Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ternak lebah madu atas bumbung hotel

View previous topic View next topic Go down

Ternak lebah madu atas bumbung hotel

Post by Park Deen on Thu Jun 07, 2012 7:14 am

Ternak lebah madu atas bumbung hotel (Kosmo)





CHEF Waldorf Astoria, Josh Bierman memeriksa lebah madu yang diternak di atas bumbung hotel berkenaan kelmarin.




NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah hotel mewah menternak lebih
20,000 ekor lebah madu di atas bumbung bangunan berkenaan di sini.

Waldorf-Astoria yang merupakan hotel pilihan pemimpin AS dan luar
negara, merancang untuk menghasilkan madu lebah sendiri di samping
membantu mendebungakan pokok di sekitar kota metropolitan tersebut.

"Lebah ini terbang ke arah taman awam Central Park di sini," kata
kakitangan Waldorf yang ditugaskan menjaga ternakan lebah tersebut,
Andrew Cote.

"Serangga ini membawa pulang nektar, air dan debunga ke sarang di tingkat atas bangunan ini," tambahnya.

Menurut Cote, inisiatif tersebut dapat membantu rancangan pihak dewan
bandar raya di sini untuk menanam 1 juta pokok menjelang 2022.

Bilangan lebah yang diternak di atas bumbung hotel 20 tingkat itu
dijangka bertambah hingga 300,000 ekor pada musim panas tahun ini. -
Agensi
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum