingham terkejut dengan
kemunculan seorang penyerang yang berkelakuan seperti puntianak iaitu
menghisap darah mangsa sebelum membunuhnya. Bagaimanapun, polis yang
menyiasat kes itu mengatakan andaian puntianak itu hanya khabar angin

Seorang pakar teologi Perancis, Dom Augustine Calmet pernah membuat
kajian komprehensif berdasarkan kes serangan puntianak tetapi tidak
menemui bukti tentang kewujudan makhluk itu.

Mitos



SALAH satu babak dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter yang dilakonkan aktor terkenal Amerika Syarikat, Benjamin Walker.




Pemerintah Austria pada kurun ke-17, Maria Theresa Walburga Amalia
Christina pula meminta doktor peribadinya, Gerard Van Swieten
menyiasat entiti puntianak tetapi ia juga berakhir dengan kegagalan.

Kata Swieten, kisah puntianak itu sekadar menggalakkan pengamal
ilmu hitam menggali kubur untuk memantapkan ilmu serta mencuri organ
manusia untuk dijual.

Pengkaji alam misteri dan sejarah purba Nusantara, Mohammad Idrus
Abu Hanifah berpendapat, puntianak sebenarnya ialah jin dan hantu yang
ingin mengganggu manusia.

Katanya, tidak mungkin jin serta hantu dapat meragut nyawa manusia.

“Pelbagai teori telah dikemukakan tetapi tidak ada sekeping gambar atau kajian saintifik yang mengesahkan perkara tersebut.

“Malah, cara menghapuskan puntianak mempunyai pelbagai versi seperti
mencurahkan air panas pada muka atau abu mayat, melemaskan hantu itu,
menusuk paku ke tengkuknya dan menyumbat halia ke dalam mulutnya,”
katanya kepada Jurnal.

Merujuk kepada negara ini, puntianak dikatakan hantu wanita yang
berwajah cantik selepas dipantak paku di tengkuknya tetapi akan kembali
hodoh jika paku itu dicabut.

Mohammad Idrus mengaku pernah membuat kajian dengan pergi ke sebuah lokasi yang dikatakan ada puntianak di Hulu Selangor.

“Di situ, saya berjumpa dengan hantu puntianak yang hodoh. Sebaik
sahaja saya mencucuk paku sepanjang 10 sentimeter di tengkuknya, tidak
berlaku apa-apa perubahan sebaliknya hantu itu memarahi saya.

“Hantu itu memakai pakaian berwarna putih manakala matanya merah
menyala. Ia mempunyai gigi yang tajam, memang tak cantik langsung,”
dakwa Mohammad Idrus sambil ketawa.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum