Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Piala AFC: Terengganu ke Hong Kong tanpa tonggak

View previous topic View next topic Go down

Piala AFC: Terengganu ke Hong Kong tanpa tonggak

Post by Park Deen on Mon May 07, 2012 11:46 am

Piala AFC: Terengganu ke Hong Kong tanpa tonggak(Utusan Malaysia)





KUALA TERENGGANU 6 Mei - Terengganu akan turun menentang Kitchee Hong
Kong dalam perlawanan terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak
Asia (AFC) di Hong Kong 9 Mei ini tanpa penyerang berbisanya.

Penolong pengurus pasukan, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata, ini
kerana ramai pemain utama Terengganu seperti penyerang sensasi Francis
Forkey Doe dan Abdul Manaf Mamat tidak turut serta kerana tercedera.

"Selain itu, Reeshafiq Alwi dan Nordin Alias juga tidak akan
diturunkan kerana prestasinya tidak begitu memuaskan," katanya ketika
dihubungi Bernama selepas mesyuarat pengurusan pasukan hari ini.

Bagaimanapun, Sheikh Tajudin berkata pasukan Terengganu tidak akan terjejas walaupun tanpa pemain-pemain tersebut.

Terengganu tewas 2-0 kepada Kitchee pada perlawanan pusingan pertama
di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada 20 Mac lalu.

Terengganu telah melayakkan diri ke pusingan kedua piala tersebut
setelah muncul naib juara kumpulan dengan sembilan mata manakala Kitchee
pula juara kumpulan dengan 10 mata.

Sheikh Tajudin berkata misi Terengganu ke Hong Kong ialah untuk
menang bagi membolehkan pasukan itu muncul sebagai juara kumpulan
walaupun tanpa ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris yang direhatkan dua
minggu sehingga 15 Mei ini.

Selain Terengganu dan Kitchee, pasukan lain dalam kumpulan F ialah Song Lam Nghe An (Vietnam) dan Tampines Rovers (Singapura).

Beliau berkata Terengganu mempunyai jadual yang padat selepas kembali
dari Hong Kong dan akan menentang pasukan Felda United di Melaka (12
Mei) dan Sarawak di Terengganu tiga hari selepas itu untuk kejohanan
Liga Malaysia. - BERNAMA
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum