Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Skuad Harimau Muda benam Qatar 2-0

View previous topic View next topic Go down

Skuad Harimau Muda benam Qatar 2-0

Post by Park Deen on Mon Jun 18, 2012 11:10 am

Skuad Harimau Muda benam Qatar 2-0 (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


PEMAIN Harimau Muda, Ahmad Hazwan
Bakri (kiri) diasak pemain Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla ketika
perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam semalam.
Harimau Muda menang 2-0.




JURULATIH skuad bawah 22 tahun (B-22) Qatar, Alain Andre Christian
Perrin mengakui terkejut dengan peningkatan mendadak skuad muda
Malaysia yang menang dengan agregat 2-0 pada perlawanan persahabatan
antarabangsa menentang pasukannya di Stadium Shah Alam semalam.

Menurut beliau, corak permainan Harimau Muda kini jauh lebih
tersusun berbanding semasa tewas 0-4 kepada pasukannya dalam satu aksi
persahabatan di Doha tahun lepas.

“Kami tewas kepada pasukan lebih hebat. Malaysia sudah bersedia
menempuh kelayakan Piala AFC di Myanmar nanti,” katanya kepada pemberita
semalam.

Pada perlawanan semalam, Malaysia terlebih dahulu di depan hasil
sepakan percuma kapten, Irfan Fazail pada minit ke-26 sebelum pemain
gantian, Md. Rozaimi Abd Rahman menjamin kemenangan bergaya tuan rumah
minit ke-68.

Mengulas lanjut, Christian Perrin begitupun percaya kekalahan
tersebut tidak akan menjejaskan moral pemainnya yang diundi dalam
Kumpulan C pada kelayakan Piala AFC nanti.

Dalam pada itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelaskan,
senarai akhir 23 pemain yang bakal ke Myanmar hanya akan diketahui dalam
tempoh terdekat.

“Saya gembira dengan kemenangan ini yang disifatkan sebagai penyuntik moral sebelum ke Myanmar,” katanya.

Sementara itu, kemenangan skuad negara dibayangi oleh insiden kad
merah yang dilayangkan kepada pemain Harimau Muda yang sedang meningkat
naik, Muhammad Nazmi Faiz Mansor kerana menumbuk pemain Qatar,
Abdelkarim Hassan Fadlalla pada penghujung babak pertama.

Dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan
Abdelkarim yang turut menerima kad merah selepas melakukan terjahan
keras terhadap pemain negara, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Muhammad Nazmi yang berjaya mengikat kontrak dengan Kelab Liga
Divisyen 1 Liga Portugal, SC Beira- Mar baru-baru ini dilayangkan kad
merah oleh pengadil, Nagoor Amir Noor Mohamed.

Ketika mengulas insiden itu, Kim Swee berkata, Muhammad Nazmi perlu
lebih matang dan tenang mengawal perasaan jika mahu berjaya sebagai
pemain bola sepak.

“Nasib baik ia sekadar perlawanan persahabatan, jika tidak sudah
tentu ia menjejaskan persiapan kita jika ia berlaku dalam kelayakan
Piala AFC.

“Saya percaya ini pengajaran yang berguna buat Nazmi,” katanya.

Dalam pada itu, Nazmi semasa ditemui memohon maaf kepada semua peminat akibat tindakannya itu.

Menurutnya, dia yakin konsentrasinya tidak terjejas dengan insiden tersebut.



Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan G
bersama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum