Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Fenomena transit Zuhrah muncul semula 2117

View previous topic View next topic Go down

Fenomena transit Zuhrah muncul semula 2117

Post by Park Deen on Thu Jun 07, 2012 7:12 am

Fenomena transit Zuhrah muncul semula 2117 (Kosmo)





IMEJ oleh NASA menunjukkan Planet Zuhrah (bintik hitam, atas kiri) melintasi matahari kelmarin.




LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk di seluruh dunia
memandang ke langit pada waktu siang kelmarin dan awal petang semalam di
Asia untuk melihat transit Zuhrah.

Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 105 tahun akan datang.

Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari.

Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari.

"Jika anda dapat melihat tahi lalat pada wajah model antarabangsa
Cindy Crawford, anda pasti akan dapat melihat transit Zuhrah," kata
seorang ahli Persatuan Astronomi Los Angeles, Van Webster.

Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS.

Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat
keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika
dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung
transit Zuhrah apabila matahari terbit.

Di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun,
Semenanjung Korea dan timur China, orang ramai dapat memerhatikan
keseluruhan transit Zuhrah kerana fenomena itu berlaku pada siang hari.

Mereka yang tidak memiliki teleskop bersama penapis khas memilih
untuk menyaksikan fenomena itu di laman web Pentadbiran Aeronautik dan
Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Laman web tersebut mencatat hampir 2 juta penonton kelmarin dengan sekitar 90,000 orang melayarinya pada sesuatu masa.

Di bandar raya ini, kali terakhir transit Zuhrah berlaku adalah 130 tahun lalu pada 1882.

"Saya berasa sangat seronok. Ini satu pengalaman yang kami tidak akan
lupakan seumur hidup kami," kata seorang jurutera perisian berusia 32
tahun, Bo Tan.

Dia dan beberapa rakan sekerjanya mengambil cuti separuh hari untuk memerhatikan keganjilan alam tersebut.

Namun, orang awam yang mahu melihat transit Zuhrah dinasihatkan
supaya memakai kaca mata khas atau teleskop dilengkapi penapis cahaya.

Ini kerana perbuatan memandang pada tempoh yang lama ke arah matahari akan merosakkan retina mata.

Ketika gerhana matahari berlaku pada 1970, sebanyak 145 kes retina
rosak dilaporkan di AS akibat perbuatan memandang ke arah bintang
tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Transit Zuhrah berikutnya hanya akan berlaku pada tahun 2117. - Agensi
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum