Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Peluang Kelantan julang Piala FA

View previous topic View next topic Go down

Peluang Kelantan julang Piala FA

Post by Park Deen on Sat May 19, 2012 3:11 am

Peluang Kelantan julang Piala FA (Kosmo)



Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


BARISAN pemain Kelantan menjalani
latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam sebagai persiapan
terakhir menentang Sime Darby pada final Piala FA malam ini.




ATAS kertas, Kelantan memang hebat.

Mereka hanya tewas sekali dalam 18 perlawanan dan berada di tangga kedua Liga Super setakat ini.

Bagi membuktikan lagi kehebatan yang ada pada skuad The Red Warriors, mereka berjaya mara ke pusingan kedua Piala AFC.

Segalanya nampak cukup baik dan sempurna perjalanan The Red Warriors
untuk mencipta sejarah baharu bola sepak negeri Cik Siti Wan Kembang
ini, selain menambah koleksi piala yang sudah berada di dalam simpanan.

Kali ketiga beraksi di pentas akhir Piala FA malam ini, ia merupakan
peluang terbaik buat Kelantan menghapuskan badi selepas tewas kepada
Selangor pada musim 2009 dan Terengganu tahun lalu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, perjalanan Kelantan ke pentas final
kali ini bukanlah semudah disangka apabila mereka hanya menang tipis
dalam tiga perlawanan seawal pusingan pertama kecuali ketika selesa
menewaskan pasukan berstatus kelab, KL SPA pada suku akhir.

Mereka terpaksa berdepan cabaran sengit daripada Sarawak seawal
pusingan pertama, namun jaringan Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan
Muhammad berjaya membenam cabaran anak-anak buah Robert Albert di Kota
Bharu dengan keputusan 2-1.

Pusingan kedua dilalui Kelantan dengan lebih selesa apabila mereka
hanya berdepan Kuala Lumpur yang dianggap sebuah pasukan yang cukup jauh
berbeza prestasinya berbanding The Red Warriors.

Sikap memandang rendah kemampuan Kuala Lumpur hampir memerangkap
Kelantan apabila mereka menang tipis 3-2 sebelum pusingan suku akhir
menemukan mereka dengan KL SPA.

Pengajaran ketika aksi menentang Kuala Lumpur pantas dipelajari
anak-anak buah Bojan Hodak apabila mereka tidak mempunyai masalah untuk
mengatasi kelab dari ibu kota itu dengan agregat 5-0.

Semakin jauh perjalanan, semakin getir cabarannya apabila Kedah
menanti mereka di peringkat separuh akhir. Perlawanan pertama di Kota
Bharu menyaksikan anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan berjaya mengekang
asakan Kelantan apabila mereka berjaya memperoleh keputusan seri 1-1.

Bertandang ke Stadium Darul Aman, Bojan menyedari peluang Kelantan
untuk menang amat tipis apabila rekod Kelantan beraksi di sana sebelum
ini tidak begitu baik.

Kebimbangan Bojan itu seakan berasas apabila mereka dikejutkan dengan dua gol Khyrill Muhymeen pada babak pertama.

Ketika itu, impian Kelantan untuk melangkah ke final Piala FA seakan-akan tinggal harapan.

Aksi mantap dipamerkan Kedah seakan gagal disaingi Kelantan
sehinggalah dua minit selepas sepak mula babak kedua, pemain pertahanan,
Obinna Nwaneri menghidupkan semula harapan yang hampir pudar.

Muhammad Ghaddar akhirnya berjaya meletakkan pasukannya ke perlawanan
akhir apabila menjaringkan gol penyamaan dan Kelantan layak ke pentas
final melalui peraturan gol di tempat lawan.

Perlawanan akhir kali ini menyaksikan Kelantan akan berdepan sebuah
pasukan berstatus kelab yang sedang meningkat naik, Sime Darby FC.

Atas kertas sudah tentu kelebihan berpihak kepada The Red Warriors dan ini merupakan percubaan ketiga mereka untuk menjulang Piala FA selepas gagal dalam dua percubaan sebelum ini.

Bagi merealisasikan impian tersebut, Kelantan telah bekerja keras mempersiapkan pasukan mereka untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, apa yang merisaukan para peminat adalah pemain diserang
sindrom 'keyakinan melampau' yang mampu memusnahkan impian mereka untuk
membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu.

Kekalahan Sime Darby dalam dua perlawanan berturut-turut tidak harus
menjadikan kem Kelantan selesa dengan perkembangan tersebut kerana ia
bukan kayu pengukur kekuatan pasukan yang digelar silent killer itu.

Beraksi dalam Liga Premier, cabaran anak-anak buah Ismail Zakaria
tidak perlu dipandang enteng kerana mana-mana pasukan yang beraksi di
pentas final, sama ada mereka daripada Liga FAM sekalipun akan memiliki
semangat yang berbeza.

Tewas dua kali dalam saingan liga sebelum ini pasti mendorong Sime Darby tampil lebih garang.

Secara signifikannya, Sime Darby pasti akan menggunakan peluang
melayakkan diri ke perlawanan akhir ini untuk mencipta saat indah,
sekali gus memahat sejarah menjadi pasukan kelab pertama merangkul Piala
FA.

Hakikat itu perlu disedari semua pemain The Red Warriors ketika mereka kini ghairah untuk memburu gelaran seterusnya.

Kealpaan pastinya menjadi duri dalam daging memusnahkan impian lebih
50,000 penyokong yang akan bertandang ke Stadium Nasional, Bukit Jalil,
malam ini.

Cabaran daripada Sime Darby perlu dipandang serius, kali ketiga ke
perlawanan akhir, seharusnya peluang itu tidak dipersia-siakan kerana
dibimbangi saingan musim-musim mendatang menjadi lebih sengit dan
Kelantan sukar mendapat peluang seumpama ini lagi.

Kepada peminat The Red Warriors, pesanan yang tidak sudah-sudah.

Jaga tingkah laku dan menonton dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Antara faktor kekalahan Kelantan musim lalu yang tidak boleh dinafikan adalah masa kecederaan yang agak panjang.

Dalam situasi perlawanan biasa, mungkin hanya tiga atau empat minit
masa kecederaan diberikan dan jika itu berlaku, Kelantan malam ini akan
turun selaku penyandang juara dan bukannya finalis.

Tetapi apakan daya, gara-gara penyokong yang kononnya peminat fanatik
membaling mercun menyebabkan perlawanan dihentikan, ekoran itu tempoh
masa kecederaan diberikan agak panjang dan Terengganu lebih bernasib
baik menyamakan kedudukan dan berjaya menjaringkan gol pada masa
tambahan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum