Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Jurulatih T-Team Gusar Prestasi Anak Buahnya Makin Merosot

View previous topic View next topic Go down

Jurulatih T-Team Gusar Prestasi Anak Buahnya Makin Merosot

Post by Karl on Tue Jun 26, 2012 4:15 am


KUALA TERENGGANU, 24 Jun (Bernama) -- Faktor mengingkari arahan dan hilang semangat juang dalam beberapa saingan Liga Super sejak kebelakangan ini antara sebab prestasi pasukan T-Team kian merosot hingga menjejaskan sasaran carta empat teratas.

Masalah membelenggu skuad penyu muda ini nyata menggusarkan jurulatih mereka, Yunus Alif dalam mengharungi enam baki perlawanan liga sebelum ia berakhir seminggu sebelum bermulanya bulan Ramadan (14 Julai).

Jurulatih berusia 54 tahun ini memberitahu anak buahnya itu seolah-olah berada dalam keadaan 'tidak tenang' ketika berada di atas padang.

"Apa yang menyedihkan, pemain tidak mematuhi arahan dan mempraktikkan apa yang diajar apabila mengekang asakan pasukan lawan.

"Dari pemerhatian saya, sejak kebelakangan ini mereka kehilangan semangat menyebabkan mutu permainan telah merosot," kata Yunus.

-- BERNAMA
avatar
Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri :
Posts : 53
Points : 139
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum