Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Somaly ubah nasib pekerja seks

View previous topic View next topic Go down

Somaly ubah nasib pekerja seks

Post by Park Deen on Wed Jun 06, 2012 10:15 am

Somaly ubah nasib pekerja seks (kosmo)





RUMAH perlindungan AFESIP memberi pendidikan kemahiran kepada penghuninya.




DIJUAL ke rumah pelacuran sejak kanak-kanak, aktivis Kemboja, Somaly
Mam menjadi seorang yang paling dikenali dengan isu kontroversi yang
diperjuangkannya iaitu antipenghambaan seks.

Dia yang begitu lantang dan bertenaga ketika berkempen menyebabkan
semakin ramai yang menyatakan sokongan termasuk pihak selebriti. Malah,
dia dinamakan sebagai hero terbaik sepanjang tahun oleh Cable News
Network (CNN).

Somaly amat berbeza dengan aktivis-aktivis antipemerdagangan lain menyebabkan dia amat disukai oleh pihak wartawan antarabangsa.

Namun, disebabkan pekerja seks di Kemboja tidak diklasifikasikan
sebagai melanggar undang-undang di negara itu, maka ramai pejuang hak
asasi mengkritik tindakan Somaly.

Ini kerana ketika Somaly mahu semua wanita dibebaskan dari
rumah-rumah pelacuran, pejuang hak asasi pula melihat ada wanita yang
dengan rela memilih kerjaya itu.

Jadi pejuang hak asasi merasakan adalah tidak wajar semua pelacur ditangkap dan dilarang bekerja di rumah pelacuran.

Antara serbuan yang menaikkan kemarahan pejuang hak asasi termasuklah
serbuan polis ke atas sebuah rumah pelacuran utara Kemboja, Anlong Veng
pada November lalu.

"Kanak-kanak perempuan telah diselamatkan tetapi masih lagi berada
dalam ketakutan. Paling muda berusia 13 tahun dan diseludup dari
Vietnam," kata seorang wartawan New York Times, Nicholas Kristof melalui
Twitternya yang menyokong perjuangan Somaly.

Para pakar pemerdagangan berkata, perbuatan tersebut telah
mencetuskan persoalan mengenai isu keselamatan dan persetujuan pihak
pekerja seks.

Bagi Somaly yang menubuhkan organisasi antipemerdagangan, Bertindak
untuk Wanita Dalam Situasi Membimbangkan (AFESIP), tidak ada wanita yang
wajar bekerja sebagai pelacur.

Bagaimanapun, Tania Do Carmo dari Chab Dai yang juga sebuah kumpulan
antipemerdagangan di Kemboja menyifatkan liputan media antarabangsa
terhadap serbuan itu tidak beretika. Ia melanggar undang-undang
antipemerdagangan Kemboja dan hanya mahu mensensasikan isu yang
sememangnya sangat kompleks.

"Melakukan liputan terhadap kanak-kanak yang berada dalam situasi
sangat traumatik tanpa persediaan dianggap sebagai tidak beretika. Tidak
sesuai dan memiliki sifat voyerisme (keseronokan mengintip atau melihat
sesuatu yang memberikan kepuasan seksual) apabila melakukan perkara
tersebut di negara sedang membangun seperti Kemboja," ujar Do Carmo.

Selamatkan pelacur

Menurut AFESIP yang terlibat secara langsung dengan operasi
menyelamat, pihaknya telah melepaskan kira-kira 7,000 orang wanita dan
kanak-kanak perempuan di Kemboja, Laos dan Vietnam sejak tahun 1997.

Di Kemboja sahaja, terdapat lebih 34,000 pekerja seks berdasarkan
kepada data yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2009.

Amat sukar untuk membezakan antara mangsa dan pekerja seks dengan rela.



SOMALY (kiri) bergambar kenangan dengan Ratu Sofia dari Sepanyol semasa kunjungan kerabat diraja itu ke Kemboja.




Somaly yang menganggar usianya dalam lingkungan awal 40-an kerana
tidak mengetahui tahun tepat kelahiran telah dijual di sebuah rumah
pelacuran ketika remaja oleh seorang lelaki sama ada datuk atau pak
ciknya.

Kemudian, dia dirogol dan didera berulang-kali sehingga dia berjaya
melarikan diri selepas menyaksikan kawannya dibunuh di hadapannya.

"Saya begitu patah hati," rintihnya sambil menambah pengalaman dijual
merupakan sesuatu yang tidak mungkin dilupakan. Ia juga telah
menyebabkan dia terlibat dalam kempen antipemerdagangan manusia.

Dalam kempennya, Somaly mengambil pendirian yang sangat kontroversi
iaitu semua pekerja seks ialah mangsa kerana tiada wanita yang mahu
bekerja di rumah pelacuran.

"Kadangkala terdapat wanita memberitahu saya bahawa mereka memilih
untuk menjadi pelacur. Tetapi, apabila ditanya adakah mereka mahu anak
mereka juga menjadi pelacur, mereka segera berkata, tidak," katanya
lagi.

Perkara tersebut telah menguatkan kepercayaan Somaly terhadap operasi
serbuan ke rumah-rumah pelacuran sebagai alat untuk menentang
pemerdagangan manusia.

Dibantah pertubuhan hak asasi

Apa yang dibuatnya turut menaikkan kemarahan beberapa aktivis lain
seperti Rangkaian Pekerja Seks Asia Pasifik yang mempertikai tindakan
tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat keperluan hak asasi pekerja
seks untuk tidak diselamatkan.

Menurut laporan Pemerhati Hak-Hak Asasi Manusia 2010 yang berpusat di
New York, operasi serbuan penyerbuan dan anggota polis berada di
jalan-jalan tempat pekerja seks bekerja adalah tidak efektif, malah
merupakan pencabulan hak-hak pekerja seks.

Organisasi yang diketuai oleh Somaly, AFESIP turut dikritik kerana
menerima kaedah polis Kemboja menahan pekerja seks. Malah, Kumpulan hak
asasi antarabangsa, Human Right Watch (HRW) melihat ia satu penahanan
sewenang-wenangnya ke atas individu yang tidak bersalah.

Namun, Somaly tidak mengendahkan penilaian HRW itu.

"Apabila seorang kanak-kanak perempuan dibunuh di rumah pelacuran,
adakah HRW pergi menyelamatkan mereka? Jadi, siapa mereka sebenarnya?
Ketika saya berada di rumah pelacuran, salah seorang rakan saya dibunuh.
Ada HRW ke sana? Tidak!" bentaknya.

"Pertama kali tiba ke rumah perlindungan, mereka tidak mahu tinggal
kerana mereka tidak kenal kami," cerita Somaly menambah wanita itu
sungguh tertekan disebabkan kerja-kerja seks.

Mereka mahu tinggal bersama-sama rakan-rakan yang rapat di rumah pelacuran.

"Saya selalu berkata, 'Tolong tinggal di sini untuk satu atau dua
hari, anggap seperti sedang bercuti'," katanya dan menambah, jika wanita
terbabit memilih untuk terus tinggal di rumah pelacuran, dia akan
menghormatinya.

"Saya tidak akan memaksa mereka, saya memberi mereka peluang," tambahnya. - AFP
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum