Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sabah sedia gempur Kuching

View previous topic View next topic Go down

Sabah sedia gempur Kuching

Post by Park Deen on Sat May 12, 2012 9:19 am

Sabah sedia gempur Kuching (Kosmo)



Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


ZAINIZAM menjadi aset terbaik Sabah bagi merobek gawang Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam ini.




KEYAKINAN tinggi dilaungkan Sabah yang tekad memburu tiga mata penuh
apabila bertandang ke Stadium Negeri, Kuching bagi menghadapi Sarawak
pada aksi Liga Super malam ini.

Dengan rekod bersih menentang skuad Bujang Senang, termasuk
kemenangan 2-1 di Likas pada awal musim ini, pengendali Sabah, Justin
Ganai turut memasang impian untuk menambah derita pasukan jiran mereka
itu.

Malah katanya, kemenangan di Kuching malam ini begitu penting dalam
misi skuad Badak untuk memburu slot dalam kelompok lima pasukan terbaik
Liga Super musim ini.

"Kami sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi
perlawanan ini. Saya akui, Sarawak merupakan sebuah pasukan yang baik
tetapi saya tetap percaya kepada kemampuan pemain yang ada.

"Lagipun, menentang Sarawak merupakan satu perlawanan yang cukup
klasik bagi Sabah memandangkan ia adalah satu pertembungan melibatkan
dua pasukan dari Borneo," katanya kepada Kosmo! semalam.

Apa yang pasti, kelebihan moral kini memihak kepada Sabah apabila
Sarawak terpaksa bermain tanpa penonton pada perlawanan malam ini ekoran
hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas
Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) baru-baru ini.

"Kami mesti menggunakan segala kelebihan yang ada untuk meraih
kemenangan tetapi itu tidak bermakna Sarawak akan memberi laluan mudah
kepada kami kerana mereka juga begitu memerlukan kemenangan.

"Saya menjangkakan perlawanan malam esok (malam ini) pasti sengit dan
mana-mana pasukan yang bermain baik pasti memperoleh kemenangan,"
ujarnya.

Untuk rekod, Sabah dan Sarawak kini berkongsi 19 mata dengan
kelebihan memihak kepada Sarawak untuk berada di tangga kelapan
berdasarkan kelebihan jaringan.

Sabah pula kekal di tangga kesembilan selepas melalui 15 perlawanan,
iaitu hanya dua mata di hadapan pasukan tangga ke-10, PKNS Selangor.

"Persaingan masih panjang lagi dan mana-mana pasukan mempunyai
peluang sama rata untuk berada dalam kelompok lima pasukan terbaik,"
katanya.

Sebagai percaturan, Justin bakal mempertaruhkan bintang import baharu
dari Jerman, Hendrik Helmke untuk memperkuatkan barisan tengah Sang
Badak, manakala jentera serangan bakal dikemudi penyerang berpengalaman,
Zainizam Marjan.

"Saya juga sedia menurunkan Rozaimi Abdul Rahman sama ada di bahagian
tengah ataupun penyerang bagi membantu Sabah mencari gol," jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum