Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tarikan luar biasa wanita berkelubung

View previous topic View next topic Go down

Tarikan luar biasa wanita berkelubung

Post by Park Deen on Wed Jun 06, 2012 10:16 am

Tarikan luar biasa wanita berkelubung (Kosmo)





TARIKAN membeli-belah di Mekah cukup kuat kerana harga barangan yang berpatutan.




BERADA selama 11 hari 10 malam di Mekah, sekumpulan 40 jemaah umrah
dari Malaysia berpeluang menyelami pelbagai warna kehidupan dan ragam
manusia di sana.

Masjidil Haram yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia,
telah mengalami proses pembesaran dari semasa ke semasa sekali gus
menyebabkan kedudukannya menjadi begitu hampir dengan hotel bertaraf
lima bintang, kedai-kedai menjual cenderamata, pusat beli-belah dan
restoran.

Benar, tarikannya cukup luar biasa. Meskipun pada awalnya jemaah
tidak berniat langsung untuk membeli-belah di Tanah Suci Mekah, keadaan
persekitarannya pasti membuatkan mereka tertarik untuk mencari buah
tangan bagi dibawa pulang.

Di kaki-kaki lima di luar pekarangan masjid, jemaah 'dipancing' oleh
wanita berkelubung hitam yang menjual bermacam-macam barangan.

Mereka sekadar meletakkan barangan di atas hamparan kain, namun
berjaya menarik perhatian jemaah yang berpusu-pusu keluar dari masjid
setiap kali selesai menunaikan solat lima waktu.

Bertutur bahasa Melayu

"Khamsah riyal, khamsah riyal (5 riyal), mari, mari, murah, murah."
Begitulah teriakan peniaga yang cuba mencuri tumpuan pelanggan.

Jika anda tidak fasih berbahasa Arab, itu bukan alasan untuk tidak
membeli. Ini kerana para peniaga yang terdiri daripada wanita berkulit
hitam itu mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Meskipun tiada proses tawar-menawar kerana harganya yang murah, anda
masih boleh bertanya kepada mereka seperti: 'Ini berapa?' Mereka dengan
lantas menjawab '10 riyal' (bergantung kepada harga asal barangan yang
dijual). Bahkan mereka boleh menjelaskan, 'Satu 10 riyal, dua 15 riyal'.


Lebih lucu, mereka bukan sahaja berjaya memukau pelanggan wanita,
bahkan jemaah lelaki juga tidak terkecuali berebut-rebut membeli.



PERMINTAAN terhadap roti nan di restoran berhampiran Masjidil Haram ini juga bak pisang goreng panas.




Antara barang-barang yang dijual ialah jubah lelaki dan wanita,
pakaian kanak-kanak, tudung, tasbih, kopiah, inai dan barang hiasan
rumah.

Aktiviti jual-beli di tepi jalan itu bermula seawal selepas solat
Subuh iaitu sekitar pukul 6.30 pagi dan berakhir sejam kemudian.

Perniagaan itu menyebabkan jalan raya menjadi sesak apabila orang
ramai berkerumun di kedai tepi jalan itu. Kedai-kedai itu dibuka lima
kali sehari iaitu setiap selepas waktu solat.

"Pada mulanya saya tidak berminat untuk membeli, tetapi apabila
melihat barang-barang yang dijual agak berkualiti dan murah, saya tidak
melepaskan peluang mendapatkannya.

"Kadangkala saya terpaksa berebut dengan orang lain," kata Suraya
Ahmad, 30. Tambah beliau, kebanyakan produk itu diimport dari Turki,
China, India atau Pakistan.

Walaupun aktiviti jual-beli tidak pernah bernoktah di tanah yang penuh berkat itu, para peniaga sangat menghormati waktu solat.

Andai anda masih membelek-belek barang di kedai tatkala azan
dilaungkan, sebaik-baiknya tinggalkan segera urusan tersebut. Jika tidak
anda bukan sahaja tidak dilayan oleh si peniaga, bahkan mungkin
diherdik mereka.

"Ba'da solah, ba'da solah (lepas solat, lepas solat)," kata peniaga
terbabit mengingatkan pelanggan supaya menangguhkan urusan jual-beli dan
segera menyempurnakan panggilan solat.

Beg beranak

Tanpa ada rasa bimbang kedai dimasuki pencuri, para peniaga hanya
merentang kain atau tali di hadapan kedai sebelum pergi ke masjid. Jika
tidak pun mereka memalapkan lampu di dalam kedai tanpa menutup pintu.

Ketika waktu solat semua aktiviti dan urusan dunia terhenti seketika.
Jemaah juga dinasihatkan membawa sehelai sejadah bagi membolehkan
mereka bersembahyang sebaik sahaja kedengaran suara imam Masjidil Haram
mengangkat takbir untuk memulakan solat.

Ini kerana sudah menjadi budaya masyarakat Arab mereka akan bersolat di mana sahaja hatta di atas jalan raya.



JEMAAH lelaki juga tidak melepaskan peluang membeli barang yang diingini.




"Bumi Mekah ini memang berkat, aktiviti ekonominya sentiasa subur.
Memang benar niat kita mahu beribadat ke sini, tapi tidak salah untuk
membeli kerana sebahagian besar jemaah berbelanja untuk membeli buah
tangan buat keluarga dan rakan-rakan di tanah air.

"Para jemaah yang datang ke Mekah rata-rata membawa satu beg, tapi
apabila pulang beg mereka akan 'beranak' (bertambah)," seloroh mutawif
umrah, Ady Erwan Siregar.

Para jemaah yang menjejakkan kaki ke Mekah juga selalunya tidak akan
melepaskan peluang menikmati aiskrim, jus buah dan nasi mandi. Dijual
pada harga antara 2 riyal (RM1.70) hingga 4 riyal (RM3.30), kudapan
seperti aiskrim dan jus buah boleh didapati di kios-kios yang menjual
kebab.

Kepada jemaah yang ingin mencuba keenakan makanan Arab, menu
signaturnya iaitu nasi mandi dijual di kebanyakan kedai makan. Sepinggan
nasi mandi kambing berharga 20 riyal (RM16.70), manakala 12 riyal
(RM10) untuk nasi mandi ayam.

Setiap hidangan boleh dinikmati oleh sekurang-kurangnya empat orang jemaah wanita Malaysia.

"Tidak perlu beli banyak, kita boleh kongsi makan ramai-ramai supaya
tidak membazir," kata seorang jemaah wanita yang hanya mahu kenali
sebagai Sofea. - NAJIBAH HASSAN
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum