Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Perkuburan angkasa lepas

View previous topic View next topic Go down

Perkuburan angkasa lepas

Post by Park Deen on Sun Jun 17, 2012 9:14 am

Perkuburan angkasa lepas (Kosmo)



Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


SISI misteri angkasa lepas menyebabkan ramai yang ingin mengkajinya dengan lebih lanjut.




KATA-KATA daripada tanah manusia datang dan kepada tanah mereka
kembali mungkin tidak lagi sesuai untuk segelintir individu yang
inginkan cebisan jasad mereka yang berupa abu mayat, disemadikan di
angkasa lepas.

Pada 22 Mei lalu, roket Falcon 9 milik syarikat swasta SpaceX
menerbangkan abu mayat 300 individu untuk dibawa ke angkasa lepas. Abu
itu disimpan dalam sebuah tabung penyimpanan khusus di seksyen kedua
Falcon 9.

Menurut presiden syarikat itu, Gwynne Shotwell, seksyen tersebut
dibuang sekitar 10 minit selepas kapal angkasa Dragon yang berisi muatan
makanan seberat 454 kilogram (kg) dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas
Antarabangsa (ISS) dari Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat
(AS).

Abu itu akan kekal di orbit selama kira-kira setahun sebelum jatuh semula ke Bumi.

Apa yang menarik, sebahagian abu tersebut merupakan milik ikon
terkenal seperti bekas angkasawan AS, Gordon Cooper, jurutera
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Bob Shrake dan
pelakon filem Star Trek, James Doohan.

Bisnes angkasa

Cooper merupakan salah seorang daripada tujuh angkasawan AS yang
terlibat dalam misi meneroka planet Utarid tetapi projek yang
dilancarkan pada 15 Mei 1963 itu gagal mencapai matlamatnya.

Shrake pula ialah seorang lelaki yang suka merendah diri dan sering
menghabiskan waktu dengan mencipta roket pelancar untuk NASA.

Menurut anak perempuan Shrake, Robin Smith, ayahnya telah mati sejak
tahun 2007 lalu tetapi dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk
mengikut program itu memandangkan ayahnya terlalu obses dengan dunia
astronomi.

Doohan pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Wataknya sebagai Scotty dalam Star Trek sangat berpengaruh di seluruh dunia. Dia meninggal dunia pada 20 Julai 2005.

Kos penghantaran abu mayat itu dianggarkan RM12,000 setiap satu.

Pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad, berpendapat kegilaan manusia
untuk meneroka bidang angkasa lepas menyebabkan banyak firma swasta
memperkenalkan pelbagai pakej menarik.

"Selain perkhidmatan menghantar abu mayat, terdapat syarikat yang menawarkan pakej melancong dan bermalam di angkasa lepas.

"Lagipun NASA kekurangan dana untuk melaksanakan semua misi angkasa berikutan kegawatan ekonomi yang melanda AS," katanya.

Shahrin berkata, perkhidmatan abu mayat itu tidak sesuai bagi mereka yang beragama Islam.

Tutur Shahrin lagi, kesedaran masyarakat negara ini terhadap bidang
astronomi juga semakin berkembang. Ini dibuktikan dengan kewujudan hotel
yang menawarkan perkhidmatan mencerap bintang seperti Klana Beach
Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Agensi Angkasa Negara juga aktif mengadakan program dan seminar
berkaitan astronomi yang menarik perhatian orang ramai khususnya
kanak-kanak," jelasnya.

Beliau berharap Malaysia akan mengikut jejak langkah China yang
secara senyap-senyap melancarkan roket pelancar angkasa serta stesen
satelitnya sendiri.

"Daripada angan-angan, impian kita boleh tercapai. Hasrat kita
menghantar angkasawan sudah terlaksana, kini kita perlu melangkah lebih
jauh lagi," kata Shahrin.

Mikraj

Sebenarnya, umat Islam telah mula berbicara mengenai ilmu astronomi sejak lebih 1,400 tahun dahulu.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang disambut hari ini berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.

Tahun itu disebut sebagai tahun dukacita kerana pada tahun itu
Rasulullah kehilangan bapa saudara, Abu Talib dan isteri, Khadijah.

Peristiwa Mikraj pula menyaksikan Rasulullah diangkat ke langit dari Baitulmuqaddis.

"Peristiwa itu boleh dikatakan sebagai permulaan manusia cuba meneroka angkasa lepas.

"Jika tidak manusia mungkin hanya akan mengkaji tentang Bumi," ujar Shahrin.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum