Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Gergasi Merah buru kemenangan

View previous topic View next topic Go down

Gergasi Merah buru kemenangan

Post by Park Deen on Tue May 08, 2012 4:30 am

Gergasi Merah buru kemenangan (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
JURULATIH Selangor, Ifran Bakti Abu Salim tampil dengan nada positif
dan yakin bahawa skuad Gergasi Merah itu mampu meraih kemenangan pada
aksi menentang Negeri Sembilan pada aksi Liga Super pada malam ini.

Beraksi di Stadium Shah Alam, Irfan percaya kelebihan beraksi di
laman sendiri bakal memberikan kelebihan kepada skuad kendaliannya itu
untuk melakar kemenangan.

Sekiranya Selangor berjaya mendapatkan tiga mata berharga ketika
menentang skuad kendalian Azraai Khor Abdullah itu, harapan untuk
menduduki tiga tangga teratas liga kembali cerah.

"Sebenarnya kami belum tewas lagi selepas kali terakhir tewas kepada Kedah 0-1 pada 3 Mac lalu.

"Cuma kami hanya seri dan menang pada dua perlawanan terakhir.
Mungkin kami kurang konsisten tetapi kami tekad untuk memburu kemenangan
pada perlawanan malam esok (malami ini).

"Selain itu, saya percaya kami masih mampu memperbaiki kedudukan liga
dengan sekurang-kurangnya menduduki tangga tiga teratas liga musim ini.

"Justeru, kami akan berjuang hingga ke wisel penamat. Apa yang kami
pasti adalah kami akan memberikan segalanya untuk melakarkan kemenangan
ke atas Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Irfan menambah, mereka tetap akan waspada dengan ancaman Negeri
Sembilan dan menyeru barisan pemainnya tidak menyerah mudah terhadap
ancaman lawan.

"Skuad Negeri Sembilan pada tahun ini mempunyai kekuatan tersendiri
kerana membariskan pemain-pemain yang berbakat dan berpengalaman,"
katanya.

"Saya tidak mahu pemain-pemain Selangor terlalu yakin menghadapi
perlawanan ini kerana ia hanya akan mengundang padah," tegas beliau.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum