Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Satu mata cukup buat Kelantan

View previous topic View next topic Go down

Satu mata cukup buat Kelantan

Post by Park Deen on Tue May 08, 2012 4:25 am

Satu mata cukup buat Kelantan (Kosmo)



Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


HODAK (dua dari kanan) bersalaman dengan rakan sejawatnya, Josef Harel selepas sidang akhbar di Kota Bharu semalam.




KELANTAN hanya perlu mengutip satu mata sahaja apabila turun
menentang Ayeyawady United dari Myanmar di Kota Bharu malam ini untuk
melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC).

Bagaimanapun, pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak tidak
mahu anak-anak buahnya sekadar turun untuk mencari satu mata tersebut,
sebaliknya mahu terus mempamerkan aksi sebenar pasukan.

"Kita akan cuba menang dalam semua perlawanan. Satu mata sepatutnya
sudah mencukupi tetapi saya fikir jika anda bermain untuk seri mungkin
anda akan tewas. Sudah tentu kita bermain untuk menang malam esok (malam
ini).

"Kita sudah beraksi dalam 16 perlawanan dan hanya tewas sekali. Kita
berada dalam momentum yang sangat baik ketika ini, satu lagi kemenangan
malam esok (malam ini) mungkin menjadikan kita lebih baik," katanya
ketika ditemui pada sidang akhbar semalam.

Mengulas mengenai persediaan pasukan Kelantan, Bojan berkata, ia
tidak berjalan dengan begitu lancar apabila sesi latihan kelmarin
terganggu ekoran hujan lebat selain faktor keletihan ekoran jadual
mereka yang agak padat.

"Menentang Lions XII tempoh hari kita sudah memberikan segala-galanya
dan perlawanan malam esok (malam ini) juga memerlukan kita memberikan
yang terbaik sekali lagi," ujarnya.

Katanya, fokus Kelantan kini adalah untuk mempertahankan kejuaraan
Liga Super dan perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby FC pada 19
Mei ini dan tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk Piala AFC

"Mungkin kalau boleh saya katakan, pada dasarnya sasaran kita adalah
Liga Super dan Piala FA. AFC bukan sasaran utama kerana kita
menyertainya untuk mencari pengalaman, namun kita sudah berada di sini
dan kita akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk terus meraih
kemenangan," jelasnya.

Kelantan kini sedang menerajui Kumpulan H dengan mengumpul 10 mata
sambil diekori Navibank Saigon dan Ayeyawady United yang berkongsi tujuh
mata, manakala Arema FC di tangga tercorot dengan empat mata.






Sementara itu, jurulatih Ayeyawady United, Josef Harel ternyata sudah
dapat menggambarkan tentangan sengit yang bakal diterima pasukannya
terutama Kelantan yang bakal disokong oleh puluhan ribu peminat mereka.

"Ia pastinya perlawanan yang sengit. Peluang kita di dalam Piala AFC
ini cukup sempit tetapi kita bernasib baik kerana berjaya mendapat tujuh
mata. Kita akan tengok apa yang berlaku malam esok (malam ini).

"Setiap perlawanan berbeza. Di Myanmar tempoh hari kita juga tidak menang dengan mudah.

"Kelantan adalah sebuah pasukan yang bagus kerana mereka mempunyai
pemain yang berpengalaman tetapi kita akan cuba mendapatkan keputusan
yang baik kali ini," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum