Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

PBSNT buka pintu rundingan

View previous topic View next topic Go down

PBSNT buka pintu rundingan

Post by Park Deen on Thu May 17, 2012 9:09 pm

PBSNT buka pintu rundingan (Kosmo)



Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my
"APA yang dilakukan ke atas Mat Zan Mat Aris bukanlah untuk merampas haknya tetapi demi masa depan bola sepak Terengganu."

Demikian penjelasan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
(PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berhubung tindakan drastik yang dikenakan
ke atas bekas jurulatih Sang Penyu itu.

Tanpa mahu mengeruhkan keadaan, Che Mat juga meminta Mat Zan untuk tidak terus memanjang isu berkenaan demi kebaikan bersama.

"Tindakan ini (menamatkan kontrak lebih awal) mungkin drastik, ia
bukan bertujuan menafikan hak Mat Zan, sebaliknya mahu menjulang kembali
prestasi Terengganu ke tahap tertinggi," kata Che Mat sebagai membalas
isu berbangkit yang disuarakan Mat Zan kelmarin.

Menurut Che Mat, Mat Zan dilihat telah gagal membimbing Terengganu
seperti yang dimahukan pihak PBSNT, sekali gus memaksa persatuan itu
melantik Peter James Butler sebagai pengganti.

"Kita sudah terlepas satu piala (Piala FA), jadi untuk memastikan
Terengganu bangkit semula, kita kena tukar jurulatih dan keputusan ini
bukan keputusan saya seorang, sebaliknya ia dilakukan oleh satu panel
khas," jelasnya.

Mengenai penyelesaian kontrak secara adil seperti yang dipinta Mat
Zan, Che Mat menjelaskan, pihaknya sedia berunding dengan bekas
jurulatih Kuala Lumpur itu bagi mencari keputusan terbaik.

"Pintu rundingan masih lagi terbuka untuk Mat Zan berbincang mengenai
isu berbangkit termasuk hal-hal berkaitan pampa- san," ujarnya.

Jelasnya, pihaknya sentiasa memberi ruang untuk berunding dengan Mat
Zan dan surat peletakan jawatan tersebut akan diserahkan kepada bekas
pemain negara itu selepas rundingan dilakukan.

Mengenai surat tunjuk sebab itu, Che Mat berkata, ia perlu dijawab
bagi mengetahui punca sebenar tentang kegagalan Mat Zan membimbing
Terengganu sebelum ini bagi memperbaiki prestasi pasukan itu.

Kosmo! semalam menyiarkan mengenai kekecewaan Mat Zan yang pernah
berjaya membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia pada tahun 2001 yang
ditamatkan kontrak bertitik tolak selepas kegagalan Terengganu mara ke
final Piala FA kerana tewas kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby
pada pertemuan separuh akhir bulan lalu.

Ekoran kegagalan itu, PBSNT mengarahkan Mat Zan yang menandatangani
kontrak sehingga November 2013, berehat selama dua minggu bermula 1 Mei
lalu.

Bagaimanapun, pada 7 Mei lalu, Che Mat mengesahkan bahawa Mat Zan
mahu mengundur diri daripada membimbing Terengganu selepas kedua-dua
pihak mencapai persetujuan bersama.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum