Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

B Sathianathan

Go down

B Sathianathan

Post by Park Deen on Tue Sep 27, 2011 9:58 am



ATM lantik Sathia

TEKA teki mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red Warrior (ARMY), B Sathianathan yang dikhabarkan dipancing Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PBATM) terjawab apabila beliau menandatangani kontrak dengan pasukan tersebut semalam.

Walaupun turut mendapat tawaran sebagai jurulatih bagi sebuah kelab di Myanmar, Sathia tetap memilih untuk mengikat kontrak dengan pasukan ATM bagi menghadapi Liga Premier musim depan.

“Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, beliau memberi keizinan untuk meneruskan kerjaya saya bersama pasukan ATM,” katanya semalam.

Meskipun berat hati untuk meninggalkan pasukan :The Red Warriors:, bekas jurulatih Kelantan ini yakin pemain kini sudah berada di landasan yang sepatutnya.

“Di bawah naungan Presiden Kafa, saya lihat pemain kini lebih matang dan saya percaya mereka mampu mencatat lebih banyak kejuaraan di masa akan datang,” katanya.

Selain Sathia, dua lagi pegawai Kafa, Kamaruddin Mohd Noor dan Abdul Hamid Ramli turut menyertai ATM selaku tenaga kejurulatihan.

--- Sinar Harian


Last edited by Admin on Wed Oct 05, 2011 7:39 am; edited 1 time in total
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: B Sathianathan

Post by Park Deen on Wed Oct 05, 2011 7:34 am

Sathia terus diberi peranan

KOTA BHARU - Bekas Ketua Jurulatih Kelantan musim lalu, B Sathianathan akan terus diberi peranan di dalam pembangunan bola sepak di negeri ini terutamanya membantu Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red Warriors (ARMY) yang ditubuhkan sejak enam bulan lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, sekalipun ikatan di antara Sathianathan dengan Kafa sudah terlerai namun pengalaman bekas pengendali skuad kebangsaan tetap diperlukan bagi membangunkan program bakat muda akademi tersebut.

“Sathianathan akan terus kekal sebagai penasihat kepada program pembangunan ARMY malah akan terus berada dalam panel pengurusan bola sepak Kelantan. Kita akan mengundang dia dari semasa ke semasa untuk datang ke sini.

“Saya mempunyai hubungan kerja yang baik dalam bidang bola sepak. Sebab itu dia boleh datang ke sini dengan cepat setelah Peter Butler meletakkan jawatan secara mengejut pada tahun 2009.

“Dia meletakkan asas yang kukuh kepada penubuhan ARMY dengan memilih pemain, jurulatih dan menganjurkan liga yang sedang berlangsung sekarang,” katanya dalam sidang media, baru-baru ini.

Mengulas mengenai penghijrahan Sathianathan ke pasukan ATM musim depan, Annuar menjelaskan keputusan melepaskan pengendali berusia 53 tahun itu dibuat setelah beliau mengadakan perbincangan lanjut dengan Sathianathan sekembalinya dari luar negara baru-baru ini.

“Dia bertemu dan berbincang dengan saya mengenai opsyen yang diterima dan saya sangat memahami perasaan dia untuk kembali ke bidang kejurulatihan. Saya tidak ada masalah untuk memberi ruang kepada beliau kerana dia sangat profesional dan berkaliber tinggi. Rugi sekiranya bakat dan kebolehan beliau tidak digunakan sepenuhnya.

“Dia sukakan Kelantan dan tidak akan meninggalkan negeri ini sekiranya saya tidak benarkan. Dia terhutang budi dengan kita tetapi Kafa sebenarnya yang lebih terhutang budi dengannya. Jadi kita ambil pendekatan terbuka melepaskannya bagi meneruskan kerjaya,” katanya.

Annuar berkata, apabila Sathianathan memaklumkan ATM menawarkan kontrak kepadanya, atas semangat gabungan bola sepak tempatan beliau menyokong hasratnya.

“Dia memberitahu mengenai kesungguhan pasukan ATM untuk membangunkan skuad Piala Presiden, hasrat untuk menyertai kejohanan serantau dan juga mahu mencuba nasib untuk menyertai Liga Super dan saya fikir beliau dapat merealisasikan hasrat tersebut,” katanya.

Lebih membanggakan bagi Annuar, apabila dua bekas jurulatih yang tidak asing negeri ini, iaitu Kamaruddin Mohd Noor dan Abdul Hamid Ramli turut menyertai Sathianathan bagi membimbing pasukan ATM yang akan beraksi dalam Liga Premier pada musim depan.

Sathianathan muncul jurulatih pertama membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia buat pertama kali setelah mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir tahun lalu.

--- Sinar Harian
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum