Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Aku Ada, Kau Ada beku minda

View previous topic View next topic Go down

Aku Ada, Kau Ada beku minda

Post by Park Deen on Sun May 27, 2012 4:00 am

Aku Ada, Kau Ada beku minda (Kosmo)








FILEM Aku Ada, Kau Ada yang sarat elemen K-Pop berharap Shaheizy Sam,
Yana Samsudin dan Kamal Adli dapat menyuntik magis. Secara umum,
kemampuan pelakon itu jarang mengecewakan bahkan banyak yang boleh
diberikan pujian.

Pengarah filem Aku Ada, Kau Ada tidak asing dalam industri filem
tetapi naskhah itu ialah buah tangan sulung Rahila Ali. Sebelum ini dia
banyak terlibat dengan pembikinan klip video, program televisyen serta
sebuah video cakera padat berjudul Azura lakonan Jamal Abdillah dan Ning
Baizura.

Tiga puluh minit pertama diperkenalkan dengan karakter serta
penceritaan filem yang dilatari sebuah universiti di Korea. Aku Ada, Kau
Ada rupa-rupanya mengisahkan sekumpulan pelajar Malaysia, Nordin Ahmad
lakonan Sam, Aziz Sattar (Kamal Adli) dan Yana Samsudin (Kartina Aziz).

Filem komedi ini bercerita tentang kebodohan dan persaingan pelajar universiti.

Begitu juga dengan telatah pensyarah seni, dekan serta pensyarah
kaunseling dalam filem tersebut yang semuanya dimainkan pelakon Malaysia
berketurunan Melayu dan bertutur bahasa Melayu dalam kelas yang turut
disertai pelajar Korea. Barangkali filem itu membawa aspirasi 'Malaysia
Boleh' dan 'Tak Melayu Hilang di Dunia' sehinggakan poster pertunjukan
teater juga menggunakan bahasa Melayu. Terfikir juga barangkali situasi
itu cuba menunjukkan pusat persatuan pelajar Malaysia universiti di
Korea berkenaan.

Sungguh ironi juga apabila filem yang meminjam konsep K-pop itu
diwarnai watak-watak yang memiliki nama bintang filem Melayu klasik,
seperti Nordin Ahmad dan Aziz Sattar. Begitu juga Yana dan menggunakan
nama Kartina Aziz.

Puas juga mencari konotasi di sebalik nama-nama itu, namun hanya
kecewa yang mengundang kerana tiada usaha dilakukan untuk membentuk
keseimbangan nama dan karakter. Terasa nama-nama itu sengaja dimasukkan
sekadar menyuntik rasa kelakar kepada dialog yang dituturkan para
pelakon semata-mata. Watak yang sepatutnya boleh mekar sebaliknya beku
dalam cuaca sejuk di Korea.

Itu tidak termasuk percubaan memasukkan elemen filem Bollywood
terkenal Mohabbatein melalui watak pensyarah muzik (Angah Raja Lawak)
yang tidak lekang dengan gesekan biolanya.

Pemilihan lokasi Korea yang penuh dengan pemandangan menarik memang
sesuai untuk sebuah filem romantik. Kepada peminat drama dan filem
Korea, inilah versi Melayu kepada drama atau filem Korea ditambah pula
dengan fesyen-fesyen yang digayakan setiap pelakon. Menarik tetapi
nuansa Korea dalam wajah filem Melayu yang cuba diserapkan oleh pengarah
untuk filem ini tidak berjaya memberikan rasa takjub.

Sesuatu yang boleh, penghasilan skor muzik untuk filem ini berjaya
mengubah kelesuan. Fantasi Kartina dan Nordin yang mengalihkan komedi
slapstik Sam, Yana serta Kamal ke sebuah filem muzikal yang harmoni.

Semua itu banyak dipengaruhi oleh penceritaan Aku Ada, Kau Ada
sendiri yang digarap menggunakan konsep 'belasah.' Kebencian melampau
Kartina terhadap Nordin sejak kecil ialah disebabkan satu perasaan yang
sebaliknya. Pertemuan Kartina dengan Nordin sendiri tidak diperincikan,
bagaimana mereka boleh bertemu sejak kecil kemudian berkongsi bilik
kuliah yang sama di Korea juga langsung tidak dipedulikan dalam
penceritaan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum