Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Felda United mahu tambah sengsara LionsXII

View previous topic View next topic Go down

Felda United mahu tambah sengsara LionsXII

Post by Park Deen on Mon May 07, 2012 11:37 am

Felda United mahu tambah sengsara LionsXII (Utusan Malaysia)




Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my.


KETIADAAN Ahmad Fakri Sharani (tengah) menjejaskan jentera serangan Felda United apabila berdepan LionsXII esok.


KUALA LUMPUR - Mula mempamer kebangkitan pada pusingan kedua liga,
Felda United mula mengorak langkah untuk meneruskan rentak cemerlang
walaupun bakal berdepan ujian getir menentang pendahulu liga, LionsXII,
esok.

Berharap dapat memungut sekurang-kurangnya satu mata ketika melayani
kunjungan LionsXII di Stadium Hang Jebat, jurulatih Felda, E. Elaravasan
mengakui fokusnya kini adalah mahu membawa pasukannya menjauhi
kedudukan empat terbawah liga bagi terus bersaing dalam saingan Liga
Super musim depan.

''Berdepan LionsXII, saya mahu kami meraih satu mata memandangkan kami mempunyai rekod baik di tempat sendiri.

''Sudah tiga perlawanan kami belum tewas di tempat sendiri jadi saya
tidak mahu kami kalah biarpun tahu Lions bukan satu lawan yang mudah, "
katanya ketika dihubungi, semalam.

Walaupun LionsXII baru sahaja mengalami kekalahan 0-3 kepada juara
bertahan, Kelantan, Elavarasan sama sekali tidak melihat ia sebagai satu
kelebihan kerana menganggap lawan mempunyai kekuatan mental tersendiri.

''Sebelum ini mereka pernah mengalami kekalahan mengejut kepada PKNS
0-1 sebelum bangkit menang besar pada pertemuan kedua di tempat sendiri.

''Jadi, saya tidak fikir kekalahan kepada Kelantan tempoh hari akan menjejaskan mereka, tiada sebarang kelebihan buat kami.

''Tambahan kami akan turun tanpa khidmat dua pemain utama, Ahmad
Fakri Saarani dan Hardi Jaafar kerana kecederaan, saya rasa bukan mudah
buat kami jika mahu memperolehi sesuatu, " katanya.

Felda mencatat peningkatan apabila meraih tiga kemenangan dalam empat
perlawanan terakhir dan kini berada di tempat ke-11 dengan 17 mata
daripada 15 perlawanan.

Mengakui pasukannya berada dalam landasan yang betul untuk
mengharungi baki perlawanan liga, Elavarasan berpendapat kehadiran dua
pemain import baru dari Perancis banyak membantu rentak pasukan.

''Kehadiran dua pemain import (Mickael Antoine-Curier dan Eddy
Viator) banyak memberi perbezaan kerana mereka cepat menyesuaikan diri
dengan rentak pasukan.

''Sasaran utama di penghujung musim adalah berada di kedudukan kelima hingga ketujuh," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum