Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lions XII berpesta gol di Singapura

View previous topic View next topic Go down

Lions XII berpesta gol di Singapura

Post by Park Deen on Sun Jun 17, 2012 9:04 am

Lions XII berpesta gol di Singapura (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


BALABAN (kiri) menjaringkan gol kemenangan 1-0 Selangor ke atas Sarawak di Kuching malam tadi.




WAKIL tunggal Singapura, Lions XII semakin teruja untuk
mempertahankan status selaku pendahulu Liga Super selepas membelasah
Sabah 9-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura semalam.

Pesta gol itu bagaikan mahu memberikan amaran kepada juara bertahan, Kelantan.

Pada separuh masa pertama, Lions XII membuka jaringan menerusi Agu Casmir pada minit ke-20.

Berselang tiga minit kemudian, Hariss Harun meledak gol kedua buat
tuan rumah sebelum menjaringkan gol ketiga pada minit ke-41, sekali gus
menyaksikan keputusan perlawanan kekal 3-0.

Bersambung pada babak kedua, Lions XII terus mempamerkan aksi
cemerlang apabila Shahdan Sulaiman menjaringkan gol berganda pada minit
ke-63 dan 65 perlawanan.

Kerapuhan benteng pertahanan Sabah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Lions
XII apabila Muhammad Irwan Shah Arismail menjaringkan gol keenam pada
minit ke-69 sebelum Hariss melengkapkan hatrik pada minit ke-74.

Kepincangan Sabah jelas terpancar apabila Muhammad Sufian Anuar
kembali menceriakan penyokong-penyokong tuan rumah dengan meledak gol
kelapan pada minit ke-84.

Jaringan sendiri pemain skuad Sabahawks, Sharul Azhar Ture
memastikan Lions XII merekod kemenangan terbesar liga pada musim ini
dengan menjaringkan sembilan gol di dalam tempoh 90 minit.

Lions XII bakal bertemu naib juara Liga Super musim lalu, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin pada Selasa depan.

Kemudian, pasukan Singapura itu akan kembali ke Pantai Timur
menentang T-Team di stadium yang sama pada 10 Julai sebelum bertemu
Johor FC di laman sendiri pada 14 Julai depan.

Sementara itu, Sarawak gagal memanfaatkan kelebihan selaku tuan rumah
apabila tewas 0-1 kepada Selangor di Stadium Kuching malam tadi.

Penyerang import Selangor, Bosko Balaban menghukum benteng pertahanan
Sarawak apabila merembat kencang gol kemenangan pada minit kelapan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum