Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Peluang Kelantan himpit kedudukan Lions XII

View previous topic View next topic Go down

Peluang Kelantan himpit kedudukan Lions XII

Post by Park Deen on Sat May 26, 2012 2:42 pm

Peluang Kelantan himpit kedudukan Lions XII (KOSMO)



Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


BARISAN pemain Kelantan sedia menggempur Johor FC di Pasir Gudang malam ini.




SELEPAS berjaya merangkul Piala FA dan melayakkan diri ke pusingan
suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kelantan mahu terus
menambah koleksi kejuaraan dan mengekalkan status sebagai penyandang
juara Liga Super.

Aksi menentang Johor FC malam ini di Pasir Gudang merupakan peluang terbaik buat The Red Warriors untuk menekan kedudukan pendahulu, Lions XII yang mengungguli persada liga dengan kelebihan tujuh mata.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim bagaimanapun mahu para
pemainnya memandang serius pertemuan malam ini biarpun prestasi semasa
tidak begitu menyebelahi pasukan kelab dari selatan tanah air itu.

Menurutnya, Johor FC dibarisi beberapa pemain berpengalaman seperti
Khaironisam Shahbudin, Azi Shahril Azmi, Edy Helmi Manan dan ramai lagi
yang mampu mengancam kedudukan Kelantan.

"Atas kertas, tugas kita nampaknya seperti mudah jika prestasi semasa
Johor FC diambil kira, namun saya tidak melihat itu sebagai kelebihan
kepada kita, sebaliknya kita perlu beraksi dengan baik sekiranya mahu
menang.

"Sasaran kita adalah untuk memenangi perlawanan tersebut bagi
merapatkan jurang mata dengan Lions XII," katanya ketika dihubungi
semalam.

Tambahnya, sistem penggiliran pemain yang dilakukan oleh jurulatih
setakat ini berfungsi dengan baik walaupun pemain terpaksa mengharungi
jadual perlawanan yang padat.

Katanya, jurulatih kini sedang mengenal pasti beberapa kelemahan,
terutamanya dari segi kekuatan mental selepas mereka hampir menerima
padah ketika menang tipis ke atas Terengganu pada pusingan kedua Piala
AFC baru- baru ini.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihak pengurusan mungkin akan
menambah seorang lagi pemain import bagi memenuhi kuota bagi saingan
Piala AFC selepas kontrak Onyekachi Nwoha tamat kelmarin.

Jelasnya, sehingga kini masih belum ada calon yang sesuai, namun
pemain import baharu itu kelak perlu memenuhi beberapa kriteria bagi
memperkuatkan pasukan dalam menghadapi saingan suku akhir pada September
ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum