Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Medan menebus kekecewaan

View previous topic View next topic Go down

Medan menebus kekecewaan

Post by Park Deen on Sat May 19, 2012 3:09 am

Medan menebus kekecewaan (Kosmo)



Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


NORSHAHRUL tidak rela berputih mata pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.



PERLAWANAN akhir Piala FA kali ini menjadi medan terbaik buat
Kelantan menebus kekecewaan selepas tewas dalam dua aksi final sebelum
ini iaitu pada musim 2009 dan 2011.

Penggempur sensasi The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha berkata,
kekalahan kepada Terengganu musim lepas masih terbayang terutama ketika
permainan sudah memasuki minit ke-90 dan Kelantan masih mendahului
tetapi terpaksa akur dengan kehebatan jiran mereka itu.

Menurutnya, pertembungan antara Kelantan dan Sime Darby kali ini
dianggap seimbang biarpun pasukan lawan itu hanya berstatus kelab namun
keupayaan menumbangkan beberapa pasukan pilihan dianggap sesuatu yang
tidak boleh dipandang mudah.

"Mereka (Sime Darby) menewaskan Johor FC dan Terengganu, ia
pencapaian yang cukup baik dan saya fikir mereka mampu mengancam kita
jika kita tidak bersedia sepenuhnya.

"Bagi saya, pasukan yang mampu memberikan komitmen 100 peratus
sepanjang perlawanan akan menang perlawanan tersebut. Peluang kedua-dua
pasukan adalah seimbang tetapi saya optimis Kelantan mampu memenangi
perlawanan kali ini," katanya semalam.

Bagaimanapun tambahnya, tekanan sudah tentu akan dirasai olehnya dan
rakan sepasukan lain kerana sudah pasti ramai yang memilih Kelantan akan
memenangi perlawanan ini.

Katanya, disiplin dan kekuatan mental sepanjang 90 minit permainan
akan menjadi kunci kejayaan ketika kedua-dua pasukan tidak pernah
bertemu dan tidak mempunyai maklumat yang jelas mengenai kekuatan
masing-masing.

"Saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang mudah kerana kita tidak
pernah bertemu dengan Sime Darby. Jadi, kita tidak tahu kekuatan, cara
mereka bermain. Saya anggap mereka berbahaya.

"Saya fikir selain Patrick Ronaldinho, Razali Umar Kandasamya akan
memberi masalah kepada kita dan mampu menyaingi barisan pertahanan tapi
saya percaya kami semua sudah bersedia," ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum