Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ronaldinho tekad robek Kelantan

View previous topic View next topic Go down

Ronaldinho tekad robek Kelantan

Post by Park Deen on Sat May 19, 2012 3:07 am

Ronaldinho tekad robek Kelantan (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SKUAD Sime Darby giat menjalani
latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam sebagai persiapan
menentang Kelantan pada final Piala FA malam ini.




"SAYA tidak gentar berdepan pasukan terbaik di Malaysia, misi saya
hanyalah untuk membantu Sime Darby menjulang Piala FA musim ini."

Demikian amaran penyerang import sensasi Sime Darby, Patrick
Ronaldinho Wleh kepada pasukan Kelantan menjelang aksi final Piala FA di
Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Sime Darby berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menundukkan juara musim lalu, Terengganu menerusi agregat 2-1.

Lebih manis, Sime Darby melakarkan sejarah baharu bola sepak tempatan
apabila muncul sebagai pasukan berstatus kelab pertama untuk mara ke
perlawanan akhir Piala FA.

Mengulas lebih lanjut, Ronaldinho menegaskan dia sudah memberikan
aksi yang terbaik dengan Sime Darby dan tidak mahu memikirkan soal
status kedua-dua pasukan.

Katanya, dia berpegang dengan prinsip bahawa tiada yang mustahil
dalam bola sepak dan semua pasukan memiliki peluang untuk bergelar
juara.

"Saya sudah bersedia untuk menentang Kelantan. Bagi saya, tiada
istilah pasukan gergasi sebaliknya kami harus bekerja lebih keras jika
mahu merealisasikan impian untuk muncul juara baharu Piala FA.

"Sebenarnya tiada yang mustahil di dalam bola sepak. Selain Kelantan,
kami juga mempunyai kualiti untuk muncul juara dan kami perlu yakin
dengan kebolehan kami sendiri.

"Kami mahu menjadikan Sime Darby sebagai kelab pertama dari Liga
Premier untuk menjulang Piala FA dengan menampilkan aksi yang hebat pada
perlawanan akhir itu nanti.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang
sering memberikan bantuan di atas padang dan sokongan kepada saya.

"Kami tetap optimis tetapi dalam masa yang sama, kami tidak boleh
terlalu yakin," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di
Pusat Latihan Agro Bank Bangi, kelmarin.

Penyerang Liberia itu menambah, dia yakin skuad kendalian Ismail
Zakaria itu mampu mencipta kejutan dengan memberikan tentangan hebat
kepada Kelantan.

Jelasnya, selepas tewas 2-3 kepada Pahang dan Angkatan Tentera Malaysia (0-1), dia sudah bersedia untuk menjadikan The Red Warriors sebagai medan kebangkitan Sime Darby.

"Kekalahan pada aksi Liga Premier tersebut amat menyukarkan kami
sekali gus menjadikan peluang untuk kami beraksi di Liga Super musim
depan makin tipis.

"Tetapi, sekiranya kami berjaya muncul juara Piala FA, kami yakin ia
mampu mengubati dua kekalahan tersebut dan saya berazam untuk menjadikan
Kelantan sebagai mangsa kebangkitan Sime Darby," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum