Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Misi peribadi Kelantan, Terengganu

View previous topic View next topic Go down

Misi peribadi Kelantan, Terengganu

Post by Park Deen on Wed May 23, 2012 10:01 am

Misi peribadi Kelantan, Terengganu (KOSMO)



Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


PENJAGA gol Terengganu, Sharbinee
Allawee (dua dari kiri) bersalaman dengan penjaga gol Kelantan, Khairul
Fahmi Che Mat selepas sidang akhbar pusingan kedua Piala AFC di Hotel
Grand Riverview, Kuala Terengganu semalam. Turut hadir, Butler (kiri)
dan Hodak.




PERTEMBUNGAN dua wakil Malaysia, Kelantan dan Terengganu pada
pusingan kedua Piala AFC malam ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh
penyokong setia kedua-dua pasukan.

Bagi Kelantan, skuad The Red Warriors itu jelas sekali berada pada
kemuncak prestasi selepas kejayaan menjulang Piala FA, Sabtu lalu.

Di kem Terengganu pula, skuad Peteh itu mahu memadam kekecewaan gagal
mempertahankan Piala FA yang dimenangi mereka musim lalu selepas
tersingkir pada aksi separuh akhir.

Aksi malam ini turut terarah kepada kelibat Peter James Butler – bekas jurulatih Kelantan yang kini membimbing Terengganu.

Kehadiran Butler ke Stadium Sultan Muhammad IV malam ini bakal
menyaksikan beliau kembali menjejakkan kaki di bumi Kota Bharu selepas
kontraknya sebagai pengendali Kelantan ditamatkan pada Februari lalu.

Bagi para pemerhati bola sepak tempatan, mereka menjangkakan aksi
cukup sengit malam ini, malah ada yang meramalkan pertembungan itu
lebih menarik berbanding aksi final Piala FA yang menemukan Kelantan dan
Sime Darby di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Biarpun optimis mampu menjinakkan Terengganu, pengendali Kelantan,
Bojan Hodak sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Piala AFC bukan
menjadi keutamaan The Red Warriors.

Sebaliknya Hodak berkata, Kelantan tetap fokus untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini.

“Ia (Piala AFC) bukan keutamaan kami tetapi kami sudah berada di sini
(pusingan kedua) dan saya mahu kami terus melangkah, seterusnya
memenangi perlawanan malam esok (malam ini).

“Sudah pasti beraksi di laman sendiri memberikan kami kelebihan. Kami
tidak pernah risau untuk bertemu sesiapa pun di sini (Stadium Sultan
Muhammad IV),” kata Hodak pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

Mengulas mengenai Terengganu yang kini dibimbing Butler, Bojan
berkata: “Saya lebih fokus untuk mempersiapkan pasukan The Red
Warriors.”

“Mungkin ia suatu yang baik untuk beliau tetapi saya mahu katakan,
buat masa sekarang kami merupakan pasukan yang baik dan sentiasa
mendapat keputusan yang baik.

“Jadi, mereka (pasukan lawan) yang datang ke sini perlu memikirkan
reputasi kami. Saya mahu ia berakhir 90 minit, masa tambahan mungkin
memberikan kita masalah,” ujarnya.

Sementara itu, Butler memberitahu, beliau kini sedang mempertingkatkan moral para pemainnya .

Jelas Butler, sebagai seorang jurulatih yang pernah membimbing
Kelantan sebelum ini mungkin memberinya sedikit kelebihan, namun beliau
lebih selesa untuk memberi tumpuan terhadap persiapan Terengganu.

“Saya mengenali para pemain Kelantan kerana saya berada di sini
(Kelantan) selama lima bulan dan pernah bekerja keras bersama mereka.

“Saya tinggalkan mereka ketika mereka berada di puncak Liga Super dan saya rasa saya sudah melakukan yang terbaik untuk mereka.

“Perlawanan malam esok (malam ini) menjadi tugas pertama saya bersama
Terengganu dan saya mahu melakukan yang terbaik,” jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum