Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mohd Safee Sali

View previous topic View next topic Go down

Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Mon Sep 26, 2011 5:45 am

Hajat tak kesampaian?



HASRAT peminat Malaysia untuk melihat penyerang Harimau Malaya, Mohd Safee Sali menyarung jersi Cardiff City FC dan beraksi di Liga Kejuaraan England mungkin tidak kesampaian.

Karenah birokrasi pihak imgiresen di United Kingdom yang enggan mengeluarkan permit kerja kepada Safee dikatakan menjadi halangan utama penyerang utama Pelita Jaya FC itu memperagakan bakat bersama pasukan Cardiff yang terkenal dengan jolokan The Bluebirds.:

Malah syarat yang ditetapkan buat mana-mana pemain yang berhasrat untuk beraksi di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

Sesuatu yang mustahil buat Safee kerana menurut ranking dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) skuad negara ketika ini berada di ranking ke-146 dunia.

Bagaimanapun, peraturan ketat United Kingdom boleh dipersoalkan kerana penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor yang kini dipinjamkan ke kelab Tottenham Hotspurs dibenarkan bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sedangkan negaranya Togo menduduki ranking ke-95 dunia.

Begitu juga penjaga gol Oman (ranking 106 dunia) Ali Al Habshi yang kini beraksi bersama Wigan Athletic di Stadium DW.

Namun, kedua pemain itu sebelum beraksi di EPL terlebih dahulu bermain di Perancis (Adebayor) dan Norway (Al Habshi).

Beraksi di negara Eropah lain sebelum ke England merupakan salah satu daripada syarat yang ditetapkan kepada pemain mendapatkan permit kerja (perkara sama berlaku ke atas pemain Arsenal dari Jepun, Ryo Miyaichi yang dipinjamkan ke Feyenoord sebelum mendapat permit untuk beraksi di England).

Mungkin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh membantu merealisasikan impian Safee dengan mencarikannya atau menghantar pemain itu beraksi di kelab Perancis atau Jerman.

Dengan cara ini, barangkali memudahkannya mendapat peluang bermain di bumi Inggeris. Apa kurangnya Safee, beliau amat berbakat dan cekap menghidu peluang menjaringkan gol.

Baru-baru ini, masalah yang membelenggu Safee dikatakan berpunca daripada tindakan Cardiff yang tidak merujuk kepada FAM berhubung isu permit kerja namun pemiliknya Datuk Chan Tien Ghee baru-baru ini mengeluarkan jaminan akan berusaha sedaya upaya membantu penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu menyarung jersi The Bluebirds.

Menurut ahli perniagaan Malaysia itu, pengurus Cardiff Malky McKay ternyata kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Safee dan jika McKay benar-benar berminat katanya, pihaknya sanggup membantu Safee termasuk meminjamkannya untuk beraksi sekurang-kurangnya setahun di kelab lain di Eropah sebagai salah satu syarat permit kerja.

Bagaimanapun nada sinis dikeluarkan pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab Rahim menerusi laman sosial rasmi Facebook pemain itu berhubung kesukaran mendapatkan permit kerja buat bekas penyerang Selangor itu.

Katanya, Malaysia seharusnya diberikan pengecualian kerana negara ini merupakan ahli negara-negara Komanwel (bekas negara jajahan British).

Apa pun, Safee yang kini berada di Wales selama dua minggu bakal menamatkan ujian percubaan bersama kelab itu, esok.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Tue Sep 27, 2011 9:14 am

26 September, 2011 15:25 PM



Safee Akhiri Latihan Di Cardiff City






Oleh Joshua Foong

CARDIFF CITY, 26 Sept (Bernama) -- Penyerang kebangsaan Safee Sali akan
pulang ke Malaysia esok selepas menjalani latihan dua minggu dengan
kelab bola sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus Malky Mackay.

Harapan pemain berusia 27 tahun itu adalah agar dapat diterima sebagai
pemain kelab dari Wales itu yang bersaing dalam liga Inggeris.

Safee, yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya, berkata tempo permainan di England lebih pantas.

Penyertaan beliau dalam latihan dengan Cardiff City mendapat liputan
meluas akhbar tempatan, malahan beberapa penyokong kelab itu turut
mendapatkan autograf beliau semalam ketika pasukan itu menentang
Leicester City. Beliau tidak bermain dalam permainan itu.

"Selepas menyertai pasukan simpanan dan juga pasukan utama dalam
latihan, saya dapati permainan di sini lebih pantas. Ia di tahap
berbeza," katanya ketika ditemui di Stadium Cardiff City.

Safee, yang berasal dari Selangor, menyifatkan latihan yang dijalaninya
sebagai berjaya dan beliau diterima dengan baik oleh pemain-pemain
Cardiff City.

"Walaupun hanya dua minggu, saya banyak belajar. InsyaAllah, saya harap
dapat kembali untuk bermain bagi pasukan ini di masa depan," katanya.

Perlawanan Cardiff City dengan Leicester City itu turut disaksikan
Pesuruhaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong dan isteri,
yang menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diraikan oleh
kelab berkenaan.

Safee, yang sebelum ini dianggap oleh pengurus Queens Park Rangers,
Neil Warnock sebagai "David Beckham Malaysia" akan bermain untuk pasukan
negara menentang Australia di Sydney pada 7 Okt ini.

Ini merupakan perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan itu dalam tempoh 20 tahun.

-- BERNAMA
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Sat Dec 24, 2011 9:36 am

Safee terjejas

PENYERANG sensasi negara Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia, mungkin tidak boleh mewakili skuad Harimau Malaya selepas badan induk bola sepak dunia (Fifa) mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut portal berita akhbar Republika, surat pengharaman ISL oleh Fifa itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui badan dunia itu.

Menurut kandungan surat itu, Fifa menerusi surat yang ditandatangani Setiausaha Agungnya, Jerome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terbabit dengan ISL.

“Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang juga anggota Fifa. “Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL,” menurut portal itu.


Safee sebelum ini berkata sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terbabit dengan penggantungan Fifa, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Bagaimanapun, Fifa memberikan tarikh akhir 20 Mac depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan tindakan penggantungan atau pengharaman.


ISL adalah kejohanan kelab bola sepak profesional Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah badan induk bola sepak negara itu, PSSI. - Bernama
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Sun Dec 25, 2011 4:49 am

Safee kempunan berganding dengan Zidane, Cole

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Safee Sali




KUALA LUMPUR - Hajat Safee Sali untuk berganding dengan bintang bola
sepak dunia, Zinedine Zidane dan Andy Cole dalam perlawanan persahabatan
menentang kelab Belanda, PSV Eindhoven tidak kesampaian selepas
perlawanan tersebut dibatalkan oleh penganjur.

Bintang penyerang negara itu pada awalnya dipilih untuk menguatkan
skuad Pilihan Jakarta dalam perlawanan yang dijadual berlangsung di
Indonesia, 9 dan 12 Januari depan.

Bagaimanapun tindakan Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia
(PSSI), Djohar Ariffin hanya membenarkan pemain dari Liga Perdana
Indonesia (IPL) beraksi dalam perlawanan itu, mendorong PSV membatalkan
kunjungannya.

Promoter perlawanan berpendapat, Kebanyakan bintang bola sepak yang
beraksi dalam liga di Indonesia datang dari Liga Super (ISL) mereka,
termasuk Safee.

Bekas Pemain Terbaik Dunia dari Perancis, Zidane dan bekas penyerang
Manchester United, Cole antara bintang dunia yang dijemput untuk
menguatkan Pilihan Jakarta.

Promoter perlawanan, Saujana Media dalam kenyataannya kelmarin
memberitahu, pihaknya telah membatalkan lawatan PSV ke Indonesia kerana
konflik dalaman PSSI.

"Tiada pemain yang berkebolehan untuk bermain dalam perlawanan tersebut kerana masalah dalaman PSSI.

"PSSI tidak dapat memenuhi janjinya untuk memberi kami pemain
terbaik. Tanpa pemain-pemain itu, permainan tidak akan menarik," kata
kenyataan itu.

Sementara itu pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata,
pembatalan tersebut dianggap sebagai satu kerugian buat peminat Safee.

"Satu kerugian besar buat Safee dan peminat di Indonesia dan Malaysia kerana perlawanan batal.

"Ini disahkan oleh promoter mereka kepada saya tadi (kelmarin)," kata Zakaria.

Peminat bola sepak di Indonesia dihidangkan dengan dua pertandingan liga iaitu IPL, yang diiktiraf PBSSI dan ISL.

Bagaimanapun kebanyakan pemain bintang Indonesia seperti Safee
(Pelita Jaya), Christian Gonzales, Bambang Pamungkas, Boaz Salossa dan
Firman Utina memilih bermain bersama kelab dalam ISL.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Mon Dec 26, 2011 4:22 am

Safee ‘kunci mulut’








PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Safee Sali mengambil sikap
‘mengunci mulut’ mengenai masa depannya bersama kelab Indonesia, Pelita
Jaya.

Begitupun, segala-galanya akan terjawab apabila Safee, 28,
dijadualkan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang
ini.

“Saya kini sudah sampai di lapangan terbang KLIA, jadi tunggu sahaja
esok (hari ini),” katanya ringkas semasa dihubungi Kosmo! semalam.

“Segala-galanya akan terjawab esok (hari ini).”

Masa depan Safee bersama kelab Pelita Jaya mendapat perhatian meluas
media dan pemerhati bola sepak tempatan selepas Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA) dilaporkan mengharamkan saingan Liga Super Indonesia
(ISL) baru-baru ini.

Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum dapat
ditentukan, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak
tempatan yang bimbang mengenai nasib Safee.

“SEGALA-GALANYA akan terjawab, jadi tunggu sahaja esok (hari ini).

Demikian respons ringkas penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali
mengenai masa depannya bersama kelab Pelita Jaya yang mendapat
perhatian meluas media dan pemerhati bola sepak tempatan.

Situasi itu tercetus gara-gara saingan Liga Super Indonesia (ISL)
dilaporkan telah diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA) baru-baru ini.

Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum mencapai
kata putus, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak
tempatan yang khuatir mengenai nasib Safee yang dikhabarkan tidak layak
beraksi bersama pasukan kebangsaan sekiranya benar ISL diharamkan.

Mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’, penyerang kelahiran Kajang,
Selangor berusia 28 tahun tersebut enggan mengulas lanjut mengenai
perkara itu sambil memberitahu segala-galanya akan diperincikan dalam
satu sidang akhbar khas yang akan diadakan di ibu negara pukul 1 petang
ini.

“Saya kini sudah berada di lapangan terbang, jadi tunggu sahaja esok
(hari ini),” katanya ringkas semasa dihubungi Kosmo! semalam.

Teka-teki mengenai masa depan Safee mula menimbulkan tanda tanya
setelah sumber dari laporan portal berita akhbar Republika Indonesia
kelmarin melaporkan mengenai surat pengharaman ISL yang dikeluarkan oleh
FIFA kepada Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI),
Djohar Ariffin Husin.

Disebabkan itu, Safee dikhabarkan mahu membincangkan masa depannya
bersama pihak pengurusan Pelita Jaya, selain tidak menolak kemungkinan
mencuba nasib beraksi di Liga Belgium atau Liga Australia selepas ini
jika isu itu gagal diselesaikan PSSI.

Ekoran itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Abdul Rahim yang dipetik
daripada laporan akhbar sebelum ini pantas tampil memberikan penjelasan
bahawa ISL tidak diharamkan dan karier Safee masih selamat.

Namun, pada masa sama beliau mengakui kesal laporan itu telah disalah
faham dan akan mengadakan sidang akhbar khas di ibu negara hari ini
berhubung perkara itu.

“ISL masih belum diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram.

“ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di
Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana-mana kongres atau
mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh
dilaksanakan,” katanya dalam laporan itu.

Zakaria semasa dihubungi semalam juga mengesahkan sidang akhbar
tersebut akan diadakan di Garden, The Curve pukul 1 petang. Beliau
begitupun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, rentetan kemelut yang melanda ISL itu juga mendapat
perhatian Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah yang meminta semua pihak bersabar dan tidak
cepat membuat sebarang anggapan mengenai nasib Safee jika ISL
diharamkan.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam laporan akhbar
kelmarin juga mengesahkan ISL masih belum diharamkan dan akan membantu
membawa keluar Safee dari Indonesia jika PSSI gagal menyelesaikan
masalah tersebut, sementara Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad
juga tidak mahu penyokong tempatan terpedaya dengan khabar angin
sedemikian.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Thu Jan 05, 2012 5:44 am

Safee digesa buat pertimbangan
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

PENYERANG sensasi negara, Mohd Safee Sali diingatkan supaya membuat pertimbangan sewajarnya berhubung kemelut Liga Super Indonesia (ISL) dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang masih belum menemui jalan penyelesaian, terutamanya sebelum membuat keputusan melanjutkan kontraknya yang berakhir 31 Januari ini.

Kapten Pelita Jaya FC (PJFC) itu berdepan kemungkinan beraksi di liga haram apabila berakhirnya tempoh dua minggu bermula 28 Disember tahun lalu yang diberikan PSSI terhadap pasukan beraksi dalam ISL.

“Menerusi perbincangan saya dengan pegawai tertinggi PSSI minggu lalu, kelab yang beraksi dalam ISL diberi tempoh dua minggu untuk menyertai Liga Primier Indonesia (IPL) dan sekiranya gagal, mereka akan diharamkan.

“Kami tidak mahu mencampuri urusan PSSI, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa bertindak mengikut situasi semasa kerana arahan PSSI itu diiktiraf sah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ,” kata Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.

Sekiranya PJFC diharamkan Fifa, ia bakal menghalang penjaring terbanyak pada Piala AFF 2010 itu untuk mewakili Malaysia selepas ini.

Hamidin bagaimanapun menjelaskan sekiranya bekas penyerang Selangor itu berhasrat kembali ke saingan tempatan selepas kontraknya berakhir hujung bulan ini, ada jalan penyelesaian yang membolehkannya beraksi atas kapasiti pemain kebangsaan walaupun tempoh pendaftaran kedua pemain Liga Malaysia hanya bermula pada April.

“Sebagai pemain kebangsaan, kami tidak mahu dia tidak beraksi dalam saingan kompetitif untuk tempoh dua atau tiga bulan. Situasi ini mungkin boleh dirujuk kepada mesyuarat Exco FAM bagi mendapat perhatian sewajarnya.


“Namun ia terpulang kepada dirinya sendiri kerana saya difahamkan PJFC mahu menawarkan kontrak baru selama dua tahun kepadanya,” katanya.

Hamidin sebelum itu meninjau padang Stadium Nasional Bukit Jalil dan mempengerusikan mesyuarat berhubung perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan, Sabtu ini dengan harga tiket RM30 untuk tempat duduk utama dan RM15 terbuka dengan tiket di Stadium Nasional mula dijual pada pagi hari perlawanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Thu Jan 12, 2012 7:39 am

Safee sambung kontrak jika ISL jamin tak jejas karier

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

PENYERANG Harimau Malaya, Mohd Safee Sali dijangka menyambung kontrak
bersama kelab Pelita Jaya FC jika kelab Liga Super Indonesia (ISL) itu
boleh memberi jaminan kariernya bersama pasukan kebangsaan tidak
terjejas.

Menurut pengurus pemain berusia 28 tahun itu, Zakaria Abd Rahim
hingga kini perbincangan mengenai tawaran kontrak baru Safee yang tamat
31 Januari ini masih dijalankan dan hanya akan diputuskan apabila beliau
mengadakan pertemuan sekali lagi dengan pihak pengurusan Pelita Jaya
pada 22 Januari ini.

“Keputusan kontrak baru belum dibuat,
setakat ini kami hanya mengadakan perbincangan mengenai tawaran mereka
dan kemahuan Safee. “Segala perkara perlu diambil kira, termasuk
permasalahan yang melanda PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia)
dan pihak kelab sedar Safee amat mengutamakan pasukan kebangsaan.

“Sememangnya Pelita Jaya berminat mengekalkan Safee tapi terpulang
kepada kelab itu meyakinkan Safee dari semua aspek termasuk perjalanan
liga, tempoh kontrak dan juga bayaran. “Soal masa semakin suntuk tidak
timbul kerana Safee juga menerima tawaran lain termasuk yang terbaru,
kelab dari Thailand,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Kebimbangan
terhadap kedudukan Safee yang berhijrah ke Pelita Jaya, awal tahun lalu
mula tercetus apabila PSSI menerusi Ketua Umumnya Djohar Arifin membuat
keputusan drastik mengharamkan ISL sebaliknya mengiktiraf liga haram
sebelum ini, Liga Premier Indonesia (IPL) sebagai liga utama.

Jika dikenakan tindakan oleh PSSI serta badan induk antarabangsa Fifa,
pemain yang beraksi dalam ISL tidak akan dibenarkan menyarung jersi
kebangsaan termasuk Safee.


Bagaimanapun Zakaria tetap menegaskan ISL masih berjalan seperti biasa dan Safee masih bebas daripada sebarang penggantungan.

“Safee masih fokus bermain dengan Pelita Jaya dan liga berjalan seperti biasa,
tidak ada sebarang penggantungan. Bagaimana mereka nak gantung jika dua
pertiga ahli PSSI tidak setuju. Jika masa depan Safee kabur di sana,
saya orang pertama untuk tarik dia keluar,” katanya.

Safee yang dilantik sebagai kapten Pelita Jaya bagi musim ini sudah
meledak empat gol dalam enam perlawanan untuk membantu kelabnya melonjak
ke tangga kesembilan daripada 18 pasukan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Tue Jan 17, 2012 4:26 am

Galatasaray minat dengan Safee?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


MASA depan Safee (kanan) bersama Pelita Jaya akan diketahui selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini.




TEKA-TEKI mengenai masa depan peledak berbisa Harimau Malaya, Mohd.
Safee Sali bersama kelabnya, Pelita Jaya hanya akan diketahui
selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, setakat ini
masih belum ada kata putus mengenai lanjutan kontrak Safee bersama
Pelita Jaya sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari ini.

“Kita tunggu penghujung bulan ini. Saya akan ke sana (Indonesia)
sekali lagi bagi mengadakan perbincangan lanjut bersama Pelita Jaya
berhubung kontrak Safee selepas perbincangan sebelum ini masih belum
menemui jalan penyelesaian,” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Pelita Jaya yang mahu menawarkan
kontrak lanjutan selama tiga tahun bagi terus mendapatkan khidmat Safee
selepas ini.

Ia begitupun kurang dipersetujui kapten Pelita Jaya itu atas alasan
‘terlalu lama’ yang dikhuatiri bakal membuatkan persembahannya kekal
statik tanpa sebarang peningkatan.

Selain turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United,
Safee menerusi laporan akhbar semalam juga mengakui telah dilamar oleh
tiga kelab ternama Eropah.

Safee begitupun enggan mendedahkan nama ketiga- tiga kelab tersebut
atas alasan ia sekadar tawaran secara lisan dan masih belum ada sebarang
persembahan rasmi dibuat setakat ini.

Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan
khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC
(Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja
mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru
ini.

Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika
ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman
blog dan juga Facebook.

“No comment, masih terlalu awal untuk mengumumkan nama ketiga-tiga
kelab tersebut. Buat masa ini, Safee masih pemain Pelita Jaya,” katanya
ringkas.

Safee yang telah meledak lima gol sepanjang saingan Liga Super
Indonesia (ISL) musim ini merupakan penjaring gol kedua terbanyak
setakat ini, selain merupakan satu-satunya pemain dari Asia Tenggara
yang berada dalam senarai 10 penjaring terbanyak ISL.

Pelita Jaya yang menduduki tangga keenam ISL dengan mengumpul 11 mata
bakal berdepan cabaran pasukan di tangga kelapan, Mitra Kutai
Kartanegara FC di Kalimantan hari ini.

Ketika ditanya mengenai sasaran peribadi Safee untuk mengatasi rekod
tujuh gol yang diledaknya bersama Pelita Jaya musim lalu, kata Zakaria:

“Safee tidak meletakkan sebarang sasaran musim ini, sebaliknya berazam untuk mencetak gol setiap kali turun beraksi.”
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Wed Feb 01, 2012 4:12 am

Safee pisah sementara

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

SATU keputusan sudah dimuktamadkan kapten Pelita Jaya FC (PJFC),
Safee Sali berhubung kontraknya yang berakhir semalam bagi memastikan
kesinambungan karier bola sepak di luar negara dan khidmatnya kepada
skuad negara dapat berterusan.

Bagaimanapun, sekiranya terus bersama PJFC, peluang berusia penyerang
berusia 28 tahun itu dilihat tergugat selepas Persatuan Sepakbola
Seluruh Indonesia (PSSI) mendakwa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(Fifa) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hanya mengiktiraf Liga
Premier Indonesia (IPL) berbanding Liga Super Indonesia (ISL) yang
disertai PJFC.

Namun ‘pengharaman’ terbabit masih belum jelas
sama ada membabitkan liga atau turut membabitkan pemain selain pemilik
kelab terbabit, keluarga Bakrie yang juga memiliki kelab Belgium, CS
Vise dan Brisbane Roar yang bersaing dalam Liga-A di Australia untuk
membuka peluang kepada Safee bagi ‘berpisah sementara’ daripada PJFC.

“Safee sebenarnya seronok bermain di PJFC. Kami (dan PJFC) sudah
mencapai kata sepakat untuk membolehkan kedua-dua pihak berada dalam
situasi menang-menang. “Kedudukan sebenar Safee akan diketahui pada
sidang media di Jakarta Selatan, hari ini,” kata pengurusnya, Zakaria
Abd Rahim ketika dihubungi petang semalam.

Selain beberapa pasukan Liga Malaysia, Zakaria menegaskan hanya kelab Thailand, Muang Thong United dan sebuah kelab Indonesia yang membuat tawaran serius
kepada Safee manakala beberapa kelab lain tidak mengemukakan tawaran
konkrit. Beliau turut menafikan berita yang mengaitkan Safee dengan
beberapa kelab dari Eropah.

Bekas penyerang Selangor itu
mendapat perhatian selepas mempamerkan ketajaman ketika membantu skuad
negara kendalian Datuk K Rajagobal meraih kejuaraan sulung Piala AFF
2010 selain dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan.

Bermula detik itu, kelibat Safee diintai dan dipikat PJFC pada jendela perpindahan kedua ISL pada Februari 2011.

Safee membuktikan ketajamannya apabila menyelamatkan kelabnya itu daripada
tersingkir ke liga bawahan dengan meledak sejumlah jaringan penting pada
pusingan kedua ISL itu selain sudah menjaringkan enam gol dalam saingan
musim ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Thu Feb 02, 2012 5:27 am

Jutawan bola sepak negara








JAKARTA – Masa depan penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee
Sali bersama kelab Pelita Jaya FC terjawab semalam.Seperti dijangka,
pemain kelahiran Kajang, Selangor itu secara rasmi menyambung kontrak
selama dua tahun lagi dengan kelab tersebut.

Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta
termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah,
kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi
balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan
sebagai kapten Pelita Jaya FC.

Nilai kontrak baharu itu bertambah sekali ganda berbanding kontraknya sebelum ini yang berakhir kelmarin (31 Januari 2012).

Pengumuman mengenai lanjutan kontrak Safee dibuat oleh Pelita Jaya FC
di Jakarta semalam pada majlis yang turut dihadiri Pengurus Besar
Pasukan, Iwan Budianto, Pengurus Pasukan, Lalu Mara dan Safee sendiri.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim berkata, dalam kontrak baharu itu,
Safee juga akan menerima pakej tambahan image rights di mana pihak kelab
akan mengusahakan untuk Safee mendapat commercial endorsement bagi
pelbagai produk di seluruh Indonesia daripada syarikat-syarikat yang
memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik
penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh
pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan.

Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus,
termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC
Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga
Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa
kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya
Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk
Ajax Amsterdam FC.

“Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana England
iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana,
namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan
pengurusannya di sana,” kata Zakaria.

Beliau berkata, Safee juga dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola
Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan Akademi Sepak Bola
milik Pelita Jaya, di mana pengurusan Safee sedang berbincang untuk
pemberian saham pemilikan akademi itu demi masa depan Safee.

“Akademi ini sudah mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan
mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia
untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau
tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier profesionalnya
nanti,” kata Zakaria.

Pengurus Safee itu berkata, keputusan yang dibuat oleh Safee untuk
terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah
diteliti semasak-masaknya setelah mengambil kira pelbagai aspek dan
risiko.

Selain Pelita Jaya, Safee juga mendapat beberapa tawaran lain
antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, empat pasukan dari
Malaysia antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Johor FC dan Johor selain
pasukan Selangor yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk
Safee kembali ke pangkuan mereka.

Safee juga mendapat tawaran daripada pemilik Cardiff City FC untuk
bermain di sana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di
Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempoh
sekurang-kurangnya satu tahun terlebih dahulu.

Selain itu Safee juga pernah mendapat tawaran untuk menjalani ujian
bersama lima kelab di Jerman antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo
Dresden, namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan
pasukan kebangsaan untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 pada
ketika itu, Safee terpaksa melupakan peluang keemasan itu, walaupun
masih menyimpan cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu
hari nanti.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Fri Feb 03, 2012 5:01 am

‘Contohi Safee’








PEMAIN bola sepak di negara ini wajar mencontohi kejayaan penyerang
sensasi Harimau Malaysia, Mohd. Safee Sali yang berjaya mendapat kontrak
bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Pelita Jaya FC (Pelita Jaya) di
Indonesia.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar kecil) bertitah, kejayaan Safee
dalam memperoleh kontrak tersebut merupakan satu lembaran baharu dalam
sejarah bola sepak Malaysia.

“Saya harap kejayaan Safee ini dicontohi oleh pemain-pemain negara
kita. Malah inilah yang kita harapkan iaitu setiap pemain perlu
mempunyai aspirasi, visi dan semangat untuk pergi lebih jauh.

“Bukan sahaja bermain untuk negara tetapi untuk bermain di peringkat
lebih tinggi. Ini akan memberi manfaat kepada (mutu bola sepak) negara,”
titah baginda di Kuantan semalam.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas
Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pembinaan Tiga Buah Jambatan di Sungai
Lembing

di Kuantan.

Kontrak baharu bernilai RM2 juta tersebut bagi tempoh dua tahun
menjadikan Safee pemain bola sepak Malaysia yang bertaraf jutawan.

Pakej lumayan ditawarkan Pelita Jaya kepada penyerang kebangsaan itu
merangkumi gaji, bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu
peribadi serta faedah-faedah lain.

Sambil mengucapkan tahniah kepada pemain kebangsaan itu, Tengku
Abdullah berharap perjalanan karier Safee sebagai pemain bola sepak
dapat diteruskan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya nasihat dia teruskan karier dia sebagai seorang pemain yang mahu ke peringkat lebih tinggi dan harus bermain di Eropah.

“Saya tidak tahu tahap liga itu

di Indonesia, namun saya tahu dia sudah memiliki semuanya dan sedikit sebanyak bina kemahiran di sana," titah Tengku Abdullah.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Tue Mar 27, 2012 10:00 am

Safee terus buktikan kehebatan di Indonesia


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SAFEE (kanan) terus membuktikan kehebatannya dalam Liga Super Indonesia.




PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali sekali lagi membuktikan kehebatannya.

Pada Sabtu lepas, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu berjaya
meledak empat gol ketika membantu kelabnya, Pelita Jaya FC membelasah
Gresik United dengan ke- putusan 6-1 di gelanggang lawan pada aksi Liga
Super Indonesia (ISL) 2012.

Dua lagi gol Pelita Jaya dalam perlawanan itu diledak oleh Greg
Nwongkolo dan ia merupakan kemenangan terbesar Pelita Jaya selepas
diterajui Rahmad Dharmawan selaku jurulatih pada 19 Januari lepas.

Dengan keputusan itu, Pelita Jaya kini menghuni tangga kelapan ISL
dengan 24 mata, 12 mata di belakang peneraju liga, Sriwijaya FC selepas
mengharungi 17 perlawanan setakat ini.

Kejayaan Safee, 28, meledak empat gol dalam perlawanan itu juga
berjaya meletakkannya sebagai penjaring kedua terbanyak ISL setakat ini
dengan 12 gol, kurang tiga gol daripada penyerang import Sriwijaya FC
dari Saint Kitts and Nevis, Kayamba Gumbs.

Ia juga merupakan hatrik pertama Safee dalam saingan ISL, selain
satu-satunya pemain pertama negara yang berjaya berbuat demikian pada
saingan liga luar negara.

Safee juga merupakan pemain pertama Malaysia yang dilantik sebagai
kapten kelab profesional luar negara apabila menggalas tugas selaku
kapten Pelita Jaya musim ini.

"Kejayaan Safee muncul pemain pertama negara meledak hatrik dalam saingan liga di luar negara sememangnya menga- gumkan.

"Saya harap Safee dapat meneruskan momentum kecemerlangan ini pada
masa depan, sekali gus membuktikan kehebatannya sebagai antara penyerang
yang disegani di rantau Asia Tenggara," kata pengurus peribadinya,
Zakaria Ab Rahim menerusi e-mel kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, Safee berjaya meledak tujuh gol sepanjang mewakili Pelita Jaya musim lepas.

Selain Safee, antara pemain yang turut berjaya meledak hatrik dalam
saingan ISL musim ini termasuklah penyerang Sriwijaya FC, Hilton
Moreira, Patrich Wanggai (Persidafon Dafonsoro), Mario Costas (Persela
Lamongan), Marcio Souza Da Silva (Arema Indonesia), Gaston Castano
(Gresik United) dan Zaenal Arif daripada pasukan PSPS Pekan Baru.

Selepas ini, Pelita Jaya dijadualkan bertemu pasukan di tangga
kesembilan liga, Persiba Balik Papan di Stadium Singaperbangsa pada 11
April depan, sebelum kembali melayan kunjungan Gresik United tiga hari
kemudian.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Fri Mar 30, 2012 4:25 am

'Lebih baik cerita pasal bola'


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SAFEE tidak gemar masalah peribadinya disensasikan.




ANGIN tiada ribut pun tiada, kehidupan peribadi penyerang sensasi
Harimau Malaya, Safee Sali tiba-tiba menarik perhatian peminat bola
sepak tempatan.

Semuanya gara-gara keputusan Safee atau nama sebenarnya Mohd. Safee
Mohd. Sali, 28, menarik balik permohonan kembali taat yang difailkan
terhadap isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam,
November tahun lalu.

Safee yang diwakili peguam syarie, Norrasyada Osman membuat
permohonan itu di hadapan Hakim Syarie, Atras Mohamad Zain di mahkamah
tersebut pada Selasa lepas.

Bertindak ‘mengunci mulut’ mengenai perkara itu, pengurus peribadi
Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim begitu pun berharap supaya isu tersebut
tidak disensasikan mana-mana pihak.

Meskipun menyedari kehidupan Safee sebagai selebriti sukan,
terutamanya selepas berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, kata
Zakaria, ada baiknya semua pihak menumpukan perkembangan karier Safee
sebagai pemain bola sepak.

“Saya enggan memberikan komen kerana bagi saya itu isu peribadi Safee. Lebih baik kita cerita pasal bola (karier Safee).

“Setakat ini alhamdulillah semuanya selesai, terserahlah kepada Safee
dan keluarganya berhubung perkara itu,” katanya ringkas kepada Kosmo!
semalam.

Muka depan akhbar Kosmo! pada 28 Mac lalu melaporkan mengenai
tindakan Safee yang bersetuju untuk menarik balik permohonan tersebut
selepas bersetuju menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar
mahkamah.

Permohonan Safee dibuat melalui Norrasyada kerana tidak dapat hadir
ke mahkamah, dan Atras kemudiannya membenarkan permohonan itu serta
memutuskan agar kes itu ditutup.

Sabrina yang diwakili peguam syarie, Junaidah Bakar juga tidak hadir
pada prosiding tersebut kerana dikatakan berada di Kuching, Sarawak.
Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Syaza Syaqina, 3,
serta Nursyasya Safirna berusia satu tahun.

Ketika ditanya kemungkinan permohonan itu dibuat Safee sebelum ini
gara-gara keengganan Sabrina mengikuti Safee ke Indonesia, Zakaria juga
enggan mengulas lanjut. Safee begitupun gagal dihubungi semalam bagi
mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Zakaria mengakui fokus Safee tidak terjejas apabila
muncul penjaring kedua terbanyak Liga Super Indonesia (ISL) 2012 setakat
ini dengan 12 gol. Ini sekali gus membantu Pelita Jaya menghuni tangga
kelapan ISL dengan 24 mata.

“Buat masa ini, Safee berada pada prestasi terbaik dan bebas daripada
dibelenggu masalah kecederaan serta bersedia untuk diturunkan jurulatih
Pelita Jaya, Rahmad Dharmawan dalam perlawanan menentang Persiba Balik
Papan pada 11 April ini.

“Keutamaan Safee ketika ini adalah membantu Pelita Jaya mengutip tiga
mata berharga dalam setiap perlawanan, dan sasaran untuk muncul sebagai
penjaring terbanyak ISL musim ini hanya disifatkan sebagai satu bonus
semata-mata,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Park Deen on Tue Apr 03, 2012 9:23 am

Safee Sali ceraikan Sabrina


Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my


WAJAH Sabrina dan Safee selepas selesai prosiding perceraian mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.




SHAH ALAM - Pemain bola sepak termahal negara, Safee Sali yang ketika
ini mewakili kelab Pelita Jaya FC di Indonesia sah bercerai talak satu
dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini
semalam.

Lafaz cerai itu dilakukan Safee dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Nazib Johari.

Peguam kepada Sabrina, Izura Nashuha Abdul Hadi berkata, dalam
prosiding itu, pasangan tersebut bercerai secara baik dan semua isu
berhubung tuntutan perkara-perkara lain juga diselesaikan mengikut
persetujuan bersama.

Katanya, hak penjagaan dua anak perempuan mereka iaitu Nur Syasya
Sofirna, 2, dan Nur Syaza Syaqina, 4, diberikan kepada Sabrina untuk
dipelihara di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

Sabrina yang hadir di mahkamah dengan bertudung merah dan berbaju
kurung corak bunga ketika ditemui berharap tiada lagi spekulasi
berkenaan hubungannya dengan Safee memandangkan dia tidak pernah
mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung krisis rumah tangga mereka
sebelum ini.

"Saya berharap tiada lagi spekulasi diperkatakan kerana saya sendiri
bersama keluarga tidak pernah membuat sebarang kenyataan," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Mohd Safee Sali

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum